Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Kem Generasi Harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kem Generasi Harapan. Papar semua catatan

Rabu, 7 Julai 2010

Gambar dan video Kem Generasi Harapan 2010


Makluman Setempat

Kepada semua Ibu Bapa & Peserta
Kem Generasi Harapan 2010

Semua gambar - gambar dan video yang dirakam sepanjang kem tersebut telah dimuatkan dalam satu dvd.
Kepada yang berminat untuk mendapatkannya boleh order melalui suraukini@yahoo.com  atau maklumkan di shoutbox di sidebar blog ini.

HARGA DVD RM10.00 SAHAJA

Selasa, 22 Jun 2010

Post Mortem Kem Generasi Harapan 2010 Malam ni

Selepas berjerih payah mengatur dan merancang aktiviti Kem Generasi Harapan 2010. Alhamdulillah kem ini berjaya juga diadakan. Banyak perkara yang boleh dipelajari. Ada kekurangan yang perlu dibaiki. Terimakasih yang tak terhingga kepada ke enam - enam orang fasilitator yang mantap dan bertenaga.

Malam ni jangan lupa, sesi post mortem. Bedah siasat - menyiasat kelemahan untuk dibaiki -

Macam biasa kita mesyuarat di surau. CSI pun akan turut serta.

Ahad, 20 Jun 2010

Sebahagian gambar Kem Generasi Harapan

Ramai peserta minta saya uploadkan gambar - gambar aktiviti di blog ini. Insyaallah saya cuba mencari ruang masa untuk upload gambar. Line internet sangat slow. Banyak gambar - gambar menarik yang sempat dirakam yang ingin saya upload. Kelajuan internet membosankan. Nanti saya akan upload sikit demi sedikit . Harap dapat bersabar ye!


Sesi taklimat di awal petang hari pertama
Ikrar membuang sifat - sifat mazmumah
Motivasi Remaja Bersama Ustaz Yusri Abdul Karim
Peserta mengikuti program hafazan Surah As Soff
Membina generasi yang saling bekerjasama
Aktiviti "Ice Breaking"

Testimoni kejayaan
Peserta mendirikan khemah masing - masing
Generasi Harapan BBS2A
Teknik memasang khemah sambil cekak pinggang
Hahaha! ni pehal ni?
Apa yang Ustaz Zamri dah buat sampai nangis nangis ni???
Bab makan semua puas hati!
Dengar Ye! Big Boss bagi arahan
Picit kepala berjemaah. heheheh!

Jumaat, 18 Jun 2010

AKTIVITI SETEMPAT KEM GENERASI HARAPAN HARI KETIGA

Gambar : Santai di kawasan perkhemahan selepas penat mengikuti pelbagai aktiviti
 
4.30 pagi Qiamullail Sunat Taubat, solat Tahajud, Witir
5.30 pagi Persiapan Solat  Subuh / Ma’thurat
6.45 pagi Solat Kecergasan Siap Siaga Diri Kudapan (Sarapan Pagi)
8.30 Pagi - Slot Motivasi Bersama Ustaz Mohd Zaki
Rehat dan Minum
10.30 Pagi - Pertandingan Akhir Hafazan - Testimoni Farihah Hj Zulkifli
12.30 Tengahari Makan T.Hari
1.00 Tengahari Persiapan Solat Jumaat
2.30 Petang : Latihan Dalam Kumpulan
Solat Asar / Ma’thurat
 
5.00 Petang - Kemas Khemah / bersihkan Kawasan sekitar & BBQ Berjemaah
7.30 Malam Solat Maghrib / Ma’thurat
8.00 Malam Tayangan Slide Air MAta Palestin
9.00 Malam - Solat Isyak
9.30 Malam - Penyampai Sijil, Penutup
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 


 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 17 Jun 2010

Kem Generasi Harapan sedang berlangsung

Agak sibuk dengan aktiviti yang sudah pun bermula, tidak sempat update blog walaupun banyak bahan yang boleh disiarkan. Insyaallah akan menyusul. Tahniah buat Fasilitator yang bertungkus lumus membuat yang terbaik. Jasa mu tetap di kenang. Moga Allah mengangkat martabat ke sisiNya.

Program hari pertama berjalan dengan lancar, pendaftaran peserta bertambah mendadak di saat - saat akhir sedikit menyukarkan pihak pengurusan. Jumlah penyertaan yang pada awalnya hanya 32 orang, bertambah menjadi 48 orang. Pertambahan seramai 16 orang peserta di saat akhir memang diluar jangkaan dan memerlukan sedikit kesabaran.

Program hari kedua

4.30 pagi Qiamullail Sunat Taubat, solat Tahajud, Witir
5.30 pagi Persiapan Solat
Subuh / Ma’thurat
6.45 pagi Solat Kecergasan
Siap Siaga Diri
Kudapan (Sarapan Pagi)
Hafazan (Surah As Sof)
Minum
Hafazan (Surah As Sof)
12.30 Tengahari Makan T.Hari
Persiapan Solat
1.30 Tengahari Solat Zohor / Ma’thurat
5.30 Petang : Latihan Dalam Kumpulan
Persiapan Solat
Solat Asar / Ma’thurat
Riadhah Fizikal dan Mental
6.45 Petang Makan Malam
Persiapan Solat
7.30 Malam Solat Maghrib / Ma’thurat
Ustaz Yusri Abdul Karim - Motivasi
Terbuka kepada semua
Semua ibubapa diwajibkan hadir
Persiapan Solat
9.30 Malam Solat Isya’ / Ma’thurat
9.45 Malam Testimoni Kejayaan

Pn. Nora
Hj. Mohd. Amin Othman
Mejar Badarudin
Minum / Senang Diri / ulang hafazan & Tidur

Rabu, 16 Jun 2010

AKTIVITI SETEMPAT Senarai Nama Peserta Berdaftar

Gambar : Kawasan sekitar kawasan perkhemahan di sembur ubat nyamuk dulu sebelum perkhemahan bermula.

Pendaftaran sehingga pagi ini

Berikut adalah nama peserta yang telah membuat pengesahan pendaftaran untuk KEM GENERASI HARAPAN.


1. Muhammad Hakim Bin Tajul Fatah
2. Muhammad Sholihin Bin Zamrus
3. Farid Hilman Zakwan Bin Badarudin
4. Mohd Farhan Bin Habib
5. Nurhidayah Bt. Abdul Halim
6. Nur Syafiqah Nabilah Bt. Amirdin
7. Fatin Nor Alia Binti Zulkpli
8. Farid Akmal Bin Badarudin
9. Shazlin Aziela Aryana Bt. Eslani
10. Muhamad Amirul Husni Mohd Amin
11. Nur Shafiqah Afini Mohd Amin
12.Afiqah Bt. Zulkifli
13. Azlin Aziz
14. Azurin Aziz
15. Ramy Dalila
16. Azrie Akmal Bin Sham
17. Hariz Syazwan Bin Sham
18. Muhammad Hazim Amran
19. Siti Nabihah Amran
20. Shahrul Izaam Affandi
21. Aziem Ikmal Sapuan
22. Aisyah Umairah Azhar
23. Khadijah Mursyidah Azhar
24. Nor Atikah Bt. Kamarudin
25. Muhammad Asyraf Bin Kamarudin
26. Fakrul Razi Hamizan
27.Izzul Waiz
28. Ahmad Nur Haziq
29. Ahmad Nur Muazzi
30. Siti Sofia Binti Sufian
31. Siti Sarah Binti Sufian
32. Mohd Azizi Bin Ahmad Daud
33. Mohd Farhan Bin Mohamad Tahir
34. Muhammad Amirul Akmal
35. Mohamad Zuhairi
36. Muhammad Qayyum Selamat
37. Ahmad Danish Ziqry
38. Muhammad Khairul Hamizan
39. Aleefah Ruslan
40. Nurul JAnnah Husna
41. Nurul Aisyah Selamat
42. Raja Iklil Nurliyana Zulaikha
43. Muhammad Nadzmi Mat Tarmizi
44. Farahani Bt. Ibrahim
45. Muhd Fahmi Bin Alfian
46. Abdul Rahman Akmal Zulkifli
47. Muhammad Syaqif Izuan
48. Muhammad Amirul Abdul Halim Hafiz

Selasa, 15 Jun 2010

Maklumat untuk peserta KEM GENERASI HARAPAN

Barangan Keperluan Yang perlu dibawa.
  • Pakaian untuk solat
  • Pakaian untuk riadhah
  • Pakaian harian untuk 3 hari 2 malam
  • Pakaian untuk tidur
  • Pakaian yang menutup aurat. (Baju kurung / jubah untuk peserta lelaki)
  • Seluar panjang baju t shirt berkolar peserta lelaki
  • Berus gigi, ubatan – ubatan, sabun mandi
  • Kelengkapan tidur dalam khemah
  • Kopiah untuk peserta lelaki

Semua peserta akan ditempatkan di dalam khemah
Sila bawa alas tempat tidur yang sesuai. Khemah disediakan

Matlamat Kem Generasi Harapan 2010.

Program Kem Generasi Harapan adalah satu program cuti sekolah yang dirancang oleh pihak Surau khusus untuk membina kekuatan mental dan kerohanian anak - anak penduduk setaman. Adalah diharapkan program ini dapat membantu para peserta mengenal, menilai dan membangunkan diri bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan sebagai seorang muslim berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Melengkapkan anak - anak dengan peribadi muslim yang mantap serta melahirkan generasi yang sempurna solat dan berperibadi mulia.
Program ini 
  • Mendedahkan anak-anak tentang kepentingan solat sebagai tiang agama.
  • Memberi motivasi dan kefahaman bahawa solat yang sempurna adalah benteng dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar.
  • Memberi motivasi kecemerlangan dalam pelajaran serta teknik-teknik menjawab yang betul
  • dan berkesan.
  • Memberi motivasi supaya anak-anak mengubah sikap atas kesedaran diri sendiri.
  • Memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan dunia dan akhirat.
  • Melatih anak - anak supaya berani, berketrampilan dan mempunyai keyakinan diri.
  • Melahirkan anak soleh yang membahagiakan kedua ibubapa.

Selasa, 8 Jun 2010

Kem Generasi Harapan 2010 . Daftar Sekarang!!

Salam!!

Aktiviti Setempat (Program Cuti Sekolah)

Banner Kem Generasi harapan dah pun digantung. Daftar segera Sekarang. Tempat terhad. 40 orang sahaja. Pendaftaran RM10.00 sahaja. Remaja berumur 13 - 17 Tahun sahaja.  Murah la sangat - sangat! Siapa cepat dia dapat.

Makan disediakan sepanjang Kem. Menginap di surau. Ada macam macam program menarik!! Treasure Hunt, Ice Breaking, Sumpah Keramat, Tayangan Multimedia Air Mata Palestine, BBQ, Motivasi bersama Ustaz Zamri dan lain - lain

RM10.00 memang berbaloi. Sebab kos keseluruhan program ni boleh mencecah ke RM3,500.

Untuk jadikan program ini berjaya mengikut dirancang, sumbangan dana amat diperlukan. Tolong - tolong la yer.

MEMBINA GENERASI HARAPAN MAWADDAH WA MAHABBAH!

Khamis, 3 Jun 2010

Design Banner Kem Generasi Harapan 2010



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Madrasah Tahfiz Al Hikmah Rokapram Kemboja
Surau Al Tasnim Rokapram Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A