Ahad, 13 Jun 2010

Rakaman Dalam Mavi Marmara



Berikut adalah sebahagian rakaman video sebenar yang berjaya dibawa keluar oleh peserta konvoi kapal Mavi Marmara. Lihatlah dengan mata hati .
 

Tentera Israel bukan saja membunuh malah merompak wang tunai AS$3.5 juta (RM11.5 juta) serta merampas pelbagai peralatan milik aktivis misi bantuan Gaza selepas mereka diserang di perairan antarabangsa, 31 Mei lalu.

Mangsa serangan flotila yang terselamat ketika bercakap kepada stesen televisyen Iran, Press TV, memberitahu komando Israel merompak wang tunai dan pelbagai peralatan anggota konvoi bantuan berkenaan
Beratus-ratus aktivis melaporkan kehilangan wang tunai, komputer riba, telefon dan pakaian selepas dibebaskan Israel, minggu lalu. Dianggarkan 600 telefon bimbit, 400 kamera video dan 350 komputer riba masih ada di tangan tentera Israel pada masa ini.

Malah, seorang aktivis Itali, Manolo Luppichini yang berada dalam kapal Sfintoni-8000 mendakwa, kad kredit miliknya yang dirampas askar Israel didapati digunakan untuk membeli barang.


Lihat video dibawah ini. Saksikan kehebatan, ketabahan, semangat juang yang tinggi yang Allah berikan kepada Mereka. Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam dan menghancurkan Israel. TAkBIR!! Allahu AKbar! Selamat menonton.

 


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam mne nk copy ke facebook...supaya kekejaman israel laknattullah ni dpt tersebar luas lagi..

Suraukini berkata...

copy semua tulisan yang dikehendaki pastu tekan ctrl+c , paste je dalam facebook dalam ruangan yang anda suka tekan ctrl + v