Jumaat, 8 Mac 2013

Video - Tangkuban Perahu makin bahaya.

 
 
Jakarta: Saintis Indonesia memantau rapi gunung berapi Tangkuban Perahu di Bandung dan menggesa orang ramai menjauhi lereng gunung itu.
 
Ahli volkanologi Hendra Gunawan semalam berkata, gunung itu mengeluarkan asap dan debu hampir 500 meter ke udara sejak Isnin lalu. Ahli sains meletakkannya pada tahap berjaga-jaga kedua tertinggi.

Serpihan batu dan lahar belum terhambur jauh dan bandar serta kampung berdekatan masih selamat. Pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong agar menjauhi kawasan itu sekurang-kurangnya 1.5 kilometer dari kawah gunung itu kerana ancaman gas beracun di dalamnya.

Gunung berapi setinggi 2,084 meter itu antara tarikan pelancong paling terkenal di Jawa. - AP
 
 

 
script src="http://h1.flashvortex.com/display.php?id=2_1352960917_3427_775_0_468_60_10_1_98" type="text/javascript">




 

0 ulasan: