Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Berita Setempat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Setempat. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

Gambar sekitar Majlis Mahabbah Idulfitri 2014 di Bandar Baru Selayang Fasa 2A - Idulfitri dirai, Gaza tetap di hati.



Penampilan istimewa Kumpulan Nasyid Popular Hijjaz di Mahbbah Idulfitri 2014

Majlis Mahabbah Idulfitri anjuran bersama Persatuan Penduduk Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Surau Ad Diniyyah, Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dan PAS Cawangan BBS2A berlangsung dengan meriah pada Ahad 17 Ogos 2014


Ustaz Mohd Zaki - Ucapan alu aluan YDP Persatuan Penduduk BBS2A


Pelbagai juadah enak dan lazat dengan hiasan menarik  disediakan


Menu wajib - Sate dengan petugas yang ceria


Antara tetamu yang hadir 


Bersama Munif Hijjaz.


Puluhan hadiah cabutan bertuah disediakan.




Antara pemenang cabutan bertuah  


Cabutan bertuah merapatkan ukhuwah.


Hijjaz memang Best!!


Terima kasih Hijjaz kerana sudi melapangkan masa meraikan kami dan Gaza


YB. William Leong Ahli Parlimen Selayang turut hadir memeriahkan suasana


YB. Turun padang


Cabutan bertuah bersama YB


Pertandingan hiasan meja / kreativiti / kerjasama antara jiran setaman 



Suara dari Gaza - Sheikh Ahmed Najjar


Penyerahan wang kutipan sumbangan untuk tabung Gaza . Wakil Palestin , Sheikh Ahmad Najjar


Aidilfitri dirai, Gaza tetap di hati

Banyak lagi gambar yang nak di pilih untuk diupload. Insyallah gambar berikutnya akan menyusul.....

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Kompleks Islam Al Farabi, Jor Kaeng Kemboja 
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Selasa, 1 Oktober 2013

Mesyuarat Bulanan Ad Diniyyah Oktober 2013



Mesyuarat bulanan Ad Diniyyah Bulan Oktober akan diadakan pada . Agenda utama persiapan menyambut Idul Adha.

Hari : Selasa
Tarikh : 01 Oktober 2013
Masa : 9.00 Malam (selepas Solat Isyak)
Tempat : Surau Ad Diniyyah
 
Semua AJK dan AJK sokongan dijemput hadir
 






Rabu, 14 Ogos 2013

Majlis Sambutan Mahabbah Aidil Fitri 1434 / 2013



14  OGOS 2013
Kepada

Semua Penduduk
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


MAJLIS sambutan mahabbah idul fitri 1434h anjuran bersama pusat khidmat masyarakat dun taman templer, surau ad diniyyah, pusat tahfiz ad diniyyah dan pasti ar raudhah

 Perkara di atas adalah dirujuk

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan di jemput hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut

Tarikh : 25 OGOS 2013
Hari    : AHAD
Masa  :  8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
Tempat : PADANG PERMAINAN TBBS2A
3.            Pelbagai menu dan acara menarik turut disediakan termasuklah persembahan nasyid, ucapan dan cabutan bertuah. 
4.            Bagi menjayakan majlis tersebut, pihak urusetia amat berbesar hati untuk menerima sumbangan dalam bentuk kewangan, makanan dan hamper. Untuk sebarang urusan sumbangan dan pertanyaan sila berjumpa dengan ketua jalan yang telah dilantik (lihat lampiran)
Sekian Terima kasih
Yang Benar

SK
Setiausaha Majlis Sambutan Mahabbah Aidil Fitri







Selasa, 19 Mac 2013

Mesyuarat Agung Ad Diniyyah Kali ke 11


Ruj. Kami: ( JKSAD 10 - 13 /pekeliling 01/13
15 MAC 2013

 
Kepada
Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 11 SURAU Ad DINIYYAH  TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A tahun 2013.

Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:

                                Tarikh                     :               31 MAC 2013
                                Hari                         :               AHAD
                                Masa                       :               9.00 Malam
                                Tempat                   :               Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3.             Agenda mesyuarat adalah seperti berikut

i.              Ucapan Pengerusi Majlis &  bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki Madzhar Atham B. Zulkifli
ii.             Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 11 Ustaz Azhari Bin Ibrahim
iii.           Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
iv.           Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
v.             Pemilihan AJK Surau Ad Diniyyah  Penggal 2013 – 2016 – Pengerusi Tuan Haji Zainal Abidin.
vi.           Penyampaian Cenderahati kepada – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin.
vii.          Membentang dan mengesahkan Minit Mesyurat Agung kali ke 10
viii.        Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan sesi 2012
ix.           Membentang dan mengesahkan laporan Kewangan sesi 2012
x.             Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2012
xi.           Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah 2012
xii.          Membahaskan usul – usul
xiii.        Ucapan penangguhan

4.             Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 24 Mac 2013.
5.             Semua penduduk Islam Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A yang belum mendaftar sebagai ahli Kariah Masjid Sungai Tua, dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai ahli kariah bagi membolehkan tuan / puan menghadiri mesyuarat tersebut.
 
6.             Pendaftaran dan pengesahan ahli Kariah TBBS2A dan ahli Kariah Masjid Jamiatus Solahiah Sungai Tua akan dibuka pada hari Jumaat 29hb March 2013 mulai jam 7.30 malam – 10.00 malam bertempat di perkarangan surau Ad Diniyyah.
 
7.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.

Sekian Terima kasih
Yang Benar

SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah                          

Jumaat, 1 Februari 2013

Hebahan Setempat: Perbaharui Keahlian Badan Khairat Kematian mulai sekarang!



 
 
Setiap yang bernyawa pasti menempuh saat kematian!!


Kepada semua penduduk
Taman Bandar Baru Selayang 2A,
Batu Caves
 
Notis Pembaharuan Keahlian Badan Khairat Kematian Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

 Tempoh tamat Keahlian akan berakhir pada 15 Februari 2013.
 
YURAN AHLI
  • Ahli Baru - Pendaftaran RM10.00 + Yuran tahunan RM50.00
  • Ahli Lama - Yuran Tahunan Sahaja RM50.00
  • Suami dan isteri adalah digalakkan untuk menjadi ahli.
  • Ahli Baru perlu mengisi borang yang disediakan dan menyertakan salinan kad pengenalan sendiri dan pasangan serta salinan surat beranak anak
  • Ahli lama yang mempunyai tambahan jumlah tanggungan hendaklah menyerahkan salinan surat beranak kepada setiausaha./ bendahari
  • Keahlian terbuka kepada semua penduduk Islam yang menetap di Kariah Masjid Sungai Tua
  • Sila dapatkan borang di Surau Ad Diniyyah TBBS2A atau hubungi setiausaha
  • Sila serahkan borang pendaftaran dan wang yuran keahlian kepada setiausaha, pengerusi atau bendahari
  • Surau Ad Diniyyah. Resit rasmi akan dikeluarkan.
Jika berlaku kematian atau kemusykilan tentang keahlian sila hubungi talian berikut - Bendahari Haji Sapuan - 013-3320300

 
DAFTAR / PERBAHARUI KEAHLIAN MULAI SEKARANG !!





Khamis, 25 Oktober 2012

Bersiap untuk bakar lemang malam ini!!




Lemang Idul Adha!
 

Aktiviti Jalinan Mahabbah Idul Adha bermula malam ini. Insyallah malam ini selepas Solat Maghrib , jemaah akan berkumpul rumah En Habib untuk Bertakbir bertahlil kesyukuran menyambut kedatangan 10 Zulhijjah 1433. 
 
Selepas Solat Isyak , acara membakar lemang pula akan diadakan di perkarangan kawasan perumahan flat. Harap - harap tak hujan. Insyaallah!!
 
Gambar persiapan Bakar Lemang Perdana petang tadi.:)
 
Api sudah dinyalakan!
 
Merapatkan ukhuwwah warga Ad Diniyyah dengan penduduk kawasan perumahan flat. 
 
Anak - anak turut sama membantu
 
Bersedia untuk di parut!!
 
Jangan lupa malam ini. Turun !! Jom Bakar Lomang! Kambing Bakar disediakan!!
 
 


 
 

Rabu, 17 Oktober 2012

Urusetia Program Jalinan Mahabbah Idul Adha 1433.

PENASIHAT
HAJI ZULKIFLI WAHIJAN
USTAZ AZHARI IBRAHIM
PENGARAH PROGRAM / PENYEMBELIH
USTAZ MOHAMAD ZAKI MADZHAR ATHAM BIN ZULKIFLI
SETIAUSAHA / PUBLISITI
SURAUKINI
BENDAHARI
HAJI SAPUAN DAMAN
PENGURUS LEMBU I
EN HALIM HAFIZ
PENGURUS LEMBU 2
HAJI MOHAMAD AMIN OTHMAN
PENGURUS LEMBU 3
HAJI ALI
PENGURUS LEMBU 4
PAK ANDAK RAHIM
PENGURUS LEMBU 5
EN ARMAN MUSTAFA
PENGURUS TULANG DAN KEPALA
EN AMIRDIN
PENGURUS AGIHAN DAGING
EN SHAM SAMAD
PENGURUS ORGAN DALAM
PAK ANDAK RAHIM
PERSIAPAN KHEMAH DAN LOGISTIK
HAJI AZIZ TAHA / SURAUKINI
PERSIAPAN ALAT TIMBANG / PLASTIK
HAJI SAPUAN DAMAN
RAKAMAN / DOKUMENTASI
HAMDAN HASHIM
SURAUKINI
CINAGAMBAR
URUSAN SISA KORBAN
PEKERJA HISNIAGA
CHEF LEMANG
EN ZAIDI
PENGURUS DAUN PISANG DAN BULUH
EN AHMAD OMAR
CHEF RENDANG
PN NORMALA SA
PENGURUS KHEMAH DAN LAMPU
EN NIZAM RAZALI
PENGURUS KAYU API BAKAR LEMANG
EN TAQIUDDIN HELMI
PENGURUS MINUMAN
EN GHANI YUSOF
PERSIAPAN JAMUAN PAGI RAYA
HAJJAH NORBAITI ABU ASID

Selasa, 16 Oktober 2012

Aturcara Jalinan Mahabbah Idul Adha 1433 Surau Ad Diniyyah

 
MAKLUMAN SETEMPAT!
 
WAKTU SOLAT & KHUTBAH RAYA

Solat Sunat IdulAdha di Surau Ad Diniyyah akan diadakan pada
Tarikh : 26 Oktober 2012
Hari : Jumaat
Jam : 8.30 pagi

Khatib / Imam bertugas : Ustaz Mohd Zaki Madzar Atham Bin Zulkifli
Bilal bertugas : Haji Mohamad Amin Othman

JAMUAN PAGI RAYA

Pihak surau akan menyediakan sarapan pagi (Lemang dan Rendang) Semua Jemaah diminta untuk membawa juadah (POTLUCK). (Sepiring seorang sudah memadai)

Waktu sembelihan korban

Hari : Sabtu 27 Oktober 2012
Jam : 8.00 pagi (Sila bawa kelengkapan sesuai)
Lokasi sembelihan : PADANG PERMAINAN

Aturcara Malam RAYA :

Aktiviti gotong royong membakar Lemang di malam Raya akan diadakan di kawasan Perumahan Flat SA dan SB pada Khamis 25 Oktober 2012 selepas Solat Isyak. Manakala gotong royong memasang rendang diadakan di perkarangan surau .
Jadual Program ziarah Idul Adha rumah ke rumah sambil bertakbir adalah seperti berikut:
 
26 / 10 /2012 (JUMAAT)
Jalan 2A/3, 2A/4 , 2A/5 ,
27 / 10 / 2012 (SABTU)
Jalan 2A/7 dan 2A/6
28 / 10 / 2011 (AHAD)
Jalan 2A/1, 2A/2 dan SA & SB

SK - Setiausaha Sambutan Jalinan Mahabbah IdulAdha 1433

Khamis, 4 Oktober 2012

Alf Mabrook! Ustaz Zul mengakhiri zaman bujang!

Mengakhiri zaman bujang

Tahniah kepada guru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Ustaz Zul yang mengakhiri zaman bujang pada 29 September 2012 yang lalu. Malam ini Pusat Tahfiz Ad Dinyyah menganjurkan majlis jamuan kesyukuran taaruf bersama pengantin.

Tahniah! Barakallahu lakuma!