Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Kristal Tasnim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kristal Tasnim. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Januari 2014

Rombongan Misi Dakwah dan Ziarah Cambodia & Ho Chi Minh 2014 - Penyertaan dibuka sekarang


Jom sertai Misi Dakwah & Ziarah 2014
ROMBONGAN 1
MISI DAKWAH PRA RAMADHAN CAMBODIA - HO CHI MINH 1435 / 2014

Program 6 hari 5 Malam
Tarikh : 1 - 6 JUN 2014
 
 
ATURCARA DI CAMBODIA
 
Sumbangan Telekung Sembahyang persiapan Ramadhan
Sumbangan kepada Fakir dan Miskin
Sumbangan kepada Guru Agama
Lawatan ke Muzium Toul Sleng
Lawatan ke Killing Field
Membeli belah di Central Market, Olympic Market & Russian Market
 
ATURCARA DI HO CHI MINH VIETNAM
 
Membeli belah di Pasar malam di Pasar Ben Thant
Lawatan ke Chu Chi Tunnel
Lawatan ke War Museum & Independent Palace
 
RM1,900.00 SAHAJA
 
TEMPAH TEMPAT SEKARANG!!
 
Anjuran Bersama
Alfa Event and Entertainment & Kristal Tasnim
 
Sumbangan pakaian dan telekung (sepasang RM40.00) amat dialu - alukan.
Keterangan lanjut hubungi SK 013 2791608
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
ROMBONGAN 2
MISI DAKWAH KORBAN DAN AQIQAH IDUL ADHA CAMBODIA 1435 / 2014
 
Jika ingin melihat sendiri sembelihan ibadah Aqiqah & Qurban anda boleh mengikuti Misi Dakwah ini (semasa Aidiladha). InsyaAllah misi ini akan mengembara ke Cambodia untuk menyampaikan sumbangan Aqiqah & Qurban tersebut.
 
Program 4 hari 3 Malam
 
Tarikh : 04 OKTOBER - 7 OKTOBER 2014
 
ATURCARA CAMBODIA
 
Sumbangan Telekung Sembahyang
Sumbangan kepada Fakir dan Miskin
Sumbangan kepada Guru Agama
Lawatan ke Muzium Toul Sleng
Lawatan ke Killing Field
Membeli belah di Central Market, Olympic Market & Russian Market
 
RM1,350.00 SAHAJA
 
TEMPAH TEMPAT SEKARANG!!
 
Anjuran Bersama
Alfa Event and Entertainment & Kristal Tasnim
 
Sumbangan pakaian dan telekung (sepasang RM40.00) amat dialu-alukan.
 
Hubungi SK 013 2791608
 

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja















 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 26 November 2013

Majlis Perasmian Sekolah Islam Alfarabi di Kemboja berjalan lancar!- Terima kasih kepada semua penyumbang

 
Perasmian oleh Ustaz Dr. Ahmad Nazri Mansor
 
 
 
Sebahagian ahli rombongan penyumbang dari Malaysia bergambar di depan Sekolah Islam Alfarabi
 
 

SK dan Alfarabi Consultant And Management merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang  untuk pebinaan Sekolah Islama Alfarabi di Kampung Jukaing Kemboja. Sekolah ini telah dirasmikan oleh pengasasnya Ustaz Dr. Ahmad Nazri Bin Mansor pada 23 November 2013.
 
Seramai 32 peserta rombongan dari Malaysia menghadiri majlis perasmian tersebut. Insyallah Sekolah ini akan mula beroperasi dalam waktu terdekat.
 
Sumbangan berterusan untuk penyelengaraan dan kos operasi masih dialu -alukan.
 
Jom bersama kami menyemai benih Islam di Kemboja . Info Sekolah Islam Alfarabi di sini
 

Sebahagian penduduk dan peserta rombongan dari Malaysia yang hadir ke Majlis Perasmian Sekolah Islam Al Farabi
 
 
Yang kamu semai, itu yang kamu tuai
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom bersama SK dalam  Misi Dakwah Pra Ramadhan 1435 / 2014
Mulai 1 - 6 Julai 2014.
-------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
Program 6 hari 5 Malam
 
Tarikh : 1 - 6 Jun 2014
 
MISI DAKWAH PRA RAMADHAN 1435 / 2014  KEMBOJA - HO CHI MINH
 
ATURCARA PHNOM PENH
 
Lawatan ke Sekolah Islam Al Farabi Jukaing
Sumbangan Telekung Sembahyang persiapan Ramadhan
Sumbangan kepada Fakir dan Miskin
Sumbangan kepada Guru Agama
Lawatan ke Muzium Toul Sleng
Lawatan ke Killing Field
Membeli belah di Central Market, Olympic Market & Russian Market
 
ATURCARA DI HO CHI MINH VIETNAM
 
Membeli belah di Pasar malam di Pasar Ben Thant
Lawatan ke Chu Chi Tunnel
Lawatan ke War Museum & Independent Palace
 
RM1,900.00 SAHAJA
 
TEMPAH TEMPAT SEKARANG!!
Berminat hubungi SK 013 2791608.
 
anjuran Bersama
ALfarabi Event and Management & Kristal Tasnim
 
Sumbangan pakaian dan telekung amat digalakkan. Hubungi SK 013 2791608
 
LINK BERKAITAN KORBAN DI KEMBOJA
 

S U R A U K I N I
0132791608

Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja















 
 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 20 November 2013

Alhamdulillah Bangunan Sekolah Alfarabi hampir siap. Tarikh Perasmian seperti dirancang 23 Nov 2013 ini.

Hampir sempurna.
 
Syukur kehadrat Allah SWT kerana kerja menyiapkan bangunan Sekolah Islam Alfarabi di Kampung Jukaing Kemboja hampir sempurna. Insyaallah seperti yang dirancang, majlis perasmian sekolah ini akan diadakan pada 23 November 2013.
 
Seramai 32 orang (sebahagiannya penyumbang untuk pembinaan sekolah ini)  akan bersama dalam majlis perasmian ini. Rombongan ini akan berangkat dari Malaysia ke Kemboja pada 22 November.
 
SK sertakan gambar - gambar terkini pembinaan Sekolah. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menyumbang. Semoga Allah catatkan sebagai amal jariah berkekalan.
 
 
 
Bersiap untuk perasmian 23 November 2013 ini
 
 
Penduduk setempat juga bertungkus lumus membantu menyempurnakan sekolah ini.
 
JOM SOKONG BANTU SEKOLAH INI!
Hubungi SK untuk Info 013 2791608
 
LINK BERKAITAN KORBAN DI KEMBOJA
 

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


 
 
 
 

Jumaat, 25 Oktober 2013

Video kenangan Korban di Kampung Stoung Cambodia


Masyarakat setempat di Kampung Stoung bergotong royong selepas solat Idul Adha 1434

 

Rakaman video amatur dari SK... :)



Ini adalah sebahagian rakaman video dan gambar aktiviti korban di Kampung Stoung Cambodia. Rakaman dibuat pada hari raya korban. Tarikh 10 Zulhijjah 1434 bersamaan 15 Oktober 2013. Misi Korban bersama Alfarabi Consultant and Management, Kristal Tasnim Enterprise dan suraukini.com.

SK mohon maaf kerana kualiti rakaman dan edit video tidak professional. Tapi cukup memberi gambaran keadaan dan suasana di Kampung Stoung.

Terima kasih kepada yang terlibat menyertai korban . Dengan meryertai korban anda dapat membantu pembinaan Sekolah dan Masjid Alfarabi yang kini dalam pembinaan

Nantikan rakaman video di Kampung Jumnik pula ... Insyallah








 







Khamis, 24 Oktober 2013

Sijil Penyertaan Korban di Kemboja siap untuk diserahkan kepada semua peserta. Terima kasih atas sokongan anda!!


Sijil Penyertaan Korban mula diserah kepada semua peserta


Kepada

Program Korbandan aqiqah di Kemboja 1434 / 2013


Pengesahan Pelaksanaan Ibadah Korban di Kemboja bagi Tahun 2013 / 1434  

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Kristal Tasnim Enterprise telah melaksanakan amanah korban bagi pihak tuan untuk tahun ini. Pelaksanaan ibadah korban ini telah disempurnakan dalam misi Korban Kemboja bertarikh 14 – 17 Oktober 2013 yang lalu.

2.          Semua daging korban dan aqiqah ini telah diagihkan kepada penduduk Islam yang miskin di Kampung Jukaing, Jumnik, Stoung serta beberapa kampung terpilih di Wilayah Kampong Cham.

3.          Pihak kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan / puan kerana dengan penyertaan korban dan aqiqah ini sebenarnya dapat membantu pihak kami menyempurnakan pembinaan Sekolah Islam Alfarabi dan Masjid Alfarabi di Kampung Jukaing . Insyallah sekolah ini akan siap sepenuhnya pada 23 November 2013 nanti.

4.          Untuk melihat dengan lebih dekat suasana, gambar serta video rakaman sepanjang kami di Kemboja ,tuan / puan bolehlah melayari website kami www.suraukini.com

5.          Bersama – sama ini kami sertakan sijil pengesahan penyempurnaan ibadah korban dan aqiqah tuan / puan. Sijil ini ditandatangani oleh Pengerusi Persatuan Ulama’ Cambodia, Prinsipal Alfarabi Consultant and Management dan Pengarah Kristal Tasnim yang terlibat dalam misi korban kali ini


6.             Harapan kami agar pihak tuan / puan terus memberi sokongan kepada kami khususnya kepada program korban pada tahun akan datang dan membantu untuk dana penyelenggaraan Sekolah Islam yang telah kami bina ini.

Terima kasih kerana menyokong Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Dan Sekolah Islam Al Farabi Kemboja Layari www://suraukini.com

Yang Benar
SK
Pengurus Kristal Tasnim











Isnin, 21 Oktober 2013

Menjejaki 'tapak pembunuhan' Rejim Pol Pot di Kampung Stoung Cambodia

Bukti kezaliman rejim Polpot


Killing field di Stoung Cambodia (klik untuk gambar yang lebih besar)


Bukan sedikit nyawa yang terkorban sepanjang penguasaan Rejim Pol Pot di Cambodia. Kematian mencecah 3 juta dalam tempoh 4 tahun. Semua yang tidak sealiran dari segi ideologi, akan ditangkap, didera, dikurung dan dibunuh. Golongan cerdik pandai ditangkap dibunuh tanpa bicara.

SK dan team berkesempatan melawat ke tapak pembunuhan beramai - ramai di Kampung Stoung. Ustaz Ponyamin bekas wakil rakyat Wilayah Chhnang meluangkan masa membawa kami ke tapak pembunuhan tersebut.

Orang kampung ditangkap disembelih di tapak ini.

Tapak ini kini dipenuhi air yang bertakung. Lokasi penuh sejarah. Zalimnya Pol Pot!  


Pokok Tar - pelepahnya berduri tajam.

Menurut cerita dari Ustaz Ponyamin , Rejim Polpot membunuh rakyatnya dengan menggergaji leher tahanan dengan menggunakan pelepah pokok tar.


Pelepah pokok tar yang tajam bergigi.


Kenangan bersama Ustaz Ponyamin





Ustaz Ponyamin berdiri mengadap killing field. Tapak ini ditakungi air kerana hujan yang turun agak kerap dalam bulan Oktober ini.  Banyak sejarah pahit yang terakam di sini. Sebahagian mereka yang dibunuh di sini adalah dari golongan ulama.....



Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A













Ahad, 20 Oktober 2013

Tuol Sleng Genocide Museum - Simbol kezaliman Rejim Pol Pot di Cambodia



Bilik Kurungan - Katil tempat rejim Pol Pot menyiksa rakyatnya


Tengkorak dan tulang mangsa pembunuhan


Travelog Cambodia 1434 mengambil masa 4 hari sahaja. (14 - 17 Oktober 2013) . Kebanyakan masa dihabiskan di kawasan pedalaman. Kampung Stuong, Kampung Jukaing dan Kampung Jumnik adalah kawasan fokus untuk trip SK kali ini. Lokasi kampung ini sebenarnya tidaklah jauh dari bandaraya Phnom Penh, namun sistem jalanraya yang mundur menyebabkan perjalanan yang dekat ini terasa begitu lama dan jauh.
Hari terakhir Travelog Cambodia 1434, Khamis 17 Oktober 2013 barulah SK dan krew sempat untuk ronda bandaraya Phnom Penh (sementara menunggu jadual penerbangan pulang ke tanah air). Antara lokasi menarik yang sempat dilawati ialah Tuol Sleng Genocide Museum.
Tuol Sleng Genocide Museum asalnya sebuah sekolah. Ianya terletak kira - kira 2 km dari Bandar Phnom Penh. Rejim Pol Pot telah mengubahsuai sekolah ini menjadi sebuah pusat tahanan untuk menyiksa rakyat yang tidak sealiran dengannya. Rejim Pol Pot terkenal dengan kezalimannya. Dalam tempoh 4 tahun bermula 1975 - 1978, hampir 3,000,000 rakyatnya dibunuh.

Kini Tuol Steng Genocide Museum dijadikan sebuah muzium yang menjadi symbol kezaliman Rejim Pol Pot. Museum ini terbahagi kepada blok A,B, C dan D

Berikut adalah gambar yang sempat SK dan krew rakam di Tuol Sleng Genocide Museum. InysaAllah ada masa yang sesuai SK akan upload video suasana di muzium ngeri ini


Tuol Steng Genocide Museum - Simbol kezaliman Pol Pot


Deretan gambar mangsa kekejaman Rejim Pol Pot

Blok C - Bilik darjah diubahsuai menjadi bilik tahanan yang sempit. setiap sel mempunyai ruangan yang amat sempit bersama tali pengikat bertujuan mengelak banduan melarikan diri
Besi yang digunakan untuk memasung tahanan

3 tempayan tempat tahanan disiksa. Kaki di ikat pada palang. Kaki di atas kepala di bawah.Kepala  dimasukkan ke ke dalam tempayan berisi air

Kolam tempat menyiksa tahanan. Cara menyiksa seperti gambaran di bawah

Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Caj masuk yang dikenakan ialah sebanyak  AS$3.00.

Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434
















Sabtu, 19 Oktober 2013

Video rakaman santai di Kampung Jukaing Cambodia bersama Pengasas Sekolah Islam Al Farabi

Sesi rakaman berlatar belakang Sekolah Islam Alfarabi


Alhamdulillah SK sempat membuat rakaman santai temuramah bersama Pengasas Sekolah Islam Alfarabi sewaktu berada di Kampung Jukaing Cambodia baru - baru ini.
Dengarkan video yang berdurasi 5.06 minit . Hasrat, misi dan visi Pengasas Sekolah Islam Alfarabi Dr. Ahmad Nazri Mansor.