BAITULMUQADDIS – Beberapa pakar 
arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah 
semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram 
Ash-Sharif oleh orang Islam. Akhbar MailOnline melaporkan bahawa 
takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter 
air.Tempat simpanan air itu dipercayai 
dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.
Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat 
Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) 
sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.
“Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam,” kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.
Menurutnya, tapak Tempat Ibadat 
Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock 
atau Masjid Kubah Emas di sini. – Agensi
Jom layan video ini.
S U
R A U K I N I 
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan