Lafaz Niat Solat gerhana Bulan“ Usolli
Sunnatal husufi Rakataini imaman /
ma'muman lillahi taala
Lafaz Niat Solat gerhana Matahari“ Usolli
Sunnatal
Kusufi Rakataini imaman / ma'muman lillahi taala
Sahaja aku solat
sunat gerhana bulan / matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
1.
Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih
afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100
ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran
atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90
ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2
sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat
kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau
mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa
ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50
ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2
sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi
salam.
Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ
جَامِعَةً )
Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika
solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.