Isnin, 3 Mac 2014

Tafsir Nurul Ehsan - Surah An Nahl Ayat 43 - 48 - Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad


Jawapan kepada golongan yang menolak hadith
 
Ayat 43
 
 
 
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
Ayat 44
 
 
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan- keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan) dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
Ayat 45
 
 
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang- orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?

Ayat 46



Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang-alik melakukan kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah.
 
Ayat 47
 
 
 
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredhar (berpindah-pindah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?
 
Ayat 48
 
 
 
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat sedang mereka (malaikat- malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya.
 
 
Kuliah Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 Surah An Nahl Ayat 43 - 48  - , Muka Surat 305.

 

 
Link berkaitan Tafsir Nurul Ehsan
 
 
 
 
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
 

0 ulasan: