Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label SelangorKu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SelangorKu. Papar semua catatan

Selasa, 1 Julai 2014

Hukum hakam sekitar puasa - Ustaz Azhar Idrus & Yassin senario


Soal jawab Ramadan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam Program Semarak Ramadan peringkat Negeri Selangor pada 27 Jun 2014 di Shah Alam, Selangor.


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 16 Januari 2013

Rawatan Islam di Thibbun Nabawi Shah Alam



Pusat Rawatan Islam di Shah Alam. Tahniah Ustaz Ahmad Dusuki. Al Quran Penyembuh.

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

 


















Rabu, 10 Oktober 2012

Mengukuhkan struktur tanah lereng bukit Surau Ad Diniyyah


 
Insyallah , kerja - kerja membaik pulih lereng bukit Surau Ad Diniyyah akan bermula tidak lama lagi. Signboard sudah terpacak. Terima kasih pihak yang berusaha mengetengahkah isu tanah lereng bukit ini.  Terima kasih Unit Pengurusan Zon taman Templer, Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman, JAIS, Pusat Zakat dan JKR Negeri Selangor.

Alhamdulillah. Mudah - mudahan pihak kontraktor dan Jururunding dapat menjalankan kerja dengan baik dan amanah demi keselamatan jemaah surau dan anak - anak Tahfiz. Selangorku Prihatin.

Jazakallah Khair

 
Dari kaki lereng bukit Surau Ad Diniyyah
 
 
Gambar Arkib Ad Diniyyah 2006 - Struktur Tanah lereng bukit yang curam .
 
 
Gambar Arkib Ad Diniyyah 2009 - Struktur Tanah lereng bukit yang curam .
 
 
 

Jumaat, 14 September 2012

Notis Mesyuarat Agung Kali ke 10 Tahun 2012



 
Gambar Arkib Ad Diniyyah - AGM 2011
Setahun sudah berlalu. AGM muncul kembali....
Lagi gambar Arkib AGM 2011 di sini

SK : Merujuk kepada arahan Jabatan Agama Islam Selangor. Bil (15) dlm JAI.SEL PAIDG(T)BPM 03/001/2 Bertarikh 13 Julai 2012 .Arahan supaya semua surau mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2012 pada bulan Julai - September 2012. Respon dari Ad Diniyyah adalah seperti berikut:
 
 
Ruj. Kami: ( JKSAD 10 - 13 /pekeliling 02 / 12)

 
Kepada

Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 10 SURAU Ad DINIYYAH  TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A tahun 2012.

 Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:


                                Tarikh                     :              30 SEPTEMBER 2012
                                Hari                         :               AHAD
                                Masa                       :               9.00 Malam
                                Tempat                   :               Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3.             Agenda mesyuarat adalah seperti berikut
             

i.              Ucapan Pengerusi Majlis &  bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki Madzar Atham B. Zulkifli
ii.             Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 10 Ustaz Azhari Bin Ibrahim
iii.           Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
iv.           Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
v.             Membentang dan mengesahkan minit mesyurat Agung kali ke 9
vi.           Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2011
vii.          Membentang dan mengesahkan laporan kewangan sesi 2011
viii.        Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2011
ix.           Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah 2011
x.             Membahaskan usul – usul
xi.           Ucapan penangguhan
xii.          Jamuan Ringan

4.             Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 25 September 2012

5.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.


Sekian Terima kasih


Yang Benar
SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah                          


SK : Surat rasmi akan diedarkan mulai esok 15 September 2012. Mesyuarat adalah ibadah kerana bermesyuarat adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.  Selamat beribadah!

Isnin, 2 Julai 2012

Projek turap jalan di hadapan Tahfiz bermula

Projek bermula

Projek turap jalan dan melebarkan kawasan parking di hadapan surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah bermula pagi ini. Terimakasih kepada Penyelaras DUN Tuan Haji Mohamad Bin Abdul Rahman yang prihatin terhadap masyarakat setempat.

Projek ini adalah projek di bawah peruntukan MARIS di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Selangor yang prihatin. Syabas!!


Tahniah Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman. Khidmat penuh cemerlang di DUN Templer. Insyallah tahun ni dicalonkan lagi untuk PRU 13

SK: Takziah kepada keluarga Haji Khairul Aman dan keluar Roslan Bahari yang kematian ahli keluarga - Semoga Allah menempatkan mereka bersama para Solihin.

Isnin, 25 Jun 2012

Kerja penurapan jalan setaman sedang dijalankan.


Gambar Jalan 7 awal pagi - 

Kerja - kerja menurap jalan setaman sedang dijalankan pagi ini. Kerja penurapan bermula di jalan 7. Terima kasih atas keperihatinan kerajaan Negeri Selangor. Kali pertama jalan ini diturap selepas belasan tahun kawasan taman perumahan ini dibuka. Terima kasih Kerajaaan Negeri Selangor . Bajet Geran Selangor.
Harap bagi kerjasama kepada kontraktor . Jangan menghalang jalan. Jangan parking kenderaan di atas jalan. Kerja penurapan mengambil masa beberapa hari.
Gambar Tengahari - semua kenderaan dialih. Minyak tar disembur. 

Selasa, 20 Julai 2010

Kejohanan Bowling UPZ BBS Selatan Meriah

Kejohanan kali ini yang melibatkan remaja dan para ibubapa memeriahkan suasana. Macam-macam stail balingan dapat disaksikan. Tahniah kepada para pemenang. Tahun depan kita jumpa lagi.

Berikut sebahagian gambar yang dapat disnap untuk tontonan:











S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 

 











 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com