Khamis, 24 Oktober 2013

Sijil Penyertaan Korban di Kemboja siap untuk diserahkan kepada semua peserta. Terima kasih atas sokongan anda!!


Sijil Penyertaan Korban mula diserah kepada semua peserta


Kepada

Program Korbandan aqiqah di Kemboja 1434 / 2013


Pengesahan Pelaksanaan Ibadah Korban di Kemboja bagi Tahun 2013 / 1434  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Kristal Tasnim Enterprise telah melaksanakan amanah korban bagi pihak tuan untuk tahun ini. Pelaksanaan ibadah korban ini telah disempurnakan dalam misi Korban Kemboja bertarikh 14 – 17 Oktober 2013 yang lalu.

2.          Semua daging korban dan aqiqah ini telah diagihkan kepada penduduk Islam yang miskin di Kampung Jukaing, Jumnik, Stoung serta beberapa kampung terpilih di Wilayah Kampong Cham.

3.          Pihak kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan / puan kerana dengan penyertaan korban dan aqiqah ini sebenarnya dapat membantu pihak kami menyempurnakan pembinaan Sekolah Islam Alfarabi dan Masjid Alfarabi di Kampung Jukaing . Insyallah sekolah ini akan siap sepenuhnya pada 23 November 2013 nanti.

4.          Untuk melihat dengan lebih dekat suasana, gambar serta video rakaman sepanjang kami di Kemboja ,tuan / puan bolehlah melayari website kami www.suraukini.com

5.          Bersama – sama ini kami sertakan sijil pengesahan penyempurnaan ibadah korban dan aqiqah tuan / puan. Sijil ini ditandatangani oleh Pengerusi Persatuan Ulama’ Cambodia, Prinsipal Alfarabi Consultant and Management dan Pengarah Kristal Tasnim yang terlibat dalam misi korban kali ini


6.             Harapan kami agar pihak tuan / puan terus memberi sokongan kepada kami khususnya kepada program korban pada tahun akan datang dan membantu untuk dana penyelenggaraan Sekolah Islam yang telah kami bina ini.

Terima kasih kerana menyokong Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Dan Sekolah Islam Al Farabi Kemboja Layari www://suraukini.com

Yang Benar
SK
Pengurus Kristal Tasnim











0 ulasan: