Tahun 2012 tiba ke penghujungnya. 2013 menjelang tiba. SK lampirkan beberapa snapshot blog suraukini. Terima kasih kepada semua pengunjung blog Suraukini. Selamat menyambut Tahun Baru!
Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.
Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Rajin - rajinlah melayari blog ini.
MINGGU PERTAMA
03.01.13 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
03.01.13 Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
05.01.13 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Pilihan)
05.01.13 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah( Hadith 40) - diganti oleh Ustaz Syed Amni (Feqah)
06.01.13 - Ahad - Ustaz Dr. Shafie Mohd Amin(Tafsir Surah Al Fatihah) - diganti oleh Ustaz Nur Aidil Fitri (Tafsir Surah Al Fatihah)
MINGGU KEDUA
08.01.13 - Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Kitab Minyatul Musolli SIRI 1)
09.01.13 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang -(Isu Semasa : KALIMAH ALLAH)
10.01.13- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
12.01.13 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Pilihan)
12.01.13 - Sabtu - Ustaz Syed Amni Bin Syed Mohamed Al- Yahya (Kitab Feqah TIDAK DAPAT HADIR) 13.01.13 - Ahad - Ustaz Nur Aidil Fitri (Tafsir Al Baqarah)
Firman Allah S.W.T : Perbanyakkanlah bekalan (untuk hari akhirat) , sebaik - baik bekalan adalah Takwa - Surah Al Baqarah
Pesan Rasulullah pada Abu Zar : "Wahai Abu Zar perkukuh dan perkemaskan bahtera penghidupan mu, kerana laut yang akan kamu tempuh dalam penghidupan mu amat dalam dan bergelora. Jangan ada sebarang cacat pada bahtera yang akan kamu gunakan untuk membawa hidupmu kepada Allah S.W.T. Perbanyakkan bekalan kerana perjalanan yang kita tempuh amat jauh! Ringankan beban dibelakangmu! kerana jalan untuk kamu daki amat sukar, ikhlaskanlah segala amal kamu
Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri- Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa.
Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.
Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik - detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal. -foto BERNAMA
KUANTAN: Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.
Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.
Antara jalan yang ditenggelami air setakat jam 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
Semua pelajar Tahfiz Ad Diniyyah memulakan sesi pembelajaran bagi tahun 2013 mulai hari ini selepas bercuti selama 2 minggu (7 Disember - 23 Disember 2012)
Insyaallah datang dengan azam dan semangat baru.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat - kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang - orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
WASHINGTON - Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai menghadapi pelbagai bencana seperti peperangan nuklear, kimia, biologi, bencana alam dan hari kiamat.
Harga rumah itu adalah antara AS$51,000 (RM155,738) hingga AS$64,000 (RM195,471). Seyfried menghasilkan rumah tersebut dengan menggunakan keluli di Salt Lake Utara, Utah.
Rumah itu turut dilengkapi dengan tandas. - Agensi
SK : Macam - macam idea yang lahir dari kepala otak manusia bagi menyiapkan diri menghadapi hari kiamat. Terbaru seorang lelaki merekacipta rumah seperti gambar di atas. :).
Ingatlah Firman Allah S.W.T
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng - benteng yang tinggi lagi kukuh”. (An-Nisa’ 78).
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Dengarkan luah rasa dari Syeikh Ali As Sabuni menceritakan tentang penderitaan umat Islam di Syiria. Kekejaman Bashar Al Asad dan puak Syiah Iran membunuh ratusan ribu umat Islam di Syiria.
Realitinya keadaan di Syiria lebih teruk dari keadaan di umat Islam Palestin. Di Palestin dalam tempoh 70 tahun, umat Islam yang dibunuh oleh orang Yahudi berjumlah 30,000 orang . Tetapi Bashar al Asad dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih 200,000 umat Islam. Ramai yang yang dibunuh dgn kejam. Golongan Syiah Iran mengebom masjid, membunuh sesuka hati.
Dengarkan luah rasa Syeikh, terjemahan oleh Ustaz Nazmi Abdul Karim
Menunggu giliran haji. Bila giliran anda? - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seramai 1,039,691 orang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji sehingga 30 Nov lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata pemilihan bakal haji setiap tahun adalah berdasarkan proses pendaftaran mengikut tarikh dan masa daftar haji.
"Sistem ini dinamakan sistem pendaftaran terbuka di mana pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang memenuhi syarat pendaftaran akan diterima pendaftarannya. Dalam erti kata mudah, pendaftaran dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan," katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin.
Mashitah berkata bilangan jemaah haji Malaysia setiap tahun bagi tahun 2008 hingga 2010 ialah 26,000 orang dan 27,900 orang bagi tahun 2011 serta 2012. Memandangkan jumlah pendaftaran jemaah haji semakin meningkat, beberapa syarat tambahan diperkenalkan Tabung Haji sebagai membuka lebih banyak peluang mengerjakan ibadah haji setiap tahun, katanya.
Mashitah berkata antara syarat tambahan yang diperkenalkan ialah tidak membenarkan jemaah yang sama mendaftar dalam tempoh lima tahun selepas mengerjakan haji dan keutamaan diberikan kepada jemaah berumur lebih 75 tahun jika terdapat kekosongan.
Selain itu, Tabung Haji tidak memilih jemaah kanak-kanak bawah 15 tahun kecuali keadaan terpaksa untuk dipertimbangkan, katanya. Beliau berkata jemaah haji kini masih bergantung kepada kuota 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kerajaan akan terus berusaha mendapatkan kuota tambahan dengan mengemukakan permohonan ke peringkat tertinggi kerajaan Arab Saudi.
"Kerajaan juga mengambil maklum projek pembangunan besar - besaran yang sedang dijalankan yang mengakibatkan tempat penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah terhad," katanya.- Bernama
SK: Setiap tahun hanya 28,000 yang terpilih untuk menunaikan haji. Agak - agak berapa tahun yang perlu anda tunggu kalau anda masih belum mendaftar?
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
MEKAH – Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Laluan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain.
Projek pertama adalah laluan Jeddah - Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal.
“Rundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis
Projek dalam pembinaan
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Insyallah Kem Hafazan Al Quran Tahunan (KHAT 2012) akan melabuhkan tirainya pada Khamis ini. Program selama 8 hari bermula 10 Disember 2012 - 20 Disember 2012. Majlis penutup akan berlangsung selepas Solat Maghrib. Semua ibu bapa Peserta KHAT 2012 dijemput hadir.
Aturcara Majlis Penutup
Hari : KHAMIS
Tarikh : 20 DISEMBER 2012
Solat Maghrib Berjemaah - ibu bapa dan peserta
Ceramah Motivasi Bersama Ustaz Rizal Mokhtar
Solat Isyak
Majlis Penyampaian Sijil dan cenderahati
Jamuan Ringan
Bersurai
SK : Tahniah kepada 44 Peserta KHAT 2012 yang berjaya menamatkan Kem Hafazan tahun ini!
BERRYVILLE, Amerika Syarikat - Sebuah keluarga di Kampung Shenandoah melakukan persiapan untuk menghadapi hari kiamat berdasarkan kalendar kaum Maya pada 21 Disember ini. Kampung itu terletak sejam perjalanan dari Washington namun, ketua keluarga itu, Jay Blevins menyimpan bekalan makanan, minuman, ubat-ubatan, senjata api dan senjata tajam di ruang bawah tanah rumah mereka.
Tujuan senjata api itu disimpan adalah untuk mengusir perompak jika kekacauan berlaku pada hari tersebut. "Saya tidak terfikir kami membelanjakan terlalu banyak wang," kata Blevins yang mempunyai tiga orang anak. Dia yang berusia 35 tahun kini bertugas sebagai seorang perunding perniagaan selepas menjadi penolong syerif dan pegawai Unit Khas dan Senjata Api (SWAT) di negara ini.
"Sebagai isteri dan bapa, saya mahu memastikan bahawa keluarga saya bersedia untuk menghadapi sebarang kejadian yang akan berlaku," katanya. Menurut beberapa pakar yang mengkaji tamadun Maya, kalendar untuk kaum itu berakhir pada 21 Disember ini sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa bumi akan kiamat pada hari tersebut.
Bagaimanapun, beberapa ahli arkeologi menyatakan tidak ada bukti bahawa kaum Maya pernah meramalkan bumi akan kiamat pada hari berkenaan.
Kaum tersebut juga dipercayai mungkin tidak menggunakan kalendar berkenaan semasa kemuncak tamadun mereka antara 300 dan 600 Sebelum Masihi. - Agensi
SK: Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.
Saksikan suasana di Al Makkah Al Mukarramah di awal bulan Safar 1434 Hijrah. Snapshot diambil pada waktu zohor 2 Safar 1434. Suasana lengang. Tonton suasana di Makkah LIVE di sini
Tok Guru Nik Aziz mencium tangan menyantuni Ulama' besar dari Syria,Syeikh Muhammad Ali As Sobuni yang melawat Kelantan.
Syeikh Muhammad Ali As Sobuni telah mengarang hampir 40 kitab kitab besar termasuk yang paling terkenal tafsir Al Sobuni,yang diguna ramai umat Islam di seluruh dunia ~ Tinta Hijau DKB
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Seorang petani di China percaya, dia mampu menghadapi sebarang malapetaka
selepas membina tujuh ‘bola gergasi’ yang mampu menyelamatkannya dalam keadaan
darurat. Liu Qiyuan menyiapkan alat itu yang digelar ‘Bahtera Noh’ menggunakan
gentian kaca selepas mendapat ilham daripada filem Hollywood,
2012.
Kata Liu,
dia membina Bahtera Noh itu di halaman rumahnya di Qiantun, Hebei menggunakan
rangka besi.
“Alat ini
boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami
atau taufan,” katanya.
Liu
mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi
pendayung. Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta
ruang yang mencukupi untuk 14 orang.
Kata Liu,
Kapal Noh itu dibina dengan teliti supaya kedudukannya stabil ketika terapung di
atas air. “Saya harap ciptaan ini dipelajari pihak yang berkenaan, termasuk
jabatan kerajaan serta pertubuhan antarabangsa supaya boleh digunakan ketika
sesuatu tempat dilanda tsunami atau gempa bumi,” katanya. Walaupun boleh
terapung, ciptaan Liu itu agak berat dan empat lelaki dewasa diperlukan untuk
menggerakkannya.
Awal
tahun ini, seorang ahli perniagaan China, Yang Zongfu mendedahkan alat
keselamatannya bagi menghadapi bencana alam bernilai hampir
RM740,000.
Menurut
Yang, alat bulat berwarna oren itu mempunyai ‘simpanan dan penyambung hidup’
mencukupi untuk satu keluarga tiga orang selama 10 bulan
Kalendar kaum Mayan yang meyakini kiamat akan berlaku pada 21 Disember ini?
Lagi 8 hari kita akan bertemu tarikh 21 Disember 2012. Tarikh yang diramal akan berlakunya kiamat. Dunia sampai ke penghujungnya?
DUNIA sains sendiri tidak dapat memberi pengesahan atau kesahihan berhubung hari kiamat bakal berlaku walaupun merujuk kepada kalendar Mayan, dunia bakal berakhir pada 21 Disember 2012 ini.
Walaupun kaum Mayan telah membuat kesimpulan mereka secara astrologi, tetapi banyak kepercayaan lain memberi pandangan berbeza - beza mengenai hari kiamat.
Umat Islam meyakini bahawa tarikh sebenar berlakunya hari kiamat adalah di bawah Ilmu Allah. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah menyebut dalam hadithnya tentang tarikh sebenar berlakunya kiamat. Semuanya di bawah kekuasaan ALLAH S.W.T. Mempercayai berlakunya hari kiamat adalah merupakan rukun iman yang menjadi pegangan aqidah seluruh umat Islam.
Ada banyak hadith yang menceritakan tentang tanda - tanda kecil dan tanda - tanda besar sebelum berlakunya kiamat.
Telah banyak tanda - tanda kecil kiamat berlaku pada hari ini. Hal ini boleh kita lihat dengan mata kepala kita sendiri. Tetapi masih banyak tanda - tanda besar kiamat yang disebut dalam hadith Nabi SAW yang masih belum berlaku.
SK senaraikan di bawah ini tanda - tanda kecil kiamat dan tanda - tanda besar kiamat. Sebahagian dari tanda - tanda besar masih belum berlaku. Meyakini hadith - hadith Sahih Nabi SAW tentang TANDA - TANDA BESAR KIAMAT akan membawa kita yakin bahawa hari kiamat tidak akan berlaku pada 21 Disember ini.
Walaupun kiamat tidak berlaku pada 21 Disember 2012 ini, jangan pandang ringan terhadap kiamat kecil. Kiamat kecil adalah kematian yang berlaku pada setiap individu. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui saat kematian. Biarkanlah tarikh kiamat besar itu di bawah ilmu dan pengetahuanNya. KIAMAT BESAR pasti akan berlaku juga.
Jangan pula disebabkan kiamat tidak berlaku pada 21 Disember 2012 ini maka kita menyangka kita terlepas dari kiamat kecil. Ingatlah kematian itu pasti berlaku. Kita sangat hampir dengan kematian
Sebaik - baik manusia adalah mereka yang paling banyak mengingati mati.
Antara tanda - tanda kiamat kecil ialah
Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” -Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
Ramai orang soleh meninggal dunia.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” -Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
Bulan sabit kelihatan besar.”Di antara tanda - tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” -Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita - berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai - sungai.” – Sahih Muslim
TANDA - TANDA BESAR
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?” Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.” Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
• Keluarnya asap
• Munculnya Dajjal
• Munculnya binatang yang melata di mukabumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Ramai yang minta SK siarkan suara azan adik Aidil Zulkifli sejak tersiarnya berita di atas di akhbar Sinar Harian beberapa bulan yang lalu. SK hanya sempat merakam suara adik Aidil 2 hari lepas. SK muatnaikkan rakaman tersebut di Youtube.
Seramai 42 peserta terlibat di dalam Kem Hafazan Al Quran Tahunan 2012 yang bermula semalam. Program selama 8 hari bermula 10 Disember 2012 - 20 Disember 2012. Seramai 6 orang Fasilitator terlibat bagi menjayakan program ini.
Gambar sekitar program
Taklimat Bersama Pengarah Program Ustaz Azhari
Ustaz Izham - Fasilitator
Peserta Perempuan
Peserta Lelaki
Saksikan peserta KHAT 2012 seramai 44 orang akan mendedangkan Selawat dan pujian ke atas junjungan besar Rasulullah SAW di majlis penutup 20 Disember nanti.:)
Mempertingkatkan tahap keselamatan Pelajar Ad Diniyyah!!
Alhamdulillah pada Khamis 6 Disember 2012 baru - baru ini, pihak Ad Diniyyah dengan penuh berbesar hati telah menerima sumbangan CCTV. Pemasangan ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap keselamatan pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.
SK mengucapkan terima kasih kepada penyumbang CCTV tersebut
SK: Kiraman katibin adalah sebaik - baik pemantau!!
BEBERAPA anggota bomba membuat rayuan bagi meminta penduduk berpindah ekoran kejadian gempa bumi di Rikuzentakata, timur laut Jepun semalam.
TOKYO - Tsunami setinggi satu meter dilaporkan melanda timur laut Jepun semalam selepas gempa bumi kuat berlaku sehingga mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat. Beberapa buah bangunan tinggi di Jepun berhayun selama beberapa minit. Stesen-stesen penyiaran turut meminta penduduk yang tinggal di pesisiran pantai untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi apabila gegaran gempa bumi tersebut dapat dirasakan di timur laut negara ini.
Perkhidmatan telefon mengalami 'kesesakan' akibat bilangan panggilan yang dibuat terlalu banyak.
Bagaimanapun, amaran tsunami itu kemudian ditarik balik pada pukul 7.20 malam waktu tempatan dua jam selepas gempa bumi tersebut berlaku. Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.18 petang itu berukuran 7.3 pada skala Richter.
Ahli-ahli meteorologi menyatakan tsunami setinggi satu meter itu berlaku di bandar Ishinomaki pada pukul 6.02 petang waktu tempatan. Pada 11 Mac 2011, bandar itu dilanda tsunami sehingga mengakibatkan kemusnahan yang besar. Gempa bumi tersebut mengakibatkan 19,000 orang terbunuh dan 325,000 lagi hilang tempat tinggal ekoran kekuatannya ialah 9.0 Richter.
Tiada laporan tentang kematian ekoran kejadian gempa bumi terbaharu itu. Bagaimanapun, tiga orang dilaporkan cedera ringan di timur Jepun. Beberapa tsunami kecil dilaporkan turut berlaku termasuk setinggi 40 sentimeter di bandar Soma. Menurut stesen penyiaran NHK, kira-kira 5,000 orang berpindah ke kawasan lebih selamat di Miyagi, timur laut Jepun. Stesen penyiaran tersebut juga meminta orang berpindah dengan mengimbas kembali kejadian tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu.
Gempa bumi itu berlaku 36 kilometer (km) di bawah dasar Lautan Paisifik dan berpusat 284km ke timur Sendai. Dua lagi gempa bumi susulan yang berukuran 6.2 dan 5.5 Richter turut berlaku.
Seorang sukarelawan di sebuah pusat pemulihan gempa bumi di Minami-Sanriku, Aiko Hibiya berkata, dia berada di rumah rakannya ketika gempa bumi tersebut berlaku.
"Gegaran gempa bumi itu berlaku bagi tempoh yang lama," katanya.
Gempa bumi itu juga tidak menjejaskan loji tenaga nuklear yang dikendalikan oleh Syarikat Tokyo Electric Power Co. Sebelum ini sebuah loji nuklear di Fukushima rosak akibat tsunami yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu. - Agensi