Isnin, 18 April 2011

Rakaman video - Temuduga kemasukan pelajar



Minggu lepas SK sempat temuduga seorang pelajar baru yang ingin belajar di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Kebetulan, ada satu katil kosong di asrama. Ada seorang pelajar yang mohon keluar dari asrama dan ingin berulang alik dari rumah ke pusat tahfiz kerana masalah kesihatan. Satu katil sudah kosong. Jadi Pusat Tahfiz membuka peluang untuk menerima seorang lagi pelajar baru.

Pelajar yang SK temuduga ini berpindah dari sebuah Pusat Tahfiz di Hulu Selangor. Namanya Izzat. Bacaannya bagus. Katanya dia suda hafaz 2 juzuk Al Baqarah. Tapi bila diuji beberapa ayat. Dia kantoi. Lupa. Tengok la video kat atas tu.

 isk! isk! isk!

Bagaimanapun akhirnya pelajar ini diterima masuk juga kerana bacaannya bagus. Tajwid dan mahrajnya jelas dan betul. Insyallah kalau ada azam yang kuat soal lupa boleh diatasi.



0 ulasan: