Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Sabtu, 19 Oktober 2013

Video rakaman santai di Kampung Jukaing Cambodia bersama Pengasas Sekolah Islam Al Farabi

Sesi rakaman berlatar belakang Sekolah Islam Alfarabi Alhamdulillah SK sempat membuat rakaman santai temuramah bersama Pengasas Sekolah Islam Alfarabi sewaktu berada di Kampung Jukaing Cambodia baru - baru ini. Dengarkan video yang berdurasi 5.06 minit . Hasrat, misi dan visi Pengasas Sekolah Islam Alfarabi Dr. Ahmad Nazri Mansor. Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434 Misi Korban 2013 Info Penganjur...

Jumaat, 18 Oktober 2013

Masjid Ihya' ul Iman - Masjid belum siap, azan sudah berbunyi

Bakal menjadi mercu tanda di Kampung Jukaing. Masjid ini belum siap, tetapi sudah diimarahkan pada setiap waktu solat. Lokasinya strategik, tepi laluan utama . Masjid Alfarabi adalah sebahagian dari bangunan yang dibina di kawasan Tanah wakaf seluas dua ekar di Kampung Jukaing Cambodia. Meskipun masjid ini belum siap sepenuhnya namun ianya telah digunakan oeh masyarakat Islam di Kampung ini Masjid ini menjadi lokasi himpunan penduduk...

Khamis, 17 Oktober 2013

Menyusuri tebing Sungai Mekong, menyelami keperitan hidup masyarakat Islam di Jumnik Cambodia

Misi Korban dan Aqiqah 2013 di Kemboja diteruskan lagi dengan perjalanan menuju ke Kampung Jumnik. Kampung ini terletak kira - kira 220 km dari bandaraya Phnom Penh. Rombongan kami tiba di Kampung ini ketika azan asar berkumandang. Kami singgah di rumah Ustaz Kamil untuk bermalam di rumahnya. Ustaz Kamil menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Petang itu, sebelum maghrib, Ustaz Kamil membawa kami ronda sekitar kampung Jumnik...

Singgah ziarah di Sekolah Islam Alfarabi yang masih dalam pembinaan di kampung Jukaing

Anak - anak Kampung Jukaing Cambodia yang memerlukan pendidikan yang sempurna. Mereka inilah generasi pewaris yang bakal membina masa depan Islam di Cambodia. Bersama Dr. Ahmad Nazri Mansor, Pengasas Sekolah Islam Alfarabi Antara misi SK ke Kemboja ialah untuk meninjau status pembinaan Sekolah Islam Alfarabi di Kampung Jukaing Cambodia. Sekolah ini masih dalam pembinaan. Terima kasih kepada semua peserta Korban dan Aqiqah...

Rabu, 16 Oktober 2013

Menyempurnakan hajat korban dan Aqiqah 2013 di Kampung Jukaing Cambodia

Misi korban diteruskan di Kampung Jukaing. Perjalanan dari Kampung Stoung ke Kampung Jukaing mengambil masa lebih kurang 1 jam. Di sinilah Sekolah Islam Al farabi didirikan. Sekolah masih dalam pembinaan. Menyantuni penduduk Kampung Jukaing Cambodia    Tengok la 'sabit' yang digunakan Pak cik ni untuk sembelih lembu...:)  Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434 Misi Korban 2013 Info...

Selasa, 15 Oktober 2013

Solat Idul Adha dan korban di Masjid Stoung Cambodia - Salam Idul Adha 1434 dari SK

Menjelang pagi 10 Zulhijjah 1434 Di Kampung Stoung Cambodia Masjid Kampung Stoung    Mendengar khutbah Idul Adha di Masjid Kampung Stoung Cambodia Selesai solat Idul Adha Sumber air di Masjid Stoung Haji Punyamin, Haji Aziz Yahya, Ustaz Nordin dan Penduduk Kg Stoung. Menziarahi sekitar Kampung Stoung selepas solat Idul Adha. Selesai solat Idul Adha bergerak ke rumah penginapan...

Ahad, 13 Oktober 2013

Selamat berwukuf di Arafah!! Isnin 9 Zulhijjah 1434

    Insyaallah esok , jika dipanjangkan umur, kita akan dapat bertemu dengan hari yang paling mulia iaitu Hari `Arafah pada 9  Zulhijjah 1434.  Pada tahun ini, ia jatuh pada 14 Oktober 2013 iaitu hari Isnin.   Pada hari tersebut kita disunatkan untuk berpuasa.  Ia khusus kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah: Diampuni...