Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kematian. Papar semua catatan

Isnin, 23 Jun 2014

Al Fatihah - Murabbi Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia



KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh raya Pantai Timur, pagi ini.

Buat masa ini, jenazah beliau masih berada di Hospital Hulu Terengganu.

Kemalangan yang meragut nyawa. Al Fatihah

Solat jenazah akan diadakan selepas Asar di Masjid Madrasah Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT), Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Biodata

Tarikh Lahir:18 Ogos 1950Tempat Lahir:Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu
Nama Isteri:To’ Puan Zaitun Binti Salleh
Bil. Anak :8 Orang (5 Lelaki, 3 Perempuan)
Alamat Rumah :1026, KM 14 Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu
Alamat Email:ust_abc@yahoo.com
Pendidikan
1973 – 1977 :Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) Dan
Diploma Pendidikan UKM.
1987 – 1988:Melawat Sambil Belajar Bahasa Inggeris Di Fort Wayne Community
College, Indiana, USA
1995 – 1996:Melawat Sambil Belajar Bahasa Arab Di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah,
Khourtoum, Sudan.
2011 – 2012 :Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM)
Pengalaman Kerja
1977 – 1981:Pengetua Institut Berakan. Kuala Terengganu.
1982 – 1986:Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu
1997 – 1999:Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian
Sek. Rendah Islam Pintar (SRIP)
1999 – 2004:Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu
2000 – 2004: Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu
2004 – Kini:Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)
2008 – Kini:Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi
Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan
Politik
1981:Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)
1984 – 1986:Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting
1989 – 1999:Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13
1999 – 2011:Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu
2000 – Kini:Ahli Jawatankuas PAS Pusat
2000 – 2007:Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat
2007 – Kini:Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat
2008 – Kini:Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat
Kegiatan Pelajar & Belia
1968 – 1970:Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu.
1975 – 1977:Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM
1976 – 1977:Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM
1977 – 1981:Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah
Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.
Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan
1979 :Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM
1983:Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu
1987:Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu
1989 – 1999 :Pengerusi PASTI Malaysia
2006 – 2008 :Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia
2009 – Kini:Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)
2013:Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(MAKPEN)
Kegiatan Antarabangsa
1989:Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan
1989 & 1993:Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2
1994, 1995 & 1996:Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki
1997 & 1998:Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.
2003:Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan
2005 – 2013:Presiden AFMY
2007:Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)
Penulisan Buku
1987:Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd
1998:Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd
1999:Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan
2007:Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai
2011: PAS 60 Tahun – Pustaka Damai
2013:Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb – Pustaka Damai
Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh
2002:Setia Mahkota Terengganu (SMT)
2003:Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)
2003:Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Trg
2003:Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas
Dewan Pemuda PAS Pusat
2009:Tokoh PASTI Malaysia
Nama Isteri:To’ Puan Zaitun Binti SallehBil. Anak :8 Orang (5 Lelaki, 3 Perempuan)Alamat Rumah :1026, KM 14 Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, Kuala TerengganuAlamat Email:ust_abc@yahoo.comPendidikan1973 – 1977 :Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) DanDiploma Pendidikan UKM.1987 – 1988:Melawat Sambil Belajar Bahasa Inggeris Di Fort Wayne CommunityCollege, Indiana, USA1995 – 1996:Melawat Sambil Belajar Bahasa Arab Di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah,Khourtoum, Sudan.2011 – 2012 :Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM)Pengalaman Kerja1977 – 1981:Pengetua Institut Berakan. Kuala Terengganu.1982 – 1986:Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu1997 – 1999:Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik RangkaianSek. Rendah Islam Pintar (SRIP)1999 – 2004:Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu2000 – 2004: Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu2004 – Kini:Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)2008 – Kini:Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, BioteknologiDan Teknologi Hijau Negeri KelantanPolitik1981:Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)1984 – 1986:Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting1989 – 1999:Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 131999 – 2011:Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu2000 – Kini:Ahli Jawatankuas PAS Pusat2000 – 2007:Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat2007 – Kini:Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat2008 – Kini:Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS PusatKegiatan Pelajar & Belia1968 – 1970:Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu.1975 – 1977:Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM1976 – 1977:Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM1977 – 1981:Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) DaerahKuala Terengganu & Negeri Terengganu.Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan1979 :Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM1983:Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu1987:Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu1989 – 1999 :Pengerusi PASTI Malaysia2006 – 2008 :Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia2009 – Kini:Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)2013:Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia(MAKPEN)Kegiatan Antarabangsa1989:Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan1989 & 1993:Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 21994, 1995 & 1996:Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki1997 & 1998:Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.2003:Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan2005 – 2013:Presiden AFMY2007:Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)Penulisan Buku1987:Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd1998:Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd1999:Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan2007:Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai2011: PAS 60 Tahun – Pustaka Damai2013:Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb – Pustaka DamaiDarjah Kebesaran & Anugerah Tokoh2002:Setia Mahkota Terengganu (SMT)2003:Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)2003:Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Trg2003:Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli EmasDewan Pemuda PAS Pusat2009:Tokoh PASTI Malaysia


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja




Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 21 November 2013

Jenazah pelajar Malaysia yang dimuliakan di Turki - Al Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Ammar



Allahyarham dikebumikan di kawasan perkuburan tidak jauh dari sahabat nabi yang hebat, Abu Ayyub Al Ansari


Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 7 Februari 2013

Al fatihah untuk Allahyarham Azli Paat

 
Allahyarham Azli Paat Al Fatihah
 
 
Banyak ilmu tentang IT yang SK pelajari dari Allahyarham. Walau tidak pernah bersua dan hanya mendengar suaranya melalui corong radio, ilmunya tetap sampai. Seorang yang tidak lokek ilmu. Semoga Allah membalas amal baiknya dengan kebaikan. Takziah untuk keluarganya!

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini. Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam. 

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya. Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.

 
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.  Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.









Ahad, 22 Julai 2012

Lagi kematian di awal - awal Ramadhan 1433

Mandikan Jenazah
Takziah untuk keluarga Kamarulzaman Petronas yang kematian anaknya berusia 5 bulan awal malam tadi. Urusan pengkebumian disempurnakan pagi ini. Tahniah team yang menguruskan jenazah dengan cemerlang. Beberapa keping gambar yang sempat dirakam cinagambar.
Melepaskan tuntutan Fardhu Kifayah
Mengkafani Jenazah ahli syurga

Pengkebumian Jenazah di Tanah Perkuburan Sungai Tua

Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Dua Takziah! Pemergian di awal Ramadhan


Dari Allah kita datang , kepadaNya jua pasti kita dikembalikan.


SK mengambil kesempatan mengucapkan dua Takziah
Gambar : SK menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham Hajjah Saodah pagi tadi.

Takziah pertama kepada Tuan Haji Abdul Rahim AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah atas pemergian bapa mentua beliau awal petang semalam di Jenjarom Banting. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Seksyen 21 Shah Alam pagi tadi.
Takziah kedua kepada Tuan Haji Mohamad Amin AJK Surau Ad Diniyyah atas pemergian bapa mentu beliau awal pagi ini di Taiping
 
Semoga roh mereka ditempatkan bersama para Solihin. Al Fatihah










Isnin, 2 Julai 2012

Takziah atas pemergian Haji Bahari Mantan Bendahari Masjid Amaniah

Perjalanan terakhir dari Masjid Amaniah

SK merakamkan ucapan takziah kepada waris atas pemergian Allahyarham Haji Bahari pagi tadi. Allahyarham adalah mantan bendahari Masjid Daerah Batu Caves Masjid Amaniah. Jenazah selesai disempurnakan selepas solat asar tadi di masjid Amaniah.

Semoga roh dtempatkan bersama para Solihin.   Al Fatihah

Jumaat, 15 Jun 2012

Perginya seorang Murabbi Gerakan Islam

Al fatihah untuk Allahyarham Datuk haji Yahya othman. Semoga rohnya ditempatkan bersama para Solihin.

Ahad, 10 Jun 2012

Keagungan Tuhan - Lirik ketuhanan


Al fatihah untuk penyanyi lagu ketuhanan dari Indonesia ini yang meninggal pagi tadi.
Dari Nya kita datang kepada Nya kita dikembalikan.

Insaflah wahai manusia
Jika diri mu bernoda
Dunia hanya naungan
'tuk makhluk ciptaan tuhan

Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa

( korus )
Dialah Pengasih dan Penyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada Keagungan Tuhan
Betapa Maha Besarnya
Pencipta alam semesta

Siapa selalu berbakti
Mengabdi pada Ilahi
Kan sentosa selamanya
Di dunia dan akhir masa

Khamis, 15 Mac 2012

Catatan Pagi - Mengurus kematian jiran setaman


Sebahagian waris menguruskan jenazah Allahyarham Norliza di Tanah Perkuburan Sg Tua

Al Fatihah kepada allahyarham Pn Norliza (Flat SA) yang meninggal malam tadi di HUKM. Meninggal di usia 42 tahun. Jenazah diurus pagi ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan jenazah sehingga selesai.

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali!!

Beberapa keping gambar yang sempat SK ambil untuk dikongsi bersama.


Turun Padang : Tuan Haji Mohamad Penyelaras DUN Taman Templer menziarahi suami Allahyarham

Melepasi tuntutan Fardhu Kifayah
 
Dari tanah kita diciptakan kepada tanah jua kita kembali.

SK: 12.30 - Urusan jenazah selesai. Balik rumah berehat sekejap. Petang baru boleh ke pejabat. Jumpa malam ni di surau ada majlis tahlil arwah.

Dah jadi ahli badan khairat ?????  Kalau belum hubungi Haji Sapuan 013 3320300
 


Isnin, 2 Januari 2012

Kemalangan di Sitiawan - Al fatihah kepada semua mangsa


Saat ajal menjemput

Remuk!!


Semoga Allah tempatkan semua anak - anak muda ini bersama para solihin. Al Fatihah