Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Baitul Maqdis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baitul Maqdis. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Mac 2014

Tafsir Nurul Ehsan Jilid 1 - Surah Al Baqarah ayat 148 - 157 - Dato' Ustaz Haji Shamsuri Bin Haji Ahmad


Masjidil Haram & Baitul Maqdis
 
Tafsir Nurul Ehsan Jilid 1 - Surah Al Baqarah ayat 148 - 157 -  Mukasurat 46  Dato' Ustaz Haji Shamsuri Bin Haji Ahmad
 

 
Link berkaitan Tafsir Nurul Ehsan

 
2. SURAH AL BAQARAH

9. SURAH AT TAUBAH
 

16. SURAH AN NAHL
 

65. SURAH AT THOLAQ
 

66. SURAH AT TAHRIM
 

SK rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan rakaman dan memuatnaik semua video di atas. Semoga Allah terima amal baik dan menjadi amal jariah dengan pahala yang berkekalan dan berterusan.

SK menyusun sambil mendengar.

Jazakumullah khairal jaza'
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 15 Mac 2014

Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 - Tinggi Nabi Adam - Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad


Kitab Bahrul Mazi 21 Mukasurat 23 - Kisah Nabi Adam. Tinggi Nabi Adam 60 Hasta


 Kuliah Kitab Bahrul Mazi oleh
Dato' Ustaz Haji Shamsuri Bin Haji Ahmad
KITAB BAHRUL MAZI JILID 1
Mengenai Thaharah

Kitab Bahrul Mazi Jilid 1 Mukasurat 8

 KITAB BAHRUL MAZI JILID 2
Mengenai Solat



KITAB BAHRUL MAZI JILID 3
Mengenai Solat
 

KITAB BAHRUL MAZI JILID 6
Mengenai Haji



KITAB BAHRUL MAZI JILID 13
Mengenai minuman, kebaktian, dan perhubungan silatur rahim

KITAB BAHRUL MAZI JILID 14
Mengenai ubat - ubatan, Faraid, wasiat, wala' dan hibah dan Qadar

Kitab Bahrul Mazi Jilid 14 Mukasurat 2
Kitab Bahrul Mazi Jilid 14 Mukasurat 8
Kitab Bahrul Mazi Jilid 14 Mukasurat 13
Kitab Bahrul Mazi Jilid 14 Mukasurat 23

KITAB BAHRUL MAZI JILID 15
Huru - hara
 
Kitab Bahrul Mazi Jilid 16 Mukasurat 188

KITAB BAHRUL MAZI JILID 18 
Mengenai sifat syurga , neraka dan iman



KITAB BAHRUL MAZI JILID 19 
Mengenai ilmu, minta izin dan Adab

Kitab Bahrul Mazi Jilid 19 Mukasurat 225

KITAB BAHRUL MAZI JILID 20 
Mengenai segala perumpamaan, pahala, Quran & Qiraat

Kitab Bahrul Mazi Jilid 20 Mukasurat 
Kitab Bahrul Mazi Jilid 20 Mukasurat 143

KITAB BAHRUL MAZI JILID 21 
Mengenai Tafsir
 
Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 Mukasurat 25

SK rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan rakaman dan memuatnaik semua video di atas. Semoga Allah terima amal baik dan menjadi amal jariah dengan pahala yang berkekalan dan berterusan.

SK menyusun sambil mendengar.

Jazakumullah khairal jaza'

S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 6 Mac 2014

Kota Jerusalem dan 3 agama samawi - Video

Masjidil Aqsa Masjid kedua tertua di dunia
 
"لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: مسجد الحرام، ومسجد الأقصى، ومسجدي هذا"
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:  “Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa.
 
( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad)
 
Lokasi Masjidl Haram
 
Qubbatus Sahra'
 


 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
 
 

Selasa, 20 November 2012

Israel diatur untuk kehancuran!! Syeikh Ahmad Deedat


Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat


Dengarkan ceramah Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat pada tahun 1989. Dengarkan kepetahan syeikh Ahmad Deedat berbicara tentang Yahudi Bani Israel. Semua hujahnya dipetik dari Kitab Taurat (yang menjadi pegangan Yahudi), Kitab Injil dan Al Quran.

Petikan menarik dari Kitab Yesaya (Pegangan Yahudi) 19: 23-25

Pada hari itu, akan ada jalanraya dari Mesir menuju ke Syiria. Sehingga orang - orang Syiria akan dapat masuk ke Mesir,dan Orang Mesir akan dapat memasuki Syiria. Dan Orang - orang Mesir akan sama beribadah dengan Orang Syiria .Pada waktu itu Israel akan menjadi yang ketiga di samping Mesir !




Mesir sudah dikuasai, Syiria akan menyusul..... Yahudi sedang menunggu saatnya!!

Ahad, 16 September 2012

Video -Takungan air berusia 3000 tahun dijumpai di Baitul Maqdis

 
 
BAITULMUQADDIS – Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam. Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.
Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.

“Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam,” kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.
Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini. – Agensi
 
Jom layan video ini.
 


 
S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja













Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Khamis, 3 Februari 2011

Video - Cahaya misteri di Kubah Masjidil Aqsa?



BAITULMUQADDIS: Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini, lapor msnbc.com kelmarin.Cahaya misteri itu dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh beberapa orang yang berada dekat dengan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa itu pada pukul 1 pagi Jumaat lalu.

Dalam laman YouTube, terdapat beberapa perbualan orang yang menyatakan perasaan terkejut apabila melihat cahaya misteri tersebut terapung-apung di atas Kubah Emas itu.Cahaya misteri itu kemudian bergerak terlalu laju ke atas langit Baitulmuqaddis.Sebelum ini, terdapat dua klip video yang menunjukkan cahaya itu turun ke kawasan yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas.

Namun, dua klip video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera dari jarak jauh menyebabkan lokasi tepat cahaya tersebut turun dari langit tidak diketahui.Klip video ketiga yang kemudian disiarkan di YouTube menunjukkan dengan jelas cahaya misteri itu kerana ia dirakamkan dekat dengan bangunan Kubah Emas.Setakat ini, kemunculan cahaya misteri itu masih diperdebatkan di kebanyakan laman web kerana ia didapati bukan piring terbang seperti yang disangka sebelum ini.

Kubah Emas itu merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

-Agensi-
 

 



Isnin, 7 Jun 2010

Sejarah Yahudi di Negara Haram Israel


Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran - lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.

Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).

Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.

Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.

Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.

Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah S.W.T telah mengirim nabi Musa A.S masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.

Musa A.S dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM. Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21). Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.

Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara. Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.

Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah. Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).

Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian. Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.

Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.

Awal terbentuknya Israel

Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah. Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.
Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;


1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.

1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.

1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).

1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.

1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine

1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.

1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.



(Gambar Atas - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )

1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.

1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine

1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.

1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.

1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.

1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.


(Gambar Peta pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)


Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul Maqdis

-->Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus-Sakhra (The Dome of the Rock)

-->Bertanda Merah - Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)

-->Bertanda Biru Muda - Al Madrasa An-Nahawiah

-->Bertanda Biru - Al Musalla Al-Marwani

Gambar Atas - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com