Gambar Kenangan - Pendaftaran Kehadiran AGM 2008
Kepada
Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!
PER: NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 9 SURAU AD DINIYYAH TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A SESI 2011 - 2012.
Perkara di atas adalah dirujuk
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada tarikh berikut
Tarikh : 21 Mei 2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.15 Malam
Tempat : Surau Ad Diniyyah BBS 2A
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut
i. Pendaftaran
ii. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
iii. Ucapan Pengerusi Surau Ad Diniyyah
iv. Membentang dan mengesahkan minit mesyurat Agung kali ke 8
v. Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2010-2011
vi. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan sesi 2010-201
vii. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2010-2011
viii. Membahaskan usul – usul
ix. Cabutan bertuah
x. Ucapan penangguhan
xi. Jamuan Ringan
4. Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 14 Mei 2011
5. Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.
Sekian Terima kasih
Yang Benar
Setiausaha Surau Ad Diniyyah
SK: Surat Pekeliling dan borang usul akan di edar 2 minggu sebelum Mesyuarat Agung.
0 ulasan:
Catat Ulasan