Selasa, 15 Jun 2010

Matlamat Kem Generasi Harapan 2010.

Program Kem Generasi Harapan adalah satu program cuti sekolah yang dirancang oleh pihak Surau khusus untuk membina kekuatan mental dan kerohanian anak - anak penduduk setaman. Adalah diharapkan program ini dapat membantu para peserta mengenal, menilai dan membangunkan diri bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan sebagai seorang muslim berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Melengkapkan anak - anak dengan peribadi muslim yang mantap serta melahirkan generasi yang sempurna solat dan berperibadi mulia.
Program ini 
  • Mendedahkan anak-anak tentang kepentingan solat sebagai tiang agama.
  • Memberi motivasi dan kefahaman bahawa solat yang sempurna adalah benteng dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar.
  • Memberi motivasi kecemerlangan dalam pelajaran serta teknik-teknik menjawab yang betul
  • dan berkesan.
  • Memberi motivasi supaya anak-anak mengubah sikap atas kesedaran diri sendiri.
  • Memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan dunia dan akhirat.
  • Melatih anak - anak supaya berani, berketrampilan dan mempunyai keyakinan diri.
  • Melahirkan anak soleh yang membahagiakan kedua ibubapa.

0 ulasan: