Isnin, 4 Jun 2012

Lagi Fenomena alam - Transit Planet Zuhrah 6 Jun 2012

Transit Venus 2012


Fenomena transit planet Zuhrah akan berlaku pada Rabu ini bersamaan 6 Jun 2012, planet Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku dan transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang.

Fenomena ini boleh dilihat menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi penapis suria. Planet Zuhrah akan kelihatan sebagai satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari.


 





0 ulasan: