Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

Gambar sekitar Majlis Mahabbah Idulfitri 2014 di Bandar Baru Selayang Fasa 2A - Idulfitri dirai, Gaza tetap di hati.



Penampilan istimewa Kumpulan Nasyid Popular Hijjaz di Mahbbah Idulfitri 2014

Majlis Mahabbah Idulfitri anjuran bersama Persatuan Penduduk Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Surau Ad Diniyyah, Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dan PAS Cawangan BBS2A berlangsung dengan meriah pada Ahad 17 Ogos 2014


Ustaz Mohd Zaki - Ucapan alu aluan YDP Persatuan Penduduk BBS2A


Pelbagai juadah enak dan lazat dengan hiasan menarik  disediakan


Menu wajib - Sate dengan petugas yang ceria


Antara tetamu yang hadir 


Bersama Munif Hijjaz.


Puluhan hadiah cabutan bertuah disediakan.




Antara pemenang cabutan bertuah  


Cabutan bertuah merapatkan ukhuwah.


Hijjaz memang Best!!


Terima kasih Hijjaz kerana sudi melapangkan masa meraikan kami dan Gaza


YB. William Leong Ahli Parlimen Selayang turut hadir memeriahkan suasana


YB. Turun padang


Cabutan bertuah bersama YB


Pertandingan hiasan meja / kreativiti / kerjasama antara jiran setaman 



Suara dari Gaza - Sheikh Ahmed Najjar


Penyerahan wang kutipan sumbangan untuk tabung Gaza . Wakil Palestin , Sheikh Ahmad Najjar


Aidilfitri dirai, Gaza tetap di hati

Banyak lagi gambar yang nak di pilih untuk diupload. Insyallah gambar berikutnya akan menyusul.....

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Kompleks Islam Al Farabi, Jor Kaeng Kemboja 
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Jumaat, 8 Ogos 2014

Majlis Mahabbah Aidil Fitri Bandar Baru Selayang Fasa 2A 2014 / 1435, Aidil Fitri, Gaza tetap di hati!!



8  OGOS 2014

Kepada

Semua Penduduk
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


MAJLIS sambutan mahabbah idul fitri 1435h anjuran bersama PERSATUAN PENDUDUK,  surau ad diniyyah, pusat tahfiz ad diniyyah , PAS CAWANGAN BBS2A dan pasti ar raudhah


 Perkara di atas adalah dirujuk

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan di jemput hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut


Tarikh : 17 OGOS 2014
Hari    : AHAD
Masa  :  8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
Tempat : PADANG PERMAINAN BBS2A

3.            Pelbagai menu dan acara menarik turut disediakan termasuklah persembahan nasyid, ucapan dan cabutan bertuah. 

4.            Bagi menjayakan majlis tersebut, pihak urusetia amat berbesar hati untuk menerima sumbangan dalam bentuk kewangan, makanan dan hamper. Untuk sebarang urusan sumbangan dan pertanyaan sila berjumpa dengan ketua jalan yang telah dilantik

Sekian Terima kasih

Yang Benar

SK

Setiausaha Majlis Sambutan Mahabbah Aidil Fitri




 ______________________
___________________ 

URUSETIA SAMBUTAN

Pengarah Program : Ustaz Mohd Zaki Madzhar Atham Bin Zulkifli
Timbalan Pengarah 1 : En. Arman Mustafa
Timbalan Pengarah 2 : Hjh. Azizian Bin Zainal Abidin
Setiausaha : SK
Bendahari 1 : Haji Sapuan Daman


1) Pengurus Khemah: En. Shamsudin Bin Abd Ghani
2) Pengurus Banner : SK
3) Pengurus Sistem Siaraya : Haji Mohamad Amin Bin Osman
4) Pengacara Majlis / Jemputan VIP  : En. Arman Mustafa
5) Pengurus Rakaman Gambar dan Video : En. Hamdan Hashim / Haji Aziz Taha
6) Pengurus Sate :  En. Arman Mustafa
7) Pengurus Lemang  : Hj. Sapuan Daman
8) Pengurus Ketupat : Haji Mohamad Amin
8) Pengurus kelengkapan peralatan : Haji Aziz Taha 
9) Pengurus Kebersihan : Pak Ghani
10) Pengurus Persembahan aturcara: Haji Zulkifli Wahijan
11 ) Pengurus Penajaan dan jemputan  : Haji Zulkifli Wahijan

KETUA ( Mengikut Jalan)

Jalan 2A/1 dan 2A/ 2 Puan Sharifah Binti Abdullah
Jalan 2A/3 dan 2A / 4 Puan Hanisah dan Puan Aisyah
Jalan 2A/5 Puan Hajjah Norbaiti Abu Asid
Jalan 2A/6 Puan Yati
Jalan 2A/7 Pn Efezza Alias
Flat SA dan SB Puan Erma dan Puan Maznah







Selasa, 13 Ogos 2013

JOM ! Tonton Iklan Raya lakonan Ustaz Azhar Idrus

 
Jom tengok Ustaz Azhar Idrus berlakon dalam Iklan Raya.
 
Iklan Hari Raya Ustaz Azhar Idrus bersama Digital Mukmin.
 


 


 

Selasa, 6 Ogos 2013

Selamat berangkat pulang ke kampung halaman



Tanah tumpah darahku. Dirgahayu Darul Makmur

SK mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berangkat pulang ke kampung halaman kepada semua pengunjung s u r a u k i n i . Hati - hati dijalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
 
Manfaatkan hari hari terakhir Ramadhan dengan istiqamah bermujahadah memburu lailatul Qadr.

Mohon maaf juga kerana tidak sempat upload baki video tazkirah Ramadhan 1434. Kelajuan internet di kampung halaman tidak mengizinkan SK untuk upload video tersebut. Insyallah lepas raya SK sambung upload baki video.

Terima kasih kepada team B B S 2 A  P R I H A T I N yang sukarela menjaga keselamatan kawasan perumahan setaman menjelang Aidil fitri.
 
 









Rabu, 10 Oktober 2012

Mesyuarat Jalinan Mesra Idul Adha 1433- Bakar Lemang Perdana

 


Mesyuarat tersebut akan diadakan pada

Hari : Ahad
Tarikh : 14 Oktober 2012
Masa : 8.40 Malam
Tempat : Surau Ad Diniyyah

Jom! Bakar Lemang . Edisi Khas Idul Adha 1433

Ahad, 16 September 2012

Meraikan anak - anak Tahfiz di jamuan Mini Raya


Ni gambar yang SK sempat rakam ketika jamuan mini raya di kediaman SK minggu lalu. 08 September 2012.  Jamuan raya kecil - kecilan mini Perdana bersama anak - anak Tahfiz dan orang kuat Pusat Tahfiz Ad Diniyyah :)
 
Turut hadir - Orang kuat Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
 
Ustaz Zaki sedang memikirkan jawapan kepada soalan "Kenapa orang gali lubang kubur tak boleh pakai cermin mata?"
 
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 15 September 2012

Sebahagian gambar - gambar majlis Jamuan Mahhabah Idulfitri



Pelbagai menu lazat disediakan
Mahabbah Idul Fitri 1433 Meriah!

Penutup bulan Syawal! Tahniah kepada semua urusetia yang bertungkus lumus membuat persiapan sejak awal petang semalam. Kemuncak acara bermula jam 2.00 petang - 4.40 Petang.

Beberapa keping gambar sambil lewa dari lensa SK :). Gambar selebihnya akan menyusul dari Cinagambar


Antara yang hadir Ustaz Ridhuan Mohd Noor


Urusetia melayan tetamu




Turut hadir Penyelaras DUN Taman Templer


Lagi gambar menyusul....



Rabu, 12 September 2012

Mesyuarat Penyelarasan 2.0 Majlis Sambutan Mahabbah Idulfitri 1433


Akan datang! Mahabbah Idul Fitri 1433

Mesyuarat Penyelarasan 2.0 tersebut akan diadakan pada

Tarikh : 13 September 2012
Hari : Khamis
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Ad Diniyyah

Ada jamuan makan selepas Isyak - Kuliah Maghrib disediakan. Jemput hadir!

Semua AJK / urusetia / jemaah setaman dijemput hadir.

Isnin, 3 September 2012

Aktiviti Setaman - Majlis Mahabbah Idul Fitri 1433


Acara Tahunan Penuh Kemeriahan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mahbbah Idul Fitri akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut.

Tarikh : 15 September 2012
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 - 5.00 Petang

Majlis Mahabbah Idul Fitri adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer, PAS Cawangan Bandar Baru Selayang Fasa 2A, PASTI Ar Raudhah, Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dan Surau Ad Diniyyah

Pelbagai menu lazat disediakan. Jom turun!

Sabtu, 25 Ogos 2012

Metallica di Aidil Fitri??


Syahdu tengok clip ni. Ganas dalam jiwang. :)
  
 





Sabtu, 18 Ogos 2012

Salam Idul Fitri 1433- Minal Aa'idin Wal Faizin


SK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri Minal Ai'din Wal Faizin. Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog Suraukini dan kepada semua rakan - rakan yang mengenali dan seluruh muslimin dan Muslimat

Kembali kepada Fitrah!!

Salam dari Bandar Ikan Patin
 
 








 

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat berangkat pulang ke kampung! Hati - hati di jalanraya


SK mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pulang ke Kampung halaman untuk menyambut hari lebaran kepada semua pembaca blog suraukini. Hati - hati di jalanraya.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua urusetia yang telah menjayakan program Bersama Ustaz Dom malam tadi. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberi sokongan kepada pembinaan bangunan baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Semoga Allah membalas dengan kebaikan dan keberkatan!

Salam Idul Fitri dari SK
Dari Bandar Ikan patin ! Tanah Tumpah Darahku :)








Ahad, 12 Ogos 2012

Iklan Raya Bernas - Terbaek!

"Aku dan penjaga yatim piatu di syurga"

Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).


Kasih sejarak 2 jari dari Muadz

Inni mimma akhaafu alaikum mim ba'di
Ma yuftahu alaikum min zahratid dunia
wa zinatihaa..wa zinatihaa

(sabda nabi yg bermaksud):
Kurasakan gelisah terhadapmu pabila ku tiada,
terbukalah..perhiasan dunia kelak kau terpedaya...
Ana wa kaafilul yatim, fil jannati haakadza..
Aku dan penjaga yatim piatu..Di syurga, ditempatkan bersama..Kaulah teman sejati..Ini janjiku padamu (ummat)
Ana wa anta seumpama..Dua jari ini..
Ana wa anta seumpama Dua jari ini..

Khamis, 23 September 2010

AKTIVITI SETEMPAT: Jemputan Rumah Terbuka


 
Tarikh: 25 September 2010
Hari Sabtu : Jam 1.30 tengahari
Rumah En. Mohamad Nor Bin Razali 2A/7

Tarikh: 25 September 2010

Hari Sabtu : Jam 9.00 Malam
Rumah Haji Amin 2A/5

Tarikh: 26 September 201
Hari Sabtu : Jam 1.30 tengahari
Rumah En. Danial 2A/3

Tarikh: 2 Oktober 2010

Hari Sabtu :
Jam: Lepas Solat Asar 
Rumah En. Hisham Nordin

Tarikh: 2 Oktober 2010

Hari Sabtu :
Jam: Lepas Solat Isyak
Rumah En. Muskamarol No 38 Jalan 2A/6
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 10 September 2010

Ni meriam buluh ke meriam perang?

Macam - macam idea orang kita,

Selamat beraya, Suraukini di kampung , di tepi Sungai Pahang, menikmati ketupat dan lemang di kampung bersama sanak saudara, memang lazat.

ni gambar meriam perang di aidil fitri. hihihihi!Barangkali persiapan menentang Israel. Selamat menonton



S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 



















 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 9 September 2010

Sah Jumaat Raya

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini.


Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Rabu, 8 September 2010

1hb Syawal pada 10hb September 2010?


Telah sampai kita semua ke penghujung bulan Ramadan yang mulia. Semoga kita telah dapat mengusahakan ibadah yang sebaik mungkin untuk mendapatkan tingkatan Taqwa disisi Allah swt.

Ramai dikalangan kita sedang menunggu pengumuman rasmi bila jatuhnya 1hb Syawal 1431H. Saperti biasa rukyat akan dibuat di 29 tempat rasmi diseluruh negara untuk cerapan hilal bulan Syawal. Ini akan dilakukan pada petang Rabu 8hb September bersamaan 29hb Ramadan.

Perkiraan untuk Tanjung Cincin di Pulau Langkawi, tempat yang paling Barat kawasan Malaysia ialah saperti berikut:
Ijtimak ( Conjunction) Bulan dengan Suria adalah pada 18:30 petang.

Waktu Suria ghurub(terbenam) Waktu Bulan ghurub( terbenam)
Tinggi Hilal drp Ufuk
Jarak Lengkung Bulan & Suria
Umur Hilal
Masa Hilal Atas Ufuk
19:25 19:13 -3darjah 20min 5 darjah 7 min
0j 44min Tiada Atas Ufuk
Kriteria Imkannurukyat
2 darjah
3 darjah 8jam `
Posiisi Bulan mengikut kiraan tidak memenuhi kriteria Imkannurukyat ( kemungkinan di rukyat hilal).
Maka bulan Ramadan akan digenapkan kepada 30 hari dan insha Allah 1hb Syawal akan bermula pada 10hb September hari Jumaat.

Yang Di Petua Persatuan Falak Syar'i Malaysiadan seluruh AJK Persatuan ingin mengucapkan selamat menyambut Eid Ul Fitr, Minnal Aideen walFaizeen kepada semua Ahli Persatuan dan peminat Falak diseluruh Dunia.

Selasa, 7 September 2010

Video Aidil Fitri yang sesat telah ditarik balik



Alhamdulillah , selepas tekanan dari pelbagai pihak, video kontreversi Aidil Fitri telah ditarik balik dan diberhentikan serta merta penyiarannya. Iklan berkenaan juga telah disekat di Youtube.

Tahniah kepada semua yang prihatin