Suasana di airport KLIA -
Jemaah Haji KT 2 Tahun 1432 Hijrah / 2011
Kebanyakan penerbangan - penerbangan awal jemaah haji dari Malaysia biasanya akan terus mendarat di Lapangan Terbang Bandar Suci Madinah Munawwarah. Penerbangan terus dari KLIA ke Airport Madinah. Tiada transit. Terbang terus. Menaiki pesawat MAS mengambil masa perjalanan sekitar 8 jam penerbangan
Jarak antara Airport Madinah dengan hotel penginapan di Madinah tidaklah jauh sangat. Kalau jalan tak jem, dalam masa 20 minit ke setengah jam, kita dah boleh sampai ke hotel. Yang jadi lambat ialah proses dokumentasi untuk melepasi sempadan.
Proses melepasi imigresen airport Madinah agak perlahan. Perlahan kerana prosedur agak ketat. Setiap individu yang ingin melepasi perlu beratur panjang. Tiada keistimewaan yang diberikan. Semua sama rata. Pegawai tabung haji pun perlu beratur sama seperti jemaah yang lain. Ada beberapa kaunter imegresen yang di buka.
Prosedurnya sama saja , ambil gambar, scan ibu jari, scan semua jari untuk direkodkan dalam data sistem komputer. Semuanya dilakukan seorang demi seorang. Semuanya Slow and steady. Jangan harap anda akan dilayan seperti VIP. Ada jutaan lagi manusia yang perlu berbaris seperti anda. Melakukan proses yang sama. Semuanya slow and steady.
Prosedurnya sama saja , ambil gambar, scan ibu jari, scan semua jari untuk direkodkan dalam data sistem komputer. Semuanya dilakukan seorang demi seorang. Semuanya Slow and steady. Jangan harap anda akan dilayan seperti VIP. Ada jutaan lagi manusia yang perlu berbaris seperti anda. Melakukan proses yang sama. Semuanya slow and steady.
Pesawat yang SK naiki, pesawat MAS KT2 tiba di Airport Madinah. Ketika itu waktu sudah menunjukkan jam 3.30 petang waktu tempatan. Mungkin juga jam 4.00 petang ketika itu . SK tak ingat sangat. Masih ada waktu zohor ketika itu. Jemaah menunaikan solat zohor dan asar secara jama' taqdim di ruang legar airport.
Ada jemaah berbaris panjang menunggu giliran mengambil wudhuk di pintu tandas. Ada yang berwudhuk dengan menggunakan botol spray yang diberi percuma oleh Tabung haji. Botol spray untuk wudhuk ini diagih - agihkan oleh pihak Tabung Haji ketika SK mengikuti Kursus Perdana di Putrajaya.
Lepas berwudhuk, masing - masing solat berjemaah tapi berselerakan. Keliru. Mana satu imam yang perlu diikut. Banyak kumpulan jemaah yang mendirikan solat, tapi berasingan. Suasana yang agak kurang comel. Sepatutnya semua jemaah berjemaah dengan satu imam. Tak pasti kenapa suasana jadi begitu.??
Lepas berwudhuk, masing - masing solat berjemaah tapi berselerakan. Keliru. Mana satu imam yang perlu diikut. Banyak kumpulan jemaah yang mendirikan solat, tapi berasingan. Suasana yang agak kurang comel. Sepatutnya semua jemaah berjemaah dengan satu imam. Tak pasti kenapa suasana jadi begitu.??
Lepas solat masing - masing bergerak ke kaunter imigresen berbaris untuk melepasi kaunter.
Dua jam berdiri menunggu giliran di kaunter. Agak lama juga berdiri. Tapi masih boleh bersabar kerana sudah agak biasa dengan kerenah imigresen di negara Arab. Sian kat mak cik - mak cik dan pak cik - pak cik yang sudah berumur. Lenguh berdiri Yeop! Kejap - kejap berdiri, kejap - kejap bercangkung, kejap - kejap melunjur. Lenguh Yeop lenguh!
SK pernah berurusan selama 16 jam di imigresen Arab di Teluk Aqabah Jordan untuk melepasi sempadan menuju ke Mesir pada tahun 1994 satu ketika dulu. 16 Jam yeop! Kejang lutut dan otak!Kalau setakat 2 jam berdiri di imigresen Madinah tu, kira ok. Insyaallah masih boleh cool. :)
Seingat SK urusan di imigresen selesai ketika masuknya waktu Maghrib. Ketika azan isyak berkumandang baru lah bas bergerak menuju ke hotel Movenpick yang jaraknya tak sampai 30 minit menaiki bas.
SK tiba di perkarangan hotel Movenpick sekitar jam 8.00 malam. Punggah beg ke bilik, bersihkan diri dan bergegas Bersiap untuk menziarahi Rasullullah S.A.W
Hotel Movenpick penuh kenangan - 8 hari SK menginap hotel ini
Tips di Airport Madinah dari SK
Banyak panduan yang telah diberikan oleh pihak Tabung Haji untuk jemaah haji khasnya ketika berurusan di airport. SK ingin berkongsi tips tambahan untuk kebaikan bersama yang mungkin tidak ada dalam buku panduan.
Jangan lupa pakai gelang ini sepanjang masa, khususnya ketika berada di tanah suci Makkah dan Madinah.
- Jangan beli simcard telefon yang dijual oleh pekerja - pekerja cuci Airport. Harga simcard telefon yang dijual oleh pekerja airport ini jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga yang dibeli di kedai sekitar hotel di Madinah. Sabar je dulu. Sampai di hotel nanti boleh ronda kedai beli simcard. Jangan sampai kena tipu.
Top up Card - Mobily
- Anda akan bertemu dengan pekerja - pekerja yang ditugaskan untuk memunggah beg jemaah haji ke bas. Mereka dibayar gaji. Sebahagian dari mereka akan menganbil kesempatan untuk meminta "baksyis" atau duit upah tambahan. Terpulanglah kepada budi bicara anda untuk beri atau tidak. Kalau tak nak bagi, tolak dengan baik. Jangan mengherdik . Anda di tanah suci. Jangan tinggikan suara di bumi Rasulullah S.A.W disemadikan ini. Sendiri Mau ingat!
Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432
Video Kurus Perdana di Putrajaya
Menziarahi Rasulullah SAW
Gambar Di Hotel Movenpick Madinah Munawwarah
Sarapan Pagi Pertama di Madinah
Saat payung dibuka
Rakaman kubah di Masjid Nabawi
TV Madinah Online
Hari ke empat di Madinah
Raudhah yang tenang
Syeikh Solah Bidir Imam Subuh di Masjid Nabawi
Lapan hari di Hotel Movenpick Madinah
Gambar sekitar Masjidil Haram
Lagi Gambar Abraj Al Bait
Gambar kelambu Kaabah
Rakaman dari tingkat atas Masjidil Haram
Menziarahi Rasulullah SAW
Gambar Di Hotel Movenpick Madinah Munawwarah
Sarapan Pagi Pertama di Madinah
Saat payung dibuka
Rakaman kubah di Masjid Nabawi
TV Madinah Online
Hari ke empat di Madinah
Raudhah yang tenang
Syeikh Solah Bidir Imam Subuh di Masjid Nabawi
Lapan hari di Hotel Movenpick Madinah
Gambar sekitar Masjidil Haram
Lagi Gambar Abraj Al Bait
Gambar kelambu Kaabah
Rakaman dari tingkat atas Masjidil Haram
Bumi Arafah kian menghijau
Berniaga ayam pun seronok di musim Haji
Allah merahmati orang yang bercukur
Berniaga ayam pun seronok di musim Haji
Allah merahmati orang yang bercukur
0 ulasan:
Catat Ulasan