Isnin, 14 November 2011

Travelog Haj 1432 - Allah merahmati orang yang bercukur!!

Selesai bertahallul

Alhamdulillah SK telah selamat tiba ke tanah air pada jam 9.00 Pagi Ahad.

Penerbangan dari Jeddah ke KLIA tertunda selama 2 jam kerana kesesakan teruk di imigresen Lapangan Terbang Jeddah. SK terlena panjang di sepanjang penerbangan pulang. Keletihan. Sesekali terjaga kerana tekak rasa gatal lalu terbatuk. Ramai yang begitu. Batuk

Setiba di KLIA, SK disambut oleh sahabat Ad Diniyyah. Terima kasih kepada semua sahabat yang  sudi menunggu ketibaan SK sejak awal subuh.

SK juga erharu dengan persiapan sambutan dan jamuan yang disediakan setiba SK di perkarangan rumah. Terimakasih juga kepada muslimat Ad Diniyyah yang membuat persiapan makan, memasang khemah, memunggah kerusi meja menyambut kepulangan SK.

Terharu.

Banyak video dan gambar yang SK rakam di Madinah Munawarah dan Makkah Mukarramah yang ingin SK kongsi dengan pembaca blog Suraukini. Insyallah jika ada masa dan kesempatan SK akan upload secara beransur - ansur.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

(Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yang bergunting).
Mudah - mudahan Allah merahmati.
Ya Allah terimalah ibadah ku!

Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432













0 ulasan: