Jumaat, 18 Oktober 2013

Masjid Ihya' ul Iman - Masjid belum siap, azan sudah berbunyi


Bakal menjadi mercu tanda di Kampung Jukaing.

Masjid ini belum siap, tetapi sudah diimarahkan pada setiap waktu solat.

Lokasinya strategik, tepi laluan utama . Masjid Alfarabi adalah sebahagian dari bangunan yang dibina di kawasan Tanah wakaf seluas dua ekar di Kampung Jukaing Cambodia. Meskipun masjid ini belum siap sepenuhnya namun ianya telah digunakan oeh masyarakat Islam di Kampung ini
Masjid ini menjadi lokasi himpunan penduduk Islam di sekitarnya. Membina ukhuwwah, menyemai benih ilmu dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain.
Masyarakat di sini perlukan pendidikan.  Ulama' dan para cerdik pandai ramai yang sudah dibunuh kejam di zaman pemerintahan Pol Pot. Rejim yang sangat zalim. Untuk melahirkan kembali ulama' di bumi Cambodia perlukan usaha yang terancang dan sokongan.
Dana masih diperlukan untuk menyiap sempurnakan Masjid ini. Peluang untuk wakaf masih terbuka luas. Kami juga menerima wang - wang riba dan duit yang diragui halal untuk kerja menyiapkan laluan masuk  sepanjang 250 meter ke masjid ini.

Hadits riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Usman bin ‘Affan Radhiyallahu’anhu, dia berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:


Barangsiapa yang membangun masjid untuk mencari wajah Allah Subhanahu wa Ta’ala, niscaya Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.

Di dalam riwayat Imam Tirmidzi dari Anas bin Malik: (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda):


Barangsiapa yang membangun masjid, kecil maupun besar, niscaya Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.

Pada hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Jabir (Nabi S.A.W bersabda):


Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala walaupun sebesar sarang burung atau lebih kecil darinya, niscaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.


Dr Ahmad Nazri menyampaikan sumbangan kepada anak - anak Jukaing yang miskin.


Sebahagian lembu amanah korban & Aqiqah yang disempurnakan di perkarangan kawasan masjid ini.
Ruang dalam Masjid Al Farabi.

Laluan sepanjang 150 meter menuju ke masjid. Sumbangan duit riba dan duit dari sumber ragu amat dialu - alukan untuk mebina laluan bersimen menuju ke masjid.

Untuk menyumbang hubungi
SK 013 2791608
Dr Ahmad Nazri 0193215285

Nombor akaun
Alfarabi Consultant and Management 14032010018682
Yang kamu semai, itulah yang kamu tuai.



 Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434



0 ulasan: