Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label DUN Templer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUN Templer. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Julai 2013

Video Tazkirah Ramadhan 1434 - Ramadhan Madrasah Takwa - YB. Tuan Haji Zaidi Bin Abdul Talib


 
Video Tazkirah Ramadhan oleh  YB. Tuan Haji Zaidi Bin Abdul Talib 
Tajuk :  Ramadhan Madrasah Taqwa

HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA. CETAK ROMPAK SANGAT DIGALAKKAN.
Walau bagaimanapun berilah sedikit kredit kepada link ini www.suraukini.com selepas anda download / copy paste embed dan lain lain sebaran
 
Sila download video ini dan sebarkan.
 
Nabi S.A.W bersabda:
: إِنَّ الدَّالَّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِه

"Sesungguhnya orang yang menunjukkan kepada kebaikan (mendapat pahala) sama seperti orang yang melakukannya".

Untuk video Suraukini yang lain klik sini
 
 

 


Rabu, 10 Julai 2013

Jom! Tazkirah Ramadhan Bersama YB. DUN Taman Templer

 
Jom! Bersama meriahkan Ramadhan anda dengan Majlis Ilmu. Tazkirah dan Solat tarawikh diimamkan oleh YB. Tuan Zaidi Bin Abdul Talib
 
Hari : Khamis
Tarikh : 11 Julai 2013
Masa : Solat Isyak dan tarawikh
Tempat : Surau Ad Diniyyah.
 
Muslimin muslimat dijemput hadir!!
 



Rabu, 10 Oktober 2012

Mengukuhkan struktur tanah lereng bukit Surau Ad Diniyyah


 
Insyallah , kerja - kerja membaik pulih lereng bukit Surau Ad Diniyyah akan bermula tidak lama lagi. Signboard sudah terpacak. Terima kasih pihak yang berusaha mengetengahkah isu tanah lereng bukit ini.  Terima kasih Unit Pengurusan Zon taman Templer, Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman, JAIS, Pusat Zakat dan JKR Negeri Selangor.

Alhamdulillah. Mudah - mudahan pihak kontraktor dan Jururunding dapat menjalankan kerja dengan baik dan amanah demi keselamatan jemaah surau dan anak - anak Tahfiz. Selangorku Prihatin.

Jazakallah Khair

 
Dari kaki lereng bukit Surau Ad Diniyyah
 
 
Gambar Arkib Ad Diniyyah 2006 - Struktur Tanah lereng bukit yang curam .
 
 
Gambar Arkib Ad Diniyyah 2009 - Struktur Tanah lereng bukit yang curam .
 
 
 

Rabu, 5 September 2012

Lagi gambar sekitar Majlis Bersama Ustaz Don - Dari lensa cinagambar


 
Berbuka bersama

SK muatnaik lagi beberapa keping gambar yang dirakam oleh cinagambar  pada majlis bersama Ustaz Don Ramadhan lalu. Terimakasih cinagambar.


 
Kambing Mega Perdana
 
 
Padat dan sendat
 
 
Melimpah ke koridor
 
melimpah ke halaman surau
 
 
Skrin LCD disediakan di luar surau
 
 
Sumbangan Idul fitri dari Pusat Khidmat Masyarakat
Ketibaan Ustaz Don Daniyal.
Solat bersama
Berselawat bersama
 
Berdoa bersama
Bergambar bersama
Penyelaras DUN Taman Templer
Lagi gambar menyusul.......

 
 
 

Khamis, 16 Ogos 2012

Bersama Ustaz Don - Tazkirah Ramadhan Mega Perdana malam ini!!


Jangan lupa! Jangan balik kampung dulu! Jom meriahkan Tazkirah Mega Perdana malam ini di Ad Diniyyah. Turut sama meriahkan malam 28 Ramadhan malam ini Dato' Ismail Kamus.

Program bertujuan mengumpul dana untuk pembinaan Bangunan Tambahan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Jom Wakaf!!



Jangan lupa !! Saham akhirat. Jom Wakaf!


Turut hadir!!

Turut hadir!
TERBAEEEKKK!

Fenomena Ustaz Don


Nantikan RAKAMAN TAZKIRAH MEGA PERDANA USTAZ DON di blog ini!!

Isnin, 2 Julai 2012

Projek turap jalan di hadapan Tahfiz bermula

Projek bermula

Projek turap jalan dan melebarkan kawasan parking di hadapan surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah bermula pagi ini. Terimakasih kepada Penyelaras DUN Tuan Haji Mohamad Bin Abdul Rahman yang prihatin terhadap masyarakat setempat.

Projek ini adalah projek di bawah peruntukan MARIS di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Selangor yang prihatin. Syabas!!


Tahniah Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman. Khidmat penuh cemerlang di DUN Templer. Insyallah tahun ni dicalonkan lagi untuk PRU 13

SK: Takziah kepada keluarga Haji Khairul Aman dan keluar Roslan Bahari yang kematian ahli keluarga - Semoga Allah menempatkan mereka bersama para Solihin.

Isnin, 25 Jun 2012

Kerja penurapan jalan setaman sedang dijalankan.


Gambar Jalan 7 awal pagi - 

Kerja - kerja menurap jalan setaman sedang dijalankan pagi ini. Kerja penurapan bermula di jalan 7. Terima kasih atas keperihatinan kerajaan Negeri Selangor. Kali pertama jalan ini diturap selepas belasan tahun kawasan taman perumahan ini dibuka. Terima kasih Kerajaaan Negeri Selangor . Bajet Geran Selangor.
Harap bagi kerjasama kepada kontraktor . Jangan menghalang jalan. Jangan parking kenderaan di atas jalan. Kerja penurapan mengambil masa beberapa hari.
Gambar Tengahari - semua kenderaan dialih. Minyak tar disembur. 

Selasa, 13 Disember 2011

Kem Hafazan Al Quran Tahunan (KHAT) 2011 anjuran Ad Diniyyah bermula


Sebahagian peserta KHAT 2011 bergambar kenangan bersama Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman

Majlis perasmian KHAT 2011 berlangsung malam tadi. Majlis perasmian KHAT disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Bin Abdul Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer.

Seramai 50 Peserta telah mengambil bahagian pada tahun ini. KHAT merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dan Surau Ad Diniyyah. Penganjuran KHAT kali ke 2 ini lebih mantap dengan kehadiran 6 fasilitator terpilih. KHAT 2011 akan berlangsung bermula 12 Disember - 23 Disember 2012

Tahniah kepada semua ibu bapa yang menghantar anak - anak ke Kem Hafazan Al Quran Tahunan 2011. Pilihan Bijak!!


Pendaftaran bermula

Mendengar arahan ketua Fasilitator

Tekun mendengar-  Bersama Fasilitator berpengalaman

Tea Break!!
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 10 Disember 2011

Majlis Perasmian Program Hafazan Cuti Sekolah 2011




Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer. Tuan - tuan dijemput hadir bagi memeriahkan acara perasmian tersebut yang akan diadakan pada

Tarikh : 12 Disember 2011
Hari : Isnin
Masa : 7.00 Petang - 9.30 Malam
Tempat : Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

Semua ibu bapa / peserta / fasilitator diwajibkan hadir
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 23 Oktober 2011

Forum Hari Arafah 2011 Bersama Dato Ismail Kamus



Syukur kehadrat Allah SWT kerana Surau Ad Diniyyah telah berjaya menganjurkan satu Forum pada 22 Oktober 2011 yang menampilkan Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Sallehen Muhyi sebagai ahli panel.

Alhamdullilah dengan kehadiran jemaah yang memenuhi ruang di dalam surau menambahkan keceriaan program. Turut hadir adalah Penyelaras DUN Taman Templer Hj Mohammad Abdul Rahman. Terima kasih atas kehadiran semua 



















Khamis, 11 Ogos 2011

Gambar sekitar Program bersama Tuan Haji Mohamad malam tadi


Tuan Haji Mohamad, Ustaz Yusaini, AJK Ad Diniyyah dan Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah

Malam tadi telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan Ramadhan oleh Penyelaras DUN Taman Templer , Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman. Majlis berlangsung dengan ucapan ringkas dari Haji Mohamad diikuti majlis penyampaian cenderahati kepada pelajar Tahfiz, Guru Tahfiz, Ibu Tunggal dan Fakir Miskin.

SK merakamkan ribuan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Negeri Selangor atas kesudian turun padang dan menyampaikan sumbangan tersebut.

Selamat berkhidmat Tuan Haji!
Penyampaian cenderahati kepadasemua anak - anak tahfiz.

Sumbangan untuk mereka yang memerlukan
 Ustaz Rahman - Guru Tahfiz
 Ustaz Faid
 Sumbangan Ramadhan utk Surau Ad Diniyyah.

SK: Kredit untuk Cinagambar atas kiriman gambar - gambar ini.

Isnin, 8 Ogos 2011

Penyampaian Sumbangan Ramadhan 1432

Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman
Penyelaras DUN Templer
Selangor Darul Ehsan

Insyaallah hari Rabu ini, Tuan Haji Mohamad Bin Abdul Rahman, Penyelaras DUN Templer akan turun padang menyampaikan sumbangan Ramadhan di Surau Ad Diniyyah. Beliau akan menyampaikan sumbangan untuk fakir miskin dan hadiah galakan untuk anak - anak tahfiz Ad Diniyyah.

Majlis penyampaian akan berlangsung sejurus selepas solat Isyak. Semua dijemput hadir








Rabu, 25 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Hari Raya



Anjuran Bersama Surau Ad Diniyyah, Unit Pengurusan Zon BBS Selatan
Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Templer

Tarikh : 28 Ogos 2010
Hari : Sabtu
Jam : 7.00 Petang
Tempat : Surau Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sungai Tua, Batu Caves
Sumbangan akan disampaikan oleh Haji Mohamad Abdul Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer

Muslimin muslimat dijemput hadir