Selasa, 3 Julai 2012

Program Ihya' Ramadhan 1433 Ad Diniyyah


02 JUlai 2012
12 Sya’ban 1433


Kepada
Semua Ahli Kariah
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Per: program ihya’ ramadhan surau ad diniyyah taman bandar baru selayang fasa 2a untuk tahun 1433H / 2012

 Perkara di atas adalah dirujuk

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Surau Ad Diniyyah pada 24 Jun 2012 telah memutuskan beberapa perkara berikut:

1   Gotong Royong Perdana membersihkan kawasan persekitaran surau akan diadakan pada hari Ahad 08hb Julai 2012 (Ahad)  jam 8.30 pagi. Muslimin dan muslimat diminta datang ke surau pada hari tersebut. Jamuan makan disediakan. Sila bawa peralatan bergotong royong yang sesuai.

1   Jamuan Moreh: AJK Surau telah memutuskan untuk membuat kutipan sebanyak minimum RM50.00 setiap rumah untuk jamuan moreh sepanjang Ramadhan tahun ini. (Sila dapatkan borang sumbangan di surau dan serahkan sumbangan pada Bendahari Hj. Sapuan Daman. Anda akan menerima resit rasmi surau untuk setiap sumbangan)

1   Tender Moreh : Tender untuk penyediaan moreh dibuka mulai sekarang. Sila serahkan sebut harga kepada Bendahari Surau (Haji Sapuan Daman) sebelum 14 Julai 2012. Sebut harga adalah untuk jamuan selama 27 hari bermula 20 Julai 2012 – 26 Ogos 2012. Penyediaan makanan untuk 200 orang setiap malam. (Sila nyatakan menu terperinci harian dan khidmat lain yang disediakan)

1   Tadarrus Al Quran :  Tadarrus Al Quran akan diadakan sepanjang malam. Ibu bapa digalakkan mendaftarkan anak – anak mengikuti program ini. Hadiah galakan dan insentif akan diberikan di akhir Ramadhan nanti. Untuk memberikan lebih motivasi kepada anak – anak ibu bapa juga disaran untuk mengikuti sama program Tadarrus ini. Sebarang pertanyaan berhubung Tadarrus sila hubungi En. Akashah, Haji Solahuddin, Hajjah Sapiah dan Hajjah Azizah Salim

1   Sumbangan Iftar Muslimat: Lajnah Muslimat akan mengedarkan juadah berbuka secara PERCUMA  pada setiap Rabu , Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadhan. Kaunter akan dibuka pada setiap lepas Asar di padang permainan. Semua dijemput datang mengambil juadah tersebut. Sebarang sumbangan untuk tujuan tersebut sila berhubung terus dengan Lajnah Muslimat.

1   Tahlil Arwah : Majlis tahlil akan diadakan sepanjang malam. Ahli kariah yang berhajat untuk mengadakan tahlil sila isi borang tahlil (dapatkan borang di surau mulai sekarang)

1   Sumbangan Ihya’ Ramadhan : Sumbangan yang boleh dibuat adalah dalam bentuk

o    Sumbangan susu / gula / teh / milo / nescafe / biskut
o    Sumbangan anak – anak yatim
o    Sumbangan Penajaan Ustaz pentazkirah
o    Sumbangan Majlis Tahlil
o    Sumbangan berbuka puasa
o    Sumbangan Bersahur pada 10 malam terakhir di surau
o    Sumbangan untuk anak – anak yang bertadarrus
o    Sumbangan untuk imam Tarawikh
o    Sumbangan untuk Pusat Tahfiz Ad Diniyyah


1   Majlis Khatam Al Quran / Penyampaian Sumbangan dari Penyelaras DUN Taman Templer Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman: Majlis tersebut akan diadakan pada 16 Ogos 2012 (Khamis).

1   Disiplin Anak – Anak : Kerjasama dari ibu bapa amat diperlukan untuk mengawal disiplin anak – anak sepanjang berada di surau. Sila pastikan anak – anak tidak membuat bising dan mengganggu jemaah beribadah.

1   Qiamullail di 10 Terakhir Ramadhan : Qiam akan bermula jam 3.00 – 5.00 pagi)
1   Urusan Zakat Harta / Pendapatan /Zakat Fitrah : Untuk sebarang urusan zakat hubungi Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan No telefon 013-3672260
1   Maklumat Fakir miskin dan anak – anak yatim : Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang anak yatim dan fakir miskin sila maklumkan kepada Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan No telefon 013-3672260

Sekian
SK

(Surat ini akan diedar ke seluruh taman mulai Khamis, sila lihat peti surat rumah anda)

1 ulasan:

Yayasan Al-Khalifah berkata...

Salam Pre-Ramadhan.. Sumbangan diperlukan untuk program 'ihya Ramadhan " untuk masyarakat daif yang memerlukan seperti Orang Asli Islam di perdalaman malaysia.. sebarang maklumat lanjut boleh merujuk kepada webiste yayasan Al-Khalifah

www.yayasanalkhalifah.com

dan

http://i1088.photobucket.com/albums/i340/yayasanalkhalifah/kempen-ramdhan-YAK.png