Isnin, 14 Jun 2010

Al Fatihah UStaz Hassan Shukri Meninggal dunia

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri (kanan) meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang tadi.  Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini, baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana, lapor Harakahdaily.

Media online PAS itu memetik Puan Naznah Taha, isteri Subky Latiff, sebagai berkata Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.
Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang.
Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang.


0 ulasan: