Jumaat, 14 September 2012

Notis Mesyuarat Agung Kali ke 10 Tahun 2012



 
Gambar Arkib Ad Diniyyah - AGM 2011
Setahun sudah berlalu. AGM muncul kembali....
Lagi gambar Arkib AGM 2011 di sini

SK : Merujuk kepada arahan Jabatan Agama Islam Selangor. Bil (15) dlm JAI.SEL PAIDG(T)BPM 03/001/2 Bertarikh 13 Julai 2012 .Arahan supaya semua surau mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2012 pada bulan Julai - September 2012. Respon dari Ad Diniyyah adalah seperti berikut:
 
 
Ruj. Kami: ( JKSAD 10 - 13 /pekeliling 02 / 12)

 
Kepada

Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 10 SURAU Ad DINIYYAH  TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A tahun 2012.

 Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:


                                Tarikh                     :              30 SEPTEMBER 2012
                                Hari                         :               AHAD
                                Masa                       :               9.00 Malam
                                Tempat                   :               Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3.             Agenda mesyuarat adalah seperti berikut
             

i.              Ucapan Pengerusi Majlis &  bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki Madzar Atham B. Zulkifli
ii.             Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 10 Ustaz Azhari Bin Ibrahim
iii.           Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
iv.           Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
v.             Membentang dan mengesahkan minit mesyurat Agung kali ke 9
vi.           Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2011
vii.          Membentang dan mengesahkan laporan kewangan sesi 2011
viii.        Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2011
ix.           Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah 2011
x.             Membahaskan usul – usul
xi.           Ucapan penangguhan
xii.          Jamuan Ringan

4.             Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 25 September 2012

5.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.


Sekian Terima kasih


Yang Benar
SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah                          


SK : Surat rasmi akan diedarkan mulai esok 15 September 2012. Mesyuarat adalah ibadah kerana bermesyuarat adalah Sunnah Rasulullah S.A.W.  Selamat beribadah!

0 ulasan: