Insya Allah Sempurna

Pendaftaran di buka sekarang , hubungi 013 755 7011

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pewaris Al Quran’.

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Kami melahirkan Para Huffaz Al Al Quran”"

Perspektif Kompleks Ad Diniyyah

“Jom! menyumbang Untuk pembesaran Surau Pusat Tahfiz Ad Dinyyah Hubungi 0137557011 ”"

Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 2016

Generasi Pewaris Al Quran

Jumaat, 31 Disember 2010

Kalendar 1432 / 2011 Pusat Tahfiz Sudah terbit




Alhamdulillah seperti yang dijanjikan , Kalendar Islam 2011 / 1432 kini sudah berada di pasaran. Jualan besar - besaran di 3 Masjid hari ini.

Masjid Solahiah Sg Tua Baharu Jalan Sungai Tua selepas solat Jumaat - Dengan kebenaran pihak pengurusan masjid.

Masjid At Taqwa Selayang Baru - selepas solat Jumaat -Dengan kebenaran pihak pengurusan masjid.
Masjid Jamek Amaniah Batu Caves Tua selepas solat Jumaat / Selepas Maghrib dan Isyak -Dengan kebenaran pihak pengurusan masjid.
Kalendar design cantik lengkap dengan Waktu Solat, Tarikh kebesaran Islam, Cuti Sekolah dan Hadith Pilihan dan mutiara kata.

Membeli sambil menderma. Semua hasil jualan untuk Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Isnin, 27 Disember 2010

Program Hafazan Cuti Sekolah 1 - 23 Disember 2010 - Video Inside




Wajah anak - anak Program Hafazan Cuti Sekolah 2010 diabadikan di Youtube. Masih banyak gambar aktiviti sepanjang program tidak dimuatkan di dalam persembahan ini. Insyaallah kalau ada masa SK akan muatnaikkan gambar gambar tersebut.











 K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Sedikit perubahan pada video Sejarah pembinaan Pusat Tahfiz di Youtube

Suraukini membuat sedikit perubahan pada video "sejarah pembinaan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah". Di bawah ini adalah video terkini selepas dibuat sedikit perubahan pada caption, nombor akaun Pusat Tahfiz terkini dan susun atur gambar.

Sumbangan kini boleh dibuat dengan menggunakan nombor akaun yang tertera pada video ini.

Ahad, 26 Disember 2010

Pembinaan tandas / bilik mandi tambahan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah bermula 25 Disember 2010


Kerja kerja asas tapak bilik mandi dan tandas Pusat Tahfiz bermula. Rakaman untuk arkib Suraukini.








K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Pelajar dan ibu bapa ditemuduga


Sesi temuduga bersama Ustaz Faid


Ibu bapa mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mendaftarkan anak ke Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Ibu bapa yang ingin menghantar anak ke Pusat Tahfiz perlu ditemuduga terlebih dahulu. Anak - anak perlu menunjukkan minat dan boleh membaca dengan lancar. Anak - anak yang bermasalah tidak akan diterima di sini.

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja



Jumaat, 24 Disember 2010

Pelancaran Tabung Pembinaan Bilik Mandi Tambahan


Jawatankuasa Pusat Tahfiz Ad Diniyyah malam tadi telah melancarkan tabung Pembinaan bilik Mandi Tambahan untuk anak - anak Tahfiz. Sumbangan dialu - alukan. Rebutlah Lima Perkara sebelum datang Lima Perkara.!!
Bahan binaan sudah sampai, sumbangan masih diperlukan untuk pembinaan.

Rebutlah peluang beramal jariah sebelum datangnya hari di mana ketika itu harta benda dan kemewahan  tidak memberi sebarang faedah lagi.

Program Hafazan Cuti Sekolah 2010 melabuhkan tirai

Sekalung tahniah kepada semua urusetia, para guru dan individu yang memberi sumbangan tenaga, harta dan masa bagi menjayakan Program Hafazan Cuti Sekolah 2010. Majlis Perasmian Penutup berjalan lancar malam tadi dalam suasana ceria.

Suraukini selaku Penyelaras Program meyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafaan jika terdapat salah silap, tersalah berbahasa kepada para guru dan ibu bapa sepanjang program berlangsung. Gambar - gambar dibawah ini diabadikan ke dalam blog ini untuk arkib sejarah surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.

Gambar - gambar ini memang dimuatnaik ke blog untuk memudahkan ibubapa mencetak sendiri gambar. Klik pada gambar untuk melihat saiz lebih besar.Insyaallah gambarnya jelas untuk dicetak. Koleksi gambar Dino Alham'd dan Cinagambar

Berikut adalah Peserta Program Hafazan Cuti Sekolah 2010.
Anak - anak kita, Generasi Harapan Kita.