Ahad, 20 Oktober 2013

Tuol Sleng Genocide Museum - Simbol kezaliman Rejim Pol Pot di Cambodia



Bilik Kurungan - Katil tempat rejim Pol Pot menyiksa rakyatnya


Tengkorak dan tulang mangsa pembunuhan


Travelog Cambodia 1434 mengambil masa 4 hari sahaja. (14 - 17 Oktober 2013) . Kebanyakan masa dihabiskan di kawasan pedalaman. Kampung Stuong, Kampung Jukaing dan Kampung Jumnik adalah kawasan fokus untuk trip SK kali ini. Lokasi kampung ini sebenarnya tidaklah jauh dari bandaraya Phnom Penh, namun sistem jalanraya yang mundur menyebabkan perjalanan yang dekat ini terasa begitu lama dan jauh.
Hari terakhir Travelog Cambodia 1434, Khamis 17 Oktober 2013 barulah SK dan krew sempat untuk ronda bandaraya Phnom Penh (sementara menunggu jadual penerbangan pulang ke tanah air). Antara lokasi menarik yang sempat dilawati ialah Tuol Sleng Genocide Museum.
Tuol Sleng Genocide Museum asalnya sebuah sekolah. Ianya terletak kira - kira 2 km dari Bandar Phnom Penh. Rejim Pol Pot telah mengubahsuai sekolah ini menjadi sebuah pusat tahanan untuk menyiksa rakyat yang tidak sealiran dengannya. Rejim Pol Pot terkenal dengan kezalimannya. Dalam tempoh 4 tahun bermula 1975 - 1978, hampir 3,000,000 rakyatnya dibunuh.

Kini Tuol Steng Genocide Museum dijadikan sebuah muzium yang menjadi symbol kezaliman Rejim Pol Pot. Museum ini terbahagi kepada blok A,B, C dan D

Berikut adalah gambar yang sempat SK dan krew rakam di Tuol Sleng Genocide Museum. InysaAllah ada masa yang sesuai SK akan upload video suasana di muzium ngeri ini


Tuol Steng Genocide Museum - Simbol kezaliman Pol Pot


Deretan gambar mangsa kekejaman Rejim Pol Pot

Blok C - Bilik darjah diubahsuai menjadi bilik tahanan yang sempit. setiap sel mempunyai ruangan yang amat sempit bersama tali pengikat bertujuan mengelak banduan melarikan diri
Besi yang digunakan untuk memasung tahanan

3 tempayan tempat tahanan disiksa. Kaki di ikat pada palang. Kaki di atas kepala di bawah.Kepala  dimasukkan ke ke dalam tempayan berisi air

Kolam tempat menyiksa tahanan. Cara menyiksa seperti gambaran di bawah

Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Caj masuk yang dikenakan ialah sebanyak  AS$3.00.

Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434
















0 ulasan: