Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Anak Yatim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak Yatim. Papar semua catatan

Khamis, 11 Julai 2013

Video Tazkirah Ramadhan 1434 - Sayangi Anak Yatim!! - Ustaz Ahmad Awang


 
Video tazkirah Ramadhan oleh  Ustaz Ahmad Awang bertajuk sayangi anak - anak yatim!!

HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA. CETAK ROMPAK SANGAT DIGALAKKAN. BERIKAN SEDIKIT KREDIT KEPADA LINK INI www.suraukini.com UNTUK KEMBANGKAN MEDIA DAKWAH.
 
SILA DOWNLOAD VIDEO INI DAN SEBARKAN SELUAS - LUASNYA!
 
Nabi S.A.W bersabda:
: إِنَّ الدَّالَّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِه

"Sesungguhnya orang yang menunjukkan kepada kebaikan (mendapat pahala) sama seperti orang yang melakukannya".

Untuk Video Suraukini yang lain klik sini
 
Untuk Upah Haji yang sempurna - RM1,500.00 - Hubungi 013-2791608
 

 





Ahad, 12 Ogos 2012

Iklan Raya Bernas - Terbaek!

"Aku dan penjaga yatim piatu di syurga"

Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).


Kasih sejarak 2 jari dari Muadz

Inni mimma akhaafu alaikum mim ba'di
Ma yuftahu alaikum min zahratid dunia
wa zinatihaa..wa zinatihaa

(sabda nabi yg bermaksud):
Kurasakan gelisah terhadapmu pabila ku tiada,
terbukalah..perhiasan dunia kelak kau terpedaya...
Ana wa kaafilul yatim, fil jannati haakadza..
Aku dan penjaga yatim piatu..Di syurga, ditempatkan bersama..Kaulah teman sejati..Ini janjiku padamu (ummat)
Ana wa anta seumpama..Dua jari ini..
Ana wa anta seumpama Dua jari ini..

Ahad, 4 Julai 2010

Isyarat dengan jari dari Rasulullah.


 
Ada tempat - tempat yang mana Rasulullah menyebut hadisnya sambil menunjukkan isyarat tangan. Diantaranya adalah hadis berikut:

1. Nabi bersabda:

أنا وكافل اليتيم في الجنة هكذا وأشار بأصبعيه السبابة والوسطى

Maksudnya: Aku akan bersama dengan penjaga anak yatim di syurga seperti dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah.(Hr Bukhari)

Moral: Islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada anak yatim dan tidak menzalimi mereka. Cubalah kita hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka.

2. Nabi s.a.w bersabda:

من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة أنا وهو كهاتين وضم أصابعه

Maksudnya: Sesiapa yang menjaga dua orang anak perempuan dari kecil sampai dia balig maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aku bersamnya seumpama ini. Baginda menunjukkan dua jari dan merapatkannya.(Hr Muslim)

Moral: Menjaga anak perempuan mungkin susah. Namun Islam menawarkan tawaran yang baik pada sesiapa yang memelihara dan mendidiknya dengan baik. Bersabarlah terhadap kesusahan menjaga anak perempuan.

3. Nabi s.a.w bersabda:

بعثت أنا والساعة كهاتين وأشار بالسبابة والوسطى

Maksudnya: Aku di utuskan menjadi Rasul ketika mana saat berlakunya qiamat sudah terlampau hampir seolah diantara jarak dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan tengah.(Musnad Imam Ahmad)

Moral: Kiamat semakin hampir tapi amalan kita masih lagi kurang. Kalau tidak sempat dengan kiamat besar; kiamat kecil (mati) pasti menjemput kita pada masa yang kita tak pasti. Bersedialah...

Rujukan: at-Taswir Fanni Fil Hadis Nabawi oleh Muhammad Sobbag.