Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat Agung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat Agung. Papar semua catatan

Jumaat, 12 September 2014

Notis Mesyuarat Agung Tahun 2014 kali ke 12 Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang FAsa 2A



Ruj. Kami: ( JKSAD 13 – 16  /pekeliling 01 / 14)

12 september 2014

Kepada
Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 12 SURAU Ad DINIYYAH  TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A tahun 2014.

Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:

                                Tarikh                     :               27 SEPTEMBER 2014
                                Hari                         :               SABTU
                                Masa                       :               9.00 Malam
                                Tempat                   :               Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3.             Agenda mesyuarat adalah seperti berikut
                               
i.              Ucapan Pengerusi Majlis
ii.             Bacaan doa
iii.           Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 12
iv.           Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
v.             Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
vi.           Penyampaian Cenderahati kepada – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin.
vii.          Membentang dan mengesahkan Minit Mesyurat Agung kali ke 11
viii.        Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan sesi 2013
ix.           Membentang dan mengesahkan laporan Kewangan sesi 2013
x.             Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2013
xi.           Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah 2013
xii.          Membahaskan usul – usul
xiii.        Ucapan penangguhan

4.             Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 20 September  2014

5.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.


Sekian Terima kasih

Yang Benar

……………………………………….
SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah  





             K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Isnin, 1 April 2013

Selesai Mesyuarat Agung Ad Diniyyah kali ke 11



Alhamdulillah AGM Ad Diniyyah kali ke 11 selesai. Semua berjalan lancar.Seramai 104 orang yang hadir. Pecah rekod kehadiran AGM yang paling ramai untuk surau kerdil ini. Alhamdulillah. Tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik. Mandat baru bermula 1 Jun 2013 - 31 Mei 2016.
 
Tahniah kepada yang hadir, Anda semua hebat!!
 
 
Pengerusi : Haji Zulkifli Wahijan
Setiausaha: SK
Bendahari : Haji Sapuan
AJK 1: Haji Aziz Taha
AJK 2: Samsudin Ab Ghani
AJK 3: Haji Ali
AJK 4: Haji Ir. Mohamad Amin
AJK 5 : Ustaz Mohamad Zaki Madzhar Atham
AJK 6: Hajjah Azizian Bt. Zainal Abidin
Wakil Muslimat : Hajjah Azizah Salim
Wakil Pemuda : Safuanzakuan Bin Zulkifli
Imam : Ustaz Zulhelmi Ibrahim
Bilal : Haji Abdul Halim Chik
Bilal Jenazah : Puan Sharifah Bin Abdullah
Siak : En. Abdul Ghani Yusof

Senarai AJK Tahfiz akan dipilih oleh AJK induk ini. Insyallah
 
 Berikut adalah rakaman multimedia yang dipersembahkan kepada semua yang hadir ke AGM semalam.

 
 

 





Selasa, 19 Mac 2013

Mesyuarat Agung Ad Diniyyah Kali ke 11


Ruj. Kami: ( JKSAD 10 - 13 /pekeliling 01/13
15 MAC 2013

 
Kepada
Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 11 SURAU Ad DINIYYAH  TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A tahun 2013.

Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:

                                Tarikh                     :               31 MAC 2013
                                Hari                         :               AHAD
                                Masa                       :               9.00 Malam
                                Tempat                   :               Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3.             Agenda mesyuarat adalah seperti berikut

i.              Ucapan Pengerusi Majlis &  bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki Madzhar Atham B. Zulkifli
ii.             Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 11 Ustaz Azhari Bin Ibrahim
iii.           Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
iv.           Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
v.             Pemilihan AJK Surau Ad Diniyyah  Penggal 2013 – 2016 – Pengerusi Tuan Haji Zainal Abidin.
vi.           Penyampaian Cenderahati kepada – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin.
vii.          Membentang dan mengesahkan Minit Mesyurat Agung kali ke 10
viii.        Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan sesi 2012
ix.           Membentang dan mengesahkan laporan Kewangan sesi 2012
x.             Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2012
xi.           Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah 2012
xii.          Membahaskan usul – usul
xiii.        Ucapan penangguhan

4.             Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 24 Mac 2013.
5.             Semua penduduk Islam Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A yang belum mendaftar sebagai ahli Kariah Masjid Sungai Tua, dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai ahli kariah bagi membolehkan tuan / puan menghadiri mesyuarat tersebut.
 
6.             Pendaftaran dan pengesahan ahli Kariah TBBS2A dan ahli Kariah Masjid Jamiatus Solahiah Sungai Tua akan dibuka pada hari Jumaat 29hb March 2013 mulai jam 7.30 malam – 10.00 malam bertempat di perkarangan surau Ad Diniyyah.
 
7.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.

Sekian Terima kasih
Yang Benar

SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah                          

Isnin, 1 Oktober 2012

Selesai Mesyuarat Agung Kali ke 10


Pakar forensik akaun Bank Negara turun padang membuat semakan terakhir akaun tahunan utk AGM ke 10

SK ucapkan tahniah kepada semua Team Urusetia Persiapan  Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah ke 10 malam tadi. Mesyuarat malam tadi dihadiri seramai 58 orang ahli jemaah surau. Bagaimanapun bilangan ahli mesyuarat berkurangan seorang di penghujung mesyuarat, kerana salah seorang ahli terpaksa pulang awal kerana masalah kesihatan. Jumlah ini bagaimanpun mencukupi bilangan korum yang ditetapkan oleh jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Jumlah kehadiran minimum adalah 40 orang
 
Majlis berjalan penuh ceria dan meriah ini dirasmikan oleh Y. Bhg. Haji Zainal Abidin Bin Darudin Nazir Masjid Sungai Tua.
 
Berikut adalah tayangan multimedia yang sempat SK siapkan sepanjang minggu lepas. Saksikan rakaman aktiviti sepanjang tahun 2011.
 

 


Sabtu, 29 September 2012

Persiapan Akhir AGM ke 10. Siap 90%



Kerja - kerja dokumentasi untuk Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah kali ke 10 Tahun 2012 hampir siap. Tahniah kepada semua AJK yang bertungkus lumus membuat persiapan dan menyemak dokumen khususnya kepada juruaudit yang bersengkang mata.
 
Terima kasih kepada semua AJK persiapan, Bendahari, Juruaudit dan Pakar Forensik Akaun Bank Negara yang membantu menyiapkan dokumen untuk dibentang esok hari.
 
Jangan lupa ! Esok Mesyuarat Agung Ad Diniyyah Kali ke 10. Semua ahli kariah dijemput hadir.  
 
Makan malam lazat disediakan! Jemput datang . Meriahkan AGM Tahunan ini!

Selasa, 18 September 2012

Surat Notis Mesyuarat Agung Kali ke 10 sudah diedarkan

Bersiap siaga menghadapi AGM

Surat edaran makluman Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 10 sudah diedarkan. Sila tinjau - tinjau peti surat rumah anda.

Mesyuarat Agung ke 10 tahun ini adalah mesyuarat tanpa pemilihan. Mandat Jawatankuasa yang dipilih akan berakhir 31 Mei 2013. (Lihat Bil (1) dlm.MAIS/KP/BPM bertarikh 31 Mei 2011
 
Banner akan digantung esok. Insyaallah
 
Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah Sempurnakan Saf, Mantapkan Jemaah.

Jumaat, 14 September 2012

Notis Mesyuarat Agung Kali ke 10 Tahun 2012



 
Gambar Arkib Ad Diniyyah - AGM 2011
Setahun sudah berlalu. AGM muncul kembali....
Lagi gambar Arkib AGM 2011 di sini

SK : Merujuk kepada arahan Jabatan Agama Islam Selangor. Bil (15) dlm JAI.SEL PAIDG(T)BPM 03/001/2 Bertarikh 13 Julai 2012 .Arahan supaya semua surau mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2012 pada bulan Julai - September 2012. Respon dari Ad Diniyyah adalah seperti berikut:
 
 
Ruj. Kami: ( JKSAD 10 - 13 /pekeliling 02 / 12)

 
Kepada

Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 10 SURAU Ad DINIYYAH  TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A tahun 2012.

 Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:


                                Tarikh                     :              30 SEPTEMBER 2012
                                Hari                         :               AHAD
                                Masa                       :               9.00 Malam
                                Tempat                   :               Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3.             Agenda mesyuarat adalah seperti berikut
             

i.              Ucapan Pengerusi Majlis &  bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki Madzar Atham B. Zulkifli
ii.             Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 10 Ustaz Azhari Bin Ibrahim
iii.           Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
iv.           Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
v.             Membentang dan mengesahkan minit mesyurat Agung kali ke 9
vi.           Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2011
vii.          Membentang dan mengesahkan laporan kewangan sesi 2011
viii.        Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2011
ix.           Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah 2011
x.             Membahaskan usul – usul
xi.           Ucapan penangguhan
xii.          Jamuan Ringan

4.             Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 25 September 2012

5.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.


Sekian Terima kasih


Yang Benar
SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah                          


SK : Surat rasmi akan diedarkan mulai esok 15 September 2012. Mesyuarat adalah ibadah kerana bermesyuarat adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.  Selamat beribadah!

Ahad, 8 Mei 2011

Notis awal - Perubahan Tarikh AGM Surau ke 9 Tahun 2011


Satu notis pekeliling  baru akan dikeluarkan berhubung penundaan tarikh baru Mesyuarat Agung Ke 9. Mesyuarat tersebut ditunda kerana beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan. Tarikh Baru mesyuarat Agung baru ialah

Tarikh : 22 Mei 2011
Hari : Ahad
Jam : 9.00 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Ad Diniyyah.

Notis akan menyusul. Insyallah

Sabtu, 7 Mei 2011

Pembetulan Notis Mesyuarat Agung Kali ke 9 Tahun 2011


Ya! Ampunnnnnn..... !!! Jangan Marah Pak!!

SK memohon maaf kerana terdapat kekhilafan pada tarikh Mesyuarat Agung ke 9 dalam surat pekeliling yang diedar ke seluruh taman petang tadi. Terlepas pandang. Meskipun sudah diulang baca dan ulang semak, masih terdapat kesilapan juga.

Tarikh sebenar mesyuarat agung ialah pada 21 Mei 2011, bukan 21 Februari 2011 seperti yang tertera di pekeliling tersebut. Itulah kelemahan manusia yang tidak selalunya sempurna.

Gara - gara kesilapan dalam surat pekeliling itu, telefon bimbit SK tidak henti dihujani dengan sms dan panggilan telefon. Kebetulan SK sedang memandu dan dalam perjalanan ke Kuantan Pahang. Terpaksa berhenti memandu beberapa kali untuk menjawab panggilan dan sms. Kebanyakan yang memberi respon dan memaklumkan kesilapan tersebut dengan baik dan beradab.  SK kira - kira ada lebih kurang 78 sms respon kepada  kesilapan tersebut. Perghhhhh!!

Ada juga yang tidak reti berbahasa, hentam berbahasa sesuka hati. Nak hantar SMS menegur, biarlah beradab dan berbahasa, bak kata org tua - tua - "yang baik itu budi, yang indah itu bahasa"

Apapun SK menyusun sepuluh jari atas kesilapan tersebut. Insyaallah notis pembetulan akan menyusul selewat - lewatnya petang Isnin ini.

SK : Malam ini pekena ikan siakap bakar, di persisir pantai Balok. SMS masih tidak berhenti masuk ketika menunggu sotong goreng tepung sampai.

Ya..... Ampunnnnnnnnn
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 25 April 2011

Notis Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah kali ke 9 (2011 - 2012)


Gambar Kenangan - Pendaftaran Kehadiran AGM 2008

Kepada
Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

PER: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 9 SURAU AD DINIYYAH TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A SESI 2011 - 2012.

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh berikut

Tarikh : 21 Mei 2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.15 Malam
Tempat : Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut

i. Pendaftaran
ii. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
iii. Ucapan Pengerusi Surau Ad Diniyyah
iv. Membentang dan mengesahkan minit mesyurat Agung kali ke 8
v. Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2010-2011
vi. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan sesi 2010-201
vii. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2010-2011
viii. Membahaskan usul – usul
ix. Cabutan bertuah
x. Ucapan penangguhan
xi. Jamuan Ringan

4. Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 14 Mei 2011

5. Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.

Sekian Terima kasih
Yang Benar

Setiausaha Surau Ad Diniyyah

SK: Surat Pekeliling dan borang usul akan di edar 2 minggu sebelum Mesyuarat Agung.

Ahad, 17 April 2011

Persiapan Mesyuarat Agung kali ke 9 Surau Ad Diniyyah

Gambar Kenangan - Barisan AJK Surau 2008 - Mesyuarat Agung kali ke 6
 
Insyallah sekitar bulan Mei 2011, Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah kali ke 9 akan diadakan. Masa dan tarikh yang tepat masih belum diputuskan. Biasalah, waktu - waktu begini , setiausaha akan mula sibuk mengumpul semua maklumat sepanjang 2010 - 2011.

Ketika SK menyelongkar External Hard disk simpanan data untuk mencari maklumat aktiviti tahunan, SK terjumpa dengan gambar - gambar ni. Meh la kita kongsi sama gambar ni ye. Sekurang - kurangnya dapat mengimbau kenangan lama. Semua gambar ni ialah gambar ketika mesyuarat Agung pada tahun 2008

 
Allahyarham Hj. Mohd Tahir menyampai hadiah cabutan bertuah kepada Ustaz Mohd Zaki yang baru berpindah ke taman ini. Trademark Allahyarham - Cabutan bertuah
 
YB. Saari Sungib merasmikan Mesyuarat
 
Barisan AJK 2008 -Pengerusi Tetap - Ustaz Azhari

Sebelum jadi bendahari