Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Masjid Alfarabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masjid Alfarabi. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mei 2014

Kelebihan orang yang membina masjid


Masjid Al Farabi Cambodia masih dalam pembinaan

Shahih Sunan Ibnu Majah : “KITAB MASJID”

607-742. Dari Umar bin Khaththab, ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa membangun masjid yang di dalamnya disebutkan nama Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga’. ”

Shahih: At-Ta’liq Ar-Raqib (1/117), Takhrij Al Mukhtarah (234).

608-743. Dari Utsman bin Affan, ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa membangun masjid karena mengharap redha Allah, maka Allah akan mendirikan baginya di syurga (kelak) seperti apa yang dibangunnya’. ”

Shahih: Ar-Raudh (883). Muttafaq alaih.

609-745. Dari Jabir bin Abdullah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membangun masjid karena Allah walaupun sekecil sarang burung, atau lebih kecil dari itu, maka Allah akan membangunkan rumah untuknya di surga. ”
Shahih: Ar-Raudh (953), At-Ta’liq (1/117).





K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Kompleks Islam Al Farabi, Jor Kaeng Kemboja 
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Jumaat, 18 Oktober 2013

Masjid Ihya' ul Iman - Masjid belum siap, azan sudah berbunyi


Bakal menjadi mercu tanda di Kampung Jukaing.

Masjid ini belum siap, tetapi sudah diimarahkan pada setiap waktu solat.

Lokasinya strategik, tepi laluan utama . Masjid Alfarabi adalah sebahagian dari bangunan yang dibina di kawasan Tanah wakaf seluas dua ekar di Kampung Jukaing Cambodia. Meskipun masjid ini belum siap sepenuhnya namun ianya telah digunakan oeh masyarakat Islam di Kampung ini
Masjid ini menjadi lokasi himpunan penduduk Islam di sekitarnya. Membina ukhuwwah, menyemai benih ilmu dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain.
Masyarakat di sini perlukan pendidikan.  Ulama' dan para cerdik pandai ramai yang sudah dibunuh kejam di zaman pemerintahan Pol Pot. Rejim yang sangat zalim. Untuk melahirkan kembali ulama' di bumi Cambodia perlukan usaha yang terancang dan sokongan.
Dana masih diperlukan untuk menyiap sempurnakan Masjid ini. Peluang untuk wakaf masih terbuka luas. Kami juga menerima wang - wang riba dan duit yang diragui halal untuk kerja menyiapkan laluan masuk  sepanjang 250 meter ke masjid ini.

Hadits riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Usman bin ‘Affan Radhiyallahu’anhu, dia berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:


“Barangsiapa yang membangun masjid untuk mencari wajah Allah Subhanahu wa Ta’ala, niscaya Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.

Di dalam riwayat Imam Tirmidzi dari Anas bin Malik: (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda):


“Barangsiapa yang membangun masjid, kecil maupun besar, niscaya Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.

Pada hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Jabir (Nabi S.A.W bersabda):


“Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala walaupun sebesar sarang burung atau lebih kecil darinya, niscaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.


Dr Ahmad Nazri menyampaikan sumbangan kepada anak - anak Jukaing yang miskin.


Sebahagian lembu amanah korban & Aqiqah yang disempurnakan di perkarangan kawasan masjid ini.
Ruang dalam Masjid Al Farabi.

Laluan sepanjang 150 meter menuju ke masjid. Sumbangan duit riba dan duit dari sumber ragu amat dialu - alukan untuk mebina laluan bersimen menuju ke masjid.

Untuk menyumbang hubungi
SK 013 2791608
Dr Ahmad Nazri 0193215285

Nombor akaun
Alfarabi Consultant and Management 14032010018682
Yang kamu semai, itulah yang kamu tuai.



 Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434