BERRYVILLE, Amerika Syarikat - Sebuah keluarga di Kampung Shenandoah  melakukan persiapan untuk menghadapi hari kiamat berdasarkan kalendar kaum Maya  pada 21 Disember ini. Kampung itu terletak sejam perjalanan dari Washington namun, ketua keluarga  itu, Jay Blevins menyimpan bekalan makanan, minuman, ubat-ubatan, senjata api  dan senjata tajam di ruang bawah tanah rumah mereka.
Tujuan senjata api itu disimpan adalah untuk mengusir perompak jika kekacauan  berlaku pada hari tersebut. "Saya tidak terfikir kami membelanjakan terlalu banyak wang," kata Blevins  yang mempunyai tiga orang anak. Dia yang berusia 35 tahun kini bertugas sebagai seorang perunding perniagaan  selepas menjadi penolong syerif dan pegawai Unit Khas dan Senjata Api (SWAT) di  negara ini.
"Sebagai isteri dan bapa, saya mahu memastikan bahawa keluarga saya bersedia  untuk menghadapi sebarang kejadian yang akan berlaku," katanya. Menurut beberapa pakar yang mengkaji tamadun Maya, kalendar untuk kaum itu  berakhir pada 21 Disember ini sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa bumi akan  kiamat pada hari tersebut.
Bagaimanapun, beberapa ahli arkeologi menyatakan tidak ada bukti bahawa kaum  Maya pernah meramalkan bumi akan kiamat pada hari berkenaan.
Kaum tersebut juga dipercayai mungkin tidak menggunakan kalendar berkenaan  semasa kemuncak tamadun mereka antara 300 dan 600 Sebelum Masihi. - Agensi
SK: Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.  
Hanya amal soleh yang akan menjadi bekalan pada hari tersebut.  Jom infaq dan wakaf harta !








 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan