Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Jumaat, 11 Jun 2010

Selamat Datang Bulan Rejab!!

 Bulan - bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakan kita sedar kedatangannya. Kini Bulan Rejab datang lagi. Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar. Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak,...

Khamis, 10 Jun 2010

Telinga! Nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu ingin dustakan?

Setiap manusia dikurniakan dengan nikmat pancaindera yang melengkapkan sifat seseorang menjadi manusia sempurna termasuk nikmat pendengaran, penglihatan, sentuhan serta deria bau dan kebolehan untuk merasa. Antara pelbagai deria, anugerah pendengaran adalah antara paling kerap disebut dalam al-Quran baik dari segi penciptaannya mahupun tatacara penggunaannya seperti yang dikehendaki Yang Maha Mencipta. Firman Allah yang bermaksud: “Kemudian...

Selasa, 8 Jun 2010

Kem Generasi Harapan 2010 . Daftar Sekarang!!

Salam!! Aktiviti Setempat (Program Cuti Sekolah) Banner Kem Generasi harapan dah pun digantung. Daftar segera Sekarang. Tempat terhad. 40 orang sahaja. Pendaftaran RM10.00 sahaja. Remaja berumur 13 - 17 Tahun sahaja.  Murah la sangat - sangat! Siapa cepat dia dapat. Makan disediakan sepanjang Kem. Menginap di surau. Ada macam macam program menarik!! Treasure Hunt, Ice Breaking, Sumpah Keramat, Tayangan Multimedia Air Mata Palestine, BBQ, Motivasi bersama Ustaz Zamri dan lain - lain RM10.00 memang berbaloi. Sebab kos keseluruhan...

Kenali Pokok Gharqad Yahudi

Nabi S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah,...

Isnin, 7 Jun 2010

Sejarah Yahudi di Negara Haram Israel

Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran - lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM. Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS,...