Isnin, 21 Januari 2013

Lagi kejayaan Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah!! Tahniah


Muhammad Zulhusni - Naib Juara Pertandingan Hafazan 1-20 Juzuk

SK mengucapkan tahniah! kepada semua pelajar Tahfiz Ad Diniyyah yang berani menyahut cabaran menghafaz Al Quran di Majlis Pertandingan Hafazan Al Quran anjuran Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Gombak semalam. Majlis diadakan di Masjid Al Ansar Keramat  AU2 selama 2 hari (19 dan 20 Januari 2013)

Kemenangan bukanlah sasaran utama.

Ingat!

Beza antara orang yang menghafaz banyak ayat Al Quran dengan orang yang kurang menghafaz, adalah martabatnya di dalam syurga! Lagi banyak ayat yang dihafaz lagi tinggi martabatnya di syurga Allah S.W.T!

Listen! listen! listen!

Martabat orang yang menghafaz Al Quran tetap di tempat yang tinggi di dalam syurga, berbanding dengan orang yang tidak menghafaz Al Quran, walaupun anda mendapat tempat terakhir dalam pertandingan ini!

Tahniah kepada Zulhusni kerana berjaya merangkul tempat ke - 2 (kategori hafazan 1 - 20 Juzuk)

Tahniah atas keberanian anda semua! Tahniah Amru, Harraz, Husni, Aqil dan Fahmi.







0 ulasan: