Ahad, 17 April 2011

Gotong royong setaman pagi ni.


Lori MPS dan Bomba Selayang

Pagi ini sempat SK menyertai gotong royong setaman. Membersihkan kawasan jalan 2A/7 dan perkarangan surau . Menyembur air ke dalam longkang dengan bantuan Bomba Selayang. Mencantas ranting - ranting pokok yang menganggu laluan bas sekolah. Ada lori tambahan untuk membuang sampah disediakan oleh MPS

SK tidak sempat lama bergotong royong kerana terkejar kejar menguruskan anak - anak Tahfiz ke kelas akademik . Macamanapun sempat juga merakam beberapa keping gambar untuk tontonan bersama.

Semburan air ke dalam longkang - tiada lagi longkang tersumbat.

Anak - anak Tahfiz tidak bersama bergotong royong kerana ada kelas pengajian akademik. Lewat tengahari baru balik dari kelas akademik. Gotong royong makan pun jadilah.....:)

0 ulasan: