Rabu, 12 September 2012

Kenali Sheikh Abdul Karim Omar Al Makki - Video


Motivasi untuk anak - anak Tahfiz Ad Diniyyah. Kenali Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki.  Imam Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam. Lihat latar belakang kehidupan beliau di Makkah. Bagaimana beliau menghafaz Al Quran

Sewaktu berusia 14 tahun , dia pernah menjadi Imam terawih di sebuah masjid di Toif , Mekah . Berkebolehan meniru lebih 15 suara bacaan ayat suci al-Quran , termasuk Sheikh Maasyari al-Afaasy dan Sheikh Maher Muaqliyy .
 
Qari kepada diRaja Arab Saudi , jawatan yang belum pernah ( ketika itu ) disandang oleh orang Melayu . Pengiktirafan keatas bangsa melayu secara keseluruhan nya . Siapakah lelaki yang dimaksudkan ?
 
Itulah ; Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki , 29 Mac 1979 yang lahir dan dibesarkan di Kota Suci Makkah al-Mukaramah , Arab Saudi . Tidak pernah lupa dengan asal usulnya yang mempunya kacukan darah Melayu di Malaysia dan Thailand .

Pendidikan :

Mendapat bimbingan agama dari ayahanda , sehingga mampu khatam al-quran beberapa kali sewaktu diusia muda . Seusia 8 tahun , Sheikh Abdul Karim sering mengikut ayahnya mempelajari dan mendalami talaqqi dan tahfiz al-Quran di Masjid al-Haram .

Melanjutkan pelajarannya di Masjid Abdullah bin Abbas di Taif , Mekah . Belajar di sekolah pondok di Pattani dan Thanawi di Maahad Darul Maarif , Thailand . Mempunyai diploma jurusan Syariah , Maahad 'Ali Li al-Dirasat al-Islamiyyah wal 'Arabiyyah ( MADIWA ) , Perak .

Seusai tamat pembelajarannya dalam jurusan syariat Islam di Universtiti al-Azhar di Mesir , beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan sarjana muda nya di Universiti King Saud , Arab Saudi dalam jurusan Pendidikan Tafsir dan Hadis .

Sheikh Abdul Rahman Abdul Azizi al-Sudais , Imam besar Masjid al-Haram ketika membuat kunjungan ke Kuala Lumpur , Sheikh Abdul Karim memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran dihadapan as-Sudais . Tertarik dengan bacaan nya itu , as-Sudais memberikan anugerah kepada Sheikh Abdul Karim sebagai as-Sudais kedua di Malaysia .

As-Sudais juga , pernah menawarkan Sheikh Abdul Karim menjadi imam di masjid al-Haram .

Allahu'alam
 

0 ulasan: