Selasa, 19 April 2011

Video Taufan terburuk di Carolina Utara


RALEIGH (Carolina Utara): Angin taufan terburuk dalam tempoh beberapa dekad melanda sebahagian Amerika Syarikat, semalam, menyebabkan 45 orang maut dan merosakkan bangunan serta harta benda lain.

Bencana itu bermula pada petang Khamis (waktu tempatan) di Oklahoma apabila angin puting beliung raksasa hampir memusnahkan seluruh bandar Tushka yang dihuni 350 orang.

Hampir semua kediaman dan kedai di bandar itu musnah, manakala dua penduduk warga emas terbunuh. Sehari kemudian kekuatan angin meningkat dan mencetuskan beratus-ratus taufan yang melanda Arkansas, Mississippi, Alabama dan Carolina Utara, sebelum menuju Virginia pada malam Sabtu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Darurat Persekutuan, Patty McQuillan, berkata bencana taufan itu adalah terburuk sejak 1984 .“Saya masing ingat kejadian itu dan saya yakin taufan ini lebih hebat daripada bencana berkenaan,” katanya.

 

0 ulasan: