Menziarahi maqam Abu Ayub Al Ansari R.A
(klik gambar untuk imej lebih besar)
Masjid Abu ayub Al Ansari Istanbul
Kami meninggalkan Bandar Bolu yang sangat sejuk untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul. Rasanya perjalanan dari Bolu ke Istanbul adalah perjalanan yang paling menarik. Sepanjang perjalanan, rombongan kami dapat menyaksikan salji yang sangat tebal di kiri kanan jalan.
Bolu adalah bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi di Turki. Di kiri kanan kami adalah bukit bukau yang diputihi dengan salji. Salji turun dengan lebat di kawasan ini sejak beberapa hari. Suhu maksimum di sini. Di bawah paras beku. (-10C). Pemandu bas kami terpaksa memandu dengan penuh berhati - hati menuruni bukit Bolu kerana jalan yang licin.
Perjalanan kami dari Bolu ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Destinasi pertama kami sebaik tiba di Istanbul ialah menziarahi maqam Sahabat Rasulullah S.A.W. Abu Ayub Al Ansari. Abu Ayub Al Ansari, adalah seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang telah syahid di Constantinople. Beliau adalah seorang Ansar yang berasal dari Kota Al Madinah Al Munawwarah. Beliau syahid di Istanbul ketika mengikuti misi menawan Constantinople bersama Muawwiyah Bin Abi Sufyan
Untuk mengenali lebih dekat sahabat Rasulullah S.A.W yang hebat ini, boleh klik di link ini
Laluan Bolu - Istanbul

Ketika syahid Abu Ayub Al Ansari R.A berusia 81 tahun. Akibat tua dan uzur beliau telah syahid di medan jihad. Sebelum syahid beliau sempat berpesan agar jasadnya dikebumikan di benteng Constantinople .
Ketika di tanya kenapa beliau ingin dikebumikan di benteng kubu Constantinople?, beliau menjawab, beliau ingin mendengar derapan tapak kaki kuda tentera yang akan menawan kota Constantinople seperti yang dijanjikan di dalam hadith Nabi
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik -baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik - baik tentera.- Al Hadith
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik -baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik - baik tentera.- Al Hadith
Makam ini terletak di Eyüp Sultan Camii. (Masjid Sultan Ayub) Lokasinya tidak jauh dari Golden Horn.
Ketika rombongan sampai jam menunjukkan 10.15 pagi. Hari Jumaat 20 Disember 2013. Kelihatan petugas - petugas masjid mula bersiap - siap untuk Solat Jumaat. Tok siak menyapu dan membentang tikar sejadah di perkarangan masjid. Terdapat banyak bas rombongan yang juga singgah ziarah maqam ini.
Rombongan kami diberi masa sekitar 20 minit untuk berada di kawasan masjid ini. Hasrat di hati, ingin juga kami menziarahi kubur Allahyarham Ahmad Ammar yang dikebumikan di kawasan perkuburan di sini.. Oleh kerana masa yang terhad dan tidak pasti kubur allahyarham yang mana satu, kami tangguhkan hasrat itu.
Dalam video di bawah ini, SK ada paparkan kawasan perkuburan yang bersebelahan dengan Masjid Abu Ayüb ini. Tidak pasti mana satu kubur Allahyarham Ahmad Ammar.
Allahyarham Ahmad Ammar adalah seorang pelajar Malaysia di Turki, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada awal Muharram 1435 baru baru ini. Bagi anda yang tidak mengenali siapa Ahmad Ammar, boleh klik link ini. untuk mengikuti kisahnya yang penuh syahdu.

Tanah berkuburan bersebelahan Masjid Ayub Ansari. Di sini Ammar disemadikan..
Allahyarham Ahmad Ammar adalah seorang pelajar Malaysia di Turki, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada awal Muharram 1435 baru baru ini. Bagi anda yang tidak mengenali siapa Ahmad Ammar, boleh klik link ini. untuk mengikuti kisahnya yang penuh syahdu.
Kami sempat sedekahkan Fatihah untuk Sahabat Rasulullah dan allahyarham Ahmad Ammar sebelum kami berangkat ke destinasi seterusnya. Semoga Ahmad Ammar dirahmati Allah dan berbahagia di samping sahabat Rasullah yang mulia ini.
Selepas 20 minit berada di kawasan ini kami bergerak untuk makan tengahari di Restoran Sultani. Rombongan akan berhenti untuk Solat Jumaat di Masjid Suleymaniye yang tidak jauh dari sini.
Link yang berkaitan Travelog Constantinople
Travelog Constantinople 2013 - Istanbul Mu Tunggu Aku datang
Bagaimana Mahmet Al Fateh membuka Istanbul
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
0 ulasan:
Catat Ulasan