Ahad, 2 Mac 2014

Tafsir Nurul Ehsan - Surah An Nahl Ayat ayat 27 - 32 - Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad

Khusnul Khatimah - Kesudahan yang baik di penghujung  kehidupan
 
Tafsir Nurul Ehsan Jilid 2 Mukasurat 302 - Surah An Nahl Ayat 27 - 32  - Ustaz Dato' Shamsuri Haji Ahmad
 
Ayat 27
 
Kemudian pada hari kiamat, Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu - sekutuKu yang kamu berperi - peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang - orang yang beriman) untuk membela mereka?" (Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan: "Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir

Ayat 28
 
"(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya)." Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): "Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan". (Malaikat menjawab): "Bahkan (kamu ada melakukannya) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan.
Ayat 29
 
 
Oleh itu, masukilah pintu - pintu neraka, tinggal kekallah kamu di dalamnya maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk - buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur".
Ayat 30
 
Dan ditanya pula kepada orang - orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang - orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.


Ayat 31

(Untuk mereka) Syurga-  syurga "`Adn", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai mereka beroleh di dalam Syurga-syurga itu apa yang mereka kehendaki demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa,

Ayat 32
 
 
(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur, syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka "Selamat sejahtera kepada kamu masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".
 
 
 
 

 

Link berkaitan Kitab Tafsir Nurul Ehsan
Dato' Ustaz Haji Shamsuri Haji Ahmad

2. SURAH AL BAQARAH
 

9. SURAH AT TAUBAH
 


12. SURAH YUSUF 
 



16. SURAH AN NAHL
 


62. SURAH AL JUMU'AH
 

65. SURAH AT THOLAQ
 

66. SURAH AT TAHRIM
 

SK rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan rakaman dan memuatnaik semua video di atas. Semoga Allah terima amal baik dan menjadi amal jariah dengan pahala yang berkekalan dan berterusan.

SK mendengar sambil menyusun

Jazakumullah khairal jaza'
 
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 








 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: