Khamis, 17 Oktober 2013

Singgah ziarah di Sekolah Islam Alfarabi yang masih dalam pembinaan di kampung Jukaing


Anak - anak Kampung Jukaing Cambodia yang memerlukan pendidikan yang sempurna. Mereka inilah generasi pewaris yang bakal membina masa depan Islam di Cambodia.


Bersama Dr. Ahmad Nazri Mansor, Pengasas Sekolah Islam Alfarabi
Antara misi SK ke Kemboja ialah untuk meninjau status pembinaan Sekolah Islam Alfarabi di Kampung Jukaing Cambodia. Sekolah ini masih dalam pembinaan. Terima kasih kepada semua peserta Korban dan Aqiqah di Kemboja pada tahun ini. Sebahagian lebihan hasil misi Korban ini telah disalurkan ke Tabung pembinaan Sekolah ini.
Alhamdulillah SK sempat singgah ziarah ke Sekolah ini. Menyantuni masyarakat sekitar.


Masjid Al Farabi - Sebahagian dari projek untuk melengkapkan Kompleks pendidikan di Kampung Jukaing. Peluang untuk anda menyempurna pembinaan Sekolah dan Masjid ini masih terbuka luas.

Hubungi SK sekiranya berminat untuk menyumbang. Saham Akhirat. Pencen Kubur.




Sebahagian anak - anak  Muslim Jukaing Cambodia



Anak - anak Jukaing ini perlukan pendidikan yang sempurna. Jom bantu mereka segerakan pembinaan Sekolah ini.


Yang Kamu Semai, Itulah Yang kamu Tuai

TERKINI : Alhamdulillah bangunan induk sekolah ini telah siap dibina. Pelancaran Sekolah telah diadakan pada 23 Oktober 2013

0 ulasan: