Ahad, 20 Januari 2013

Video terkini kerja - kerja melebarkan tempat tawaf di Masjidil Haram


Masjidil Haram


Rakaman video terkini kerja - kerja melebarkan tempat tawaf sedang giat dilakukan. Sebahagian binaan dalam masjid terpaksa dirobohkan untuk melebarkan kawasan tawaf ini. Saksikan rakaman 19 Januari 2013 suasana kerja pembinaan.

Usaha meluaskan kawasan tawaf itu adalah sebahagian projek pembangunan besar-besaran yang terbaru bagi meluaskan Masjidil Haram. Lebih 10,000 pekerja binaan terbabit dalam melaksanakan lapan projek baru di kawasan itu.


Pejabat Hal Ehwal Dua Masjid Suci bertanggungjawab memantau projek berkenaan bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi yang menugaskan sekumpulan pakar akademik bagi meninjau projek itu.

Ia dilaksanakan syarikat Bin Laden. Komander tentera yang mengawal keadaan Masjidil Haram, Kolonel Massad Al-Zahrani, berkata kepada media, kerja pembinaan tidak menjejaskan ibadah jemaah dalam tempoh 75 hari akan datang. Kerja pembinaan akan dihentikan pada pertengahan Sya’ban itu pada minggu pertama Julai.
Peluasan keseluruhan Masjidil Haram menelan perbelanjaan 40 bilion riyal (RM32.6 bilion) dan dijangka menambah kapasiti hingga dua juta jemaah.







0 ulasan: