Selasa, 19 Mac 2013

Mesyuarat Agung Ad Diniyyah Kali ke 11


Ruj. Kami: ( JKSAD 10 - 13 /pekeliling 01/13
15 MAC 2013

 
Kepada
Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 11 SURAU Ad DINIYYAH  TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A tahun 2013.

Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:

                                Tarikh                     :               31 MAC 2013
                                Hari                         :               AHAD
                                Masa                       :               9.00 Malam
                                Tempat                   :               Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3.             Agenda mesyuarat adalah seperti berikut

i.              Ucapan Pengerusi Majlis &  bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki Madzhar Atham B. Zulkifli
ii.             Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 11 Ustaz Azhari Bin Ibrahim
iii.           Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
iv.           Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
v.             Pemilihan AJK Surau Ad Diniyyah  Penggal 2013 – 2016 – Pengerusi Tuan Haji Zainal Abidin.
vi.           Penyampaian Cenderahati kepada – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin.
vii.          Membentang dan mengesahkan Minit Mesyurat Agung kali ke 10
viii.        Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan sesi 2012
ix.           Membentang dan mengesahkan laporan Kewangan sesi 2012
x.             Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2012
xi.           Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah 2012
xii.          Membahaskan usul – usul
xiii.        Ucapan penangguhan

4.             Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 24 Mac 2013.
5.             Semua penduduk Islam Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A yang belum mendaftar sebagai ahli Kariah Masjid Sungai Tua, dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai ahli kariah bagi membolehkan tuan / puan menghadiri mesyuarat tersebut.
 
6.             Pendaftaran dan pengesahan ahli Kariah TBBS2A dan ahli Kariah Masjid Jamiatus Solahiah Sungai Tua akan dibuka pada hari Jumaat 29hb March 2013 mulai jam 7.30 malam – 10.00 malam bertempat di perkarangan surau Ad Diniyyah.
 
7.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.

Sekian Terima kasih
Yang Benar

SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah                          

0 ulasan: