Keluarkanlah rasa takut kepada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut kepada khaliq (pencipta) dan keluarkanlah rasa berharap kepada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Khaliq!!
Kalendar kaum Mayan yang meyakini kiamat akan berlaku pada 21 Disember ini?
Lagi 8 hari kita akan bertemu tarikh 21 Disember 2012. Tarikh yang diramal akan berlakunya kiamat. Dunia sampai ke penghujungnya?
DUNIA sains sendiri tidak dapat memberi pengesahan atau kesahihan berhubung hari kiamat bakal berlaku walaupun merujuk kepada kalendar Mayan, dunia bakal berakhir pada 21 Disember 2012 ini.
Walaupun kaum Mayan telah membuat kesimpulan mereka secara astrologi, tetapi banyak kepercayaan lain memberi pandangan berbeza - beza mengenai hari kiamat.
Umat Islam meyakini bahawa tarikh sebenar berlakunya hari kiamat adalah di bawah Ilmu Allah. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah menyebut dalam hadithnya tentang tarikh sebenar berlakunya kiamat. Semuanya di bawah kekuasaan ALLAH S.W.T. Mempercayai berlakunya hari kiamat adalah merupakan rukun iman yang menjadi pegangan aqidah seluruh umat Islam.
Ada banyak hadith yang menceritakan tentang tanda - tanda kecil dan tanda - tanda besar sebelum berlakunya kiamat.
Telah banyak tanda - tanda kecil kiamat berlaku pada hari ini. Hal ini boleh kita lihat dengan mata kepala kita sendiri. Tetapi masih banyak tanda - tanda besar kiamat yang disebut dalam hadith Nabi SAW yang masih belum berlaku.
SK senaraikan di bawah ini tanda - tanda kecil kiamat dan tanda - tanda besar kiamat. Sebahagian dari tanda - tanda besar masih belum berlaku. Meyakini hadith - hadith Sahih Nabi SAW tentang TANDA - TANDA BESAR KIAMAT akan membawa kita yakin bahawa hari kiamat tidak akan berlaku pada 21 Disember ini.
Walaupun kiamat tidak berlaku pada 21 Disember 2012 ini, jangan pandang ringan terhadap kiamat kecil. Kiamat kecil adalah kematian yang berlaku pada setiap individu. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui saat kematian. Biarkanlah tarikh kiamat besar itu di bawah ilmu dan pengetahuanNya. KIAMAT BESAR pasti akan berlaku juga.
Jangan pula disebabkan kiamat tidak berlaku pada 21 Disember 2012 ini maka kita menyangka kita terlepas dari kiamat kecil. Ingatlah kematian itu pasti berlaku. Kita sangat hampir dengan kematian
Sebaik - baik manusia adalah mereka yang paling banyak mengingati mati.
Antara tanda - tanda kiamat kecil ialah
Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” -Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
Ramai orang soleh meninggal dunia.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” -Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
Bulan sabit kelihatan besar.”Di antara tanda - tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” -Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita - berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai - sungai.” – Sahih Muslim
TANDA - TANDA BESAR
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?” Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.” Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
• Keluarnya asap
• Munculnya Dajjal
• Munculnya binatang yang melata di mukabumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dalam satu Hadith Rasulullah SAW ada menyebut tentang kesudahan nasib kaum Yahudi di akhir zaman. Abu Hurairah R.A memberitahu bahwa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga orang - orang Islam akan memerangi orang - orang Yahudi. Maka orang - orang Islam akan membunuh mereka sehingga orang-orang Yahudi lari bersembunyi di belakang batu dan pokok, maka berkatalah batu dan pokok, “Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, ini dia Yahudi di belakangku. Marilah dan bunuhlah dia.” Melainkan pohon gharqad karena pokok itu adalah pohon Yahudi.”
(Al-Bukhari, Muslim dan at-Tarmizi)
Golongan Yahudi sangat bimbang dan gerun dengan hadith ini. Umat Islam meyakini hadith ini sebagaimana mereka meyakini hadith berkaitan kejatuhan Kerajaan Constantinople. Kebenaran kata - kata Rasullah telah terbukti . Constantinople benar - benar jatuh selepas 800 tahun Rasulullah S.A.W menyebut hal rersebut dalam hadithnya ketika baginda menggali parit dalam peperangan Khandaq,
"...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik - baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Saksikan klip kebenaran hadith kejatuhanConstantinople.
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E (No Pendaftaran SSM 002118796-U)
Menyokong Penuh Usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja
Dengarkan ceramah Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat pada tahun 1989. Dengarkan kepetahan syeikh Ahmad Deedat berbicara tentang Yahudi Bani Israel. Semua hujahnya dipetik dari Kitab Taurat (yang menjadi pegangan Yahudi), Kitab Injil dan Al Quran.
Petikan menarik dari Kitab Yesaya (Pegangan Yahudi) 19: 23-25
Pada hari itu, akan ada jalanraya dari Mesir menuju ke Syiria. Sehingga orang - orang Syiria akan dapat masuk ke Mesir,dan Orang Mesir akan dapat memasuki Syiria. Dan Orang - orang Mesir akan sama beribadah dengan Orang Syiria .Pada waktu itu Israel akan menjadi yang ketiga di samping Mesir !
Mesir sudah dikuasai, Syiria akan menyusul..... Yahudi sedang menunggu saatnya!!
Sebahagian rakaman ceramah Ustaz Haji Zainol Asri di Dewan Seri Mentaloon tahun lalu. Apakah nasib Yahudi pada penghujung 2012?Adakah kebangkitan Bridged Izzudin Al Qassam merupakan tanda - tanda penghujung usia Yahudi??
RUKUN iman yang kedua ialah percaya kepada malaikat. Setiap Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah wajib mempercayai adanya malaikat yang juga makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada cahaya.
Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah S.W.T yang tahu. Namun, berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan makhluk lain.
Ia berakal, boleh berkata-kata dan mampu bergerak ke satu jarak yang jauh dalam masa singkat. Kewujudan malaikat semata-mata untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah SWT. Malaikat tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih. Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah SWT saja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka.
JIBRAIL: Tugasnya membawa wahyu daripada Allah SWT kepada Rasul dan Nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, banjir, ribut dan lain-lain lagi.
MIKAIL: Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan dan mengeluarkan hasil galian bumi.
ISRAFIL: Tugasnya untuk meniup sangkakala ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur. Sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
IZRAIL: Tugasnya mengambil nyawa iaitu mematikan apabila sampai ajal dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat atau lewat walau sesaat.
MUNKAR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
NAKIR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
RAQIB: Tugasnya menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
ATID: Tugasnya menulis dosa orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
RIDHWAN: Penjaga syurga.
MALIK: Penjaga neraka.
Firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 66: “Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang Dia perintah kepada mereka dan mereka membuat apa jua perintah oleh-Nya.”