Sabtu, 7 Mei 2011

Pembetulan Notis Mesyuarat Agung Kali ke 9 Tahun 2011


Ya! Ampunnnnnn..... !!! Jangan Marah Pak!!

SK memohon maaf kerana terdapat kekhilafan pada tarikh Mesyuarat Agung ke 9 dalam surat pekeliling yang diedar ke seluruh taman petang tadi. Terlepas pandang. Meskipun sudah diulang baca dan ulang semak, masih terdapat kesilapan juga.

Tarikh sebenar mesyuarat agung ialah pada 21 Mei 2011, bukan 21 Februari 2011 seperti yang tertera di pekeliling tersebut. Itulah kelemahan manusia yang tidak selalunya sempurna.

Gara - gara kesilapan dalam surat pekeliling itu, telefon bimbit SK tidak henti dihujani dengan sms dan panggilan telefon. Kebetulan SK sedang memandu dan dalam perjalanan ke Kuantan Pahang. Terpaksa berhenti memandu beberapa kali untuk menjawab panggilan dan sms. Kebanyakan yang memberi respon dan memaklumkan kesilapan tersebut dengan baik dan beradab.  SK kira - kira ada lebih kurang 78 sms respon kepada  kesilapan tersebut. Perghhhhh!!

Ada juga yang tidak reti berbahasa, hentam berbahasa sesuka hati. Nak hantar SMS menegur, biarlah beradab dan berbahasa, bak kata org tua - tua - "yang baik itu budi, yang indah itu bahasa"

Apapun SK menyusun sepuluh jari atas kesilapan tersebut. Insyaallah notis pembetulan akan menyusul selewat - lewatnya petang Isnin ini.

SK : Malam ini pekena ikan siakap bakar, di persisir pantai Balok. SMS masih tidak berhenti masuk ketika menunggu sotong goreng tepung sampai.

Ya..... Ampunnnnnnnnn
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: