Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Travelog Haj suraukini.com 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travelog Haj suraukini.com 2011. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Januari 2013

Berniaga ayam goreng pun seronok di musim Haji.


Kalau ke Makkah jangan lupa pekena ayam ni.

Jutaan manusia berhimpun di Mina pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Mina  Bandar empat hari. Di luar Bulan Zulhijjah, bandar ini sunyi sepi. Dalam setahun hanya 4 hari bandar ini jadi meriah. Haji mengubah bandar ini menjadi bandar yang sibuk.  

Saksikan dalam video ini kesibukan bandar Mina  ketika musim haji. Kedai jual ayam goreng yang padat dengan manusia. Berniaga ayam pun seronok di musim haji














Selasa, 23 Oktober 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Menjelang hari Wukuf 1432 / 2011


Menjelang hari Wukuf, 2 gelang dikenakan di tangan SK untuk rekod keselamatan jemaah Haji Malaysia.

Jumaat , 4 NOV 2011 - Hari Tarwiyyah 1432

Hari Tarwiyyah adalah hari yang ke 8 dalam bulan Zulhijjah. Hari ini, umat Islam mula bergerak ke Padang Arafah untuk memulakan kerja - kerja haji. Manasik Haj. Selepas hampir 30 hari SK berada di Kota Makkah Al Mukarramah, kini saat yang ditunggu berkunjung tiba. Pagi ini semua jemaah haji di Hotel Abraj Janadriah mula bersiap untuk ke Arafah! Masing - masing mula membersihkan diri, mengandam janggut misai, memotong kuku, mandi sunat ihram, solat sunat ihram dan berihram di bilik hotel. Bersemangat! Penuh semangat!

Masing - masing dengan pakaian ihram sudah bersedia dengan bag galas. Seragam putih.  Membawa pakaian secukupnya untuk tempoh  5 atau 6 hari bermusafir Manasik Haj. Menuju ke Arafah, Muzdalifah dan Mina. Bekalan pakaian, tuala mandi, kain ihram, kain pelikat, baju, seluar, dan sedikit roti, biskut kering untuk mengalas perut. Serba ringkas. Semuanya dalam beg galas.

Bag Galas SK dan Zaujah ke Arafah  - Ringkas

Meskipun waktu sebenar kerja - kerja haji (Manasik haji)  hanya akan bermula ketika masuknya waktu zohor 9 Zulhijjah, pergerakan ke Arafah mesti dimulakan lebih awal untuk kerja - kerja logistik dan pengangkutan . Untuk menguruskan 28,000 jemaah haji Malaysia, perlukan persiapan rapi dan cekap. Lapan Zulhijjah 1432 semua jemaah sudah bergerak ke Arafah berperingkat - peringkat.

Urusan di Hotel Abraj Janadriah (Bangunan Tabung Haji Makkah) berjalan dengan lancar. Jemaah beratur panjang di lobi hotel menunggu giliran untuk menaiki bas. Hampir 2 jam SK beratur di lobi hotel. Semua jemaah bersama pasangan masing - masing, beratur untuk menaiki bas. Sangat berdisiplin dan teratur. Tujuannya hanya satu - Ke Arafah!
Di luar bangunan hotel Janadriah pula, bas berderetan sepanjang jalan, menunggu giliran untuk mengangkut jemaah haji ke Arafah. Sesak. Padat. Betul - betul sesak. Semua orang nak ke Arafah, Ada 2.5 juta manusia yang nak ke Arafah. Fikirlah ! agak - agak berapa banyak bas untuk angkut manusia seramai itu. 2.5 Juta!!. Argh! Mungkin lebih ramai dari itu.

Mungkin 3 juta!

Asap diesel dari ekzos bas mula menerobos menembusi  lubang hidung. Hitam asapnya. Berkepul - kepul. Bunyi enjin bas, bunyi hon bas, hon kereta sambung menyambung. Riuh rendah suara jemaah haji pelbagai bangsa dan bahasa. Meriah. Macam Pasar Borong Selayang. Hihihhi!

Dalam riuh rendah tu, ada 2 ,3 orang Mamat Arab cuba cilok menaiki bas jemaah haji Malaysia. Mereka belagak semacam  kakitangan Muassasah. Rajin membantu. Angkat beg, susun beg. Rajin ada maknaaaaa tu.

Hahaha!

Akhirnya mamat arab ni kantoi, mereka sebenarnya bukan kakitangan Muassasah, mereka ini sebenarnya peminta sedekah  mencari peluang untuk minta fulus dari jemaah haji Malaysia. Angkat 2, 3 beg, lepas tu mula bergerak dalam bas menagih duit. Macam - macam la Mamat  Arab ni. Ada jemaah haji yang simpati, ikhlas memberi. Ada juga yang buat muka seposen tak layan.

Sekali disergah petugas tabung haji, mamat arab ini kelam kabut turun bas. Lari. Menyusup lari. Lintang pukang. Menyusup hilang ditengah ribuan manusia. Mungkin dia menyusup ke bas lain pula untuk meminta lagi. :)

Selepas kira - kira 3 jam. Lenguh juga kaki berdiri dalam barisan di lobi hotel. Akhirnya SK bersama zaujah dapat menaiki bas No 6 . Duduk paling depan. Sebelah Pemandu. Beruntung kerana perjalanan ke Arafah tengahari itu, kami dipimpin oleh Guru Agama Tabung Haji Maktab 87,  Ustaz Zamri Zainal Abidin (Bekas Dj Radio IKIM). Ustaz Zamri nampak sangat komited dengan tugas. 

TERBAEEK!!
Ustaz Zamri Zainal Abidin - Mantan Deejay Radio IKIM 91.5

Sebelum bas bergerak, Ustaz Zamri mengingatkan kepada semua jemaah untuk sama - sama berniat haji. Masing - masing bersama Ustaz Zamri melafazkan niat mengerjakan haji. Ketika bas mula bergerak, Ustaz Zamri memulakan lafaz Talbiah.

Lihat dalam video di bawah ini. Ustaz Zamri memimpin talbiah. Semua bersemangat. Maaf kerana rakaman amatur. Bas bergoyang. :)


Semua jemaah ikut bertalbiah. Sepanjang perjalanan ke Arafah, jemaah haji lelaki bergilir - gilir mengepalai bacaan talbiah. Bersemangat.!
Perjalanan ke Arafah agak perlahan ketika bas bergerak keluar dari kota Makkah, ribuan bas menuju ke destinasi yang sama. Sekitar jam 4.00 petang, bas mula memasuki kawasan Arafah. Keadaan trafik di Arafah agak lancar. Bas yang SK naiki antara yang awal memasuki Padang Arafah. Bas nombor 6.

Kami disambut ceria oleh petugas Muassasah di Arafah. :)
Sebelum Maghrib semua urusan logistik selesai.


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A









Ahad, 23 September 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Sarapan pagi pertama di Al Madinah Al Munawwarah

Tenang - Pintu masuk Masjid Nabawi

Madinah Al Munawwarah
Selepas solat subuh Jumaat
30 September 2011 / 02 Zulkaedah 1432

Pagi ini suasana di Masjid Nabawi masih tenang. Tidak ramai jemaah haji Malaysia yang kelihatan. SK difahamkan sekitar 800 hingga 900 orang jemaah haji dari Malaysia baru tiba melalui penerbangan KT 1 dan KT 2.

Tenang betul pagi itu.

Selepas 30 minit selesai menunaikan solat Subuh bersama imam  Syeikh Solah Al Bidr, kelihatan jemaah mula berpusu - pusu keluar dari masjid.

Di luar Masjid. Di dataran Masjid Nabawi , SK terserempak dengan 7 - 8 orang lelaki Pakistan sedang asyik menjual pakaian, jubah, sejadah dan beg tangan dengan harga murah. Ramai juga jemaah yang mengerumuni mereka. Memilih jubah, tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik.

Suasana yang tenang sebelum subuh tadi kini mulai hiruk. Hingar macam bunyi di pasar . Semua peniaga - peniaga Pakistan ini meninggikan suara untuk menarik perhatian jemaah yang baru keluar dari masjid.

"Murah! Murah! 20 riyal, murah Murah!"

Mereka berdiri atas kerusi. Kelihatan mereka sangat berhati - hati ketika berurus niaga. Kalau ada baladiah (Penguatkuasa Majlis Bandaran) mereka akan cabut lari. Takut ditangkap. Mereka berniaga tanpa permit.

Video yang sempat SK rakam untuk dikongsi tonton



Peniaga ni pun agak cuak bila melihat SK merakam wajah mereka,

Lebih kurang 10 minit kelihatan sebahagian dari jemaah mula bersurai . Sebahagian kembali ke hotel untuk bersarapan pagi. Sebahagian yang lain bergerak menuju ke kedai - kedai makan untuk menikmati sarapan pagi.
Ada banyak kedai makan di sekitar Masjid Nabawi. Kebanyakan restoran menyediakan makanan ala arab yang dikendalikan oleh pekerja - pekerja Pakistan. Ramai juga pekerja - pekerja Indonesia  yang bekerja di restoran sekitar masjid Nabawi ini.
Untuk jemaah haji yang pergi ke Makkah dengan menggunakan khidmat Pakej  Tabung Haji , anda tidak perlu risau kerana sarapan pagi anda memang sudah disediakan. Selepas solat subuh anda boleh terus pulang ke hotel untuk bersarapan.

Semuanya disediakan.
Tetapi bagi jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan Muassasah pula, sarapan pagi anda tidak disediakan. Pihak muassah hanya menyediakan makan tengahari dan makan malam sahaja. Anda perlu bergerak sendiri mencari restoran dan kedai makan untuk sarapan pagi.
Jangan risau, kerana banyak restoran di sekeliling Masjid Nabawi. Dan jangan risau kerana kebanyakan pekerja di restoran ini mahir berbahasa Melayu.

Oleh kerana SK ke Mekah dengan menggunakan Perkhidmatan Muassasah, SK terpaksa bergerak sendiri mencari makan pagi tu.

Untuk mencari makanan sarapan ala melayu seperti nasi lemak, bihun, roti canai mungkin agak sukar di Madinah. Tidak seperti di Makkah. Di Makkah sangat mudah untuk mendapatkan makanan melayu pelbagai citarasa.

Kebanyakan restoran dan kedai makan menyediakan sarapan pagi ala Arab. SK terserempak dengan beberapa orang jemaah dari Malaysia yang ingin membeli sarapan pagi. Mereka keliru untuk memilih menu. :). Keliru tak tahu nak pilih menu apa, dan keliru nak komunikasi guna bahasa apa..:)
Syai bil halib dan syawarma dajaj adalah menu sarapan pertama SK di Madinah pagi itu. Syai bil halib bermaksud Teh Susu. Manakala Syawarma dajjaj ialah Kebab ayam.  Melepas gian . Lama tak pekena syawarma dajjaj original ( versi arab).

Pagi itu SK pekena dua cawan Syai bil halib dan dua biji sywarma dajaj. Kenyang menyandar!!

Rasa syai bil halib  berbeza berbanding dengan  teh tarik Malaysia. Syai bil halib arab ada campuran sedikit gula dan susu cair. Harganya SR1 sahaja.

Rombongan jemaah haji dari Syiria - Sempoi je! bersarapan di dataran masjid.

Ini adalah suasana rakaman Solat Maghrib pada Jumaat 30 September 2011. Solat Maghrib dipimpin oleh syeikh Ale Syeikh









Khamis, 20 September 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Di Lapangan Terbang Madinah Al Munawarah

Suasana di airport KLIA -
Jemaah Haji KT 2 Tahun 1432 Hijrah / 2011

Kebanyakan penerbangan - penerbangan awal jemaah haji dari Malaysia biasanya akan terus mendarat di Lapangan Terbang Bandar Suci Madinah Munawwarah. Penerbangan terus dari KLIA ke Airport Madinah. Tiada transit. Terbang terus. Menaiki pesawat MAS mengambil masa perjalanan sekitar 8 jam penerbangan
Jarak antara Airport Madinah dengan hotel penginapan di Madinah tidaklah jauh sangat. Kalau jalan tak jem, dalam masa 20 minit ke setengah jam, kita dah boleh sampai ke hotel. Yang jadi lambat ialah proses dokumentasi untuk melepasi sempadan.
Proses melepasi imigresen airport Madinah agak perlahan. Perlahan kerana prosedur agak ketat. Setiap individu yang ingin melepasi perlu beratur panjang. Tiada keistimewaan yang diberikan. Semua sama rata. Pegawai tabung haji pun perlu beratur sama seperti jemaah yang lain. Ada beberapa kaunter imegresen yang di buka.

Prosedurnya sama saja , ambil gambar, scan ibu jari, scan semua jari untuk direkodkan dalam data sistem komputer. Semuanya dilakukan seorang demi seorang. Semuanya Slow and steady. Jangan harap anda akan dilayan seperti VIP. Ada jutaan lagi manusia yang perlu berbaris seperti anda. Melakukan proses yang sama. Semuanya slow and steady.
Pesawat yang SK naiki, pesawat MAS KT2 tiba di Airport Madinah. Ketika itu waktu sudah menunjukkan jam 3.30 petang waktu tempatan.  Mungkin juga jam 4.00 petang ketika itu . SK tak ingat sangat. Masih ada waktu zohor ketika itu. Jemaah menunaikan solat zohor dan asar secara jama' taqdim di ruang legar airport.
Ada jemaah berbaris panjang menunggu giliran mengambil wudhuk di pintu tandas. Ada yang berwudhuk dengan menggunakan botol spray yang diberi percuma oleh Tabung haji. Botol spray  untuk wudhuk ini diagih - agihkan oleh pihak Tabung Haji ketika SK mengikuti Kursus Perdana di Putrajaya.

Lepas berwudhuk, masing - masing solat berjemaah tapi berselerakan. Keliru. Mana satu imam yang perlu diikut. Banyak kumpulan jemaah yang mendirikan solat, tapi berasingan. Suasana yang agak kurang comel. Sepatutnya semua jemaah berjemaah dengan satu imam. Tak pasti kenapa suasana jadi begitu.??
Lepas solat masing - masing bergerak ke kaunter imigresen berbaris untuk melepasi kaunter. 
Dua jam berdiri menunggu giliran di kaunter. Agak lama juga berdiri. Tapi masih boleh bersabar kerana sudah agak biasa dengan kerenah imigresen di  negara Arab. Sian kat mak cik - mak cik dan pak cik - pak cik yang sudah berumur. Lenguh berdiri Yeop! Kejap - kejap berdiri, kejap - kejap bercangkung, kejap - kejap melunjur. Lenguh Yeop lenguh!
SK pernah berurusan selama 16 jam  di imigresen Arab di Teluk Aqabah Jordan untuk melepasi sempadan menuju ke Mesir pada tahun 1994 satu ketika dulu. 16 Jam yeop! Kejang lutut dan otak!Kalau setakat 2 jam berdiri di imigresen Madinah tu, kira ok.  Insyaallah masih boleh cool. :)  
Seingat SK urusan di imigresen selesai ketika masuknya waktu Maghrib. Ketika azan isyak berkumandang baru lah bas bergerak menuju ke hotel Movenpick yang jaraknya tak sampai 30 minit menaiki bas.

SK tiba di perkarangan hotel Movenpick sekitar jam 8.00 malam. Punggah beg ke bilik, bersihkan diri dan bergegas Bersiap untuk menziarahi Rasullullah S.A.W

Hotel Movenpick penuh kenangan - 8 hari SK menginap hotel ini

Tips di Airport Madinah dari SK
Banyak panduan yang telah diberikan oleh pihak Tabung Haji untuk jemaah haji khasnya ketika berurusan di airport. SK ingin berkongsi tips tambahan untuk kebaikan bersama yang mungkin tidak ada dalam buku panduan.
Jangan lupa pakai gelang ini sepanjang masa, khususnya ketika berada di tanah suci Makkah dan Madinah.

Tips dari SK di Airport untuk di kongsi bersama bakal jemaah haji.
  • Jangan beli simcard telefon yang dijual oleh pekerja - pekerja cuci Airport. Harga simcard telefon yang dijual oleh pekerja airport ini jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga yang dibeli di kedai sekitar hotel di Madinah. Sabar je dulu. Sampai di hotel nanti boleh ronda kedai beli simcard. Jangan sampai kena tipu.


Top up Card - Mobily
  • Anda akan bertemu dengan  pekerja - pekerja yang ditugaskan untuk memunggah beg jemaah haji ke bas. Mereka dibayar gaji. Sebahagian dari mereka akan menganbil kesempatan untuk meminta "baksyis" atau duit upah tambahan. Terpulanglah kepada budi bicara anda untuk beri atau tidak. Kalau tak nak bagi, tolak dengan baik. Jangan mengherdik . Anda di tanah suci. Jangan tinggikan suara di bumi Rasulullah S.A.W disemadikan ini. Sendiri Mau ingat!






Rabu, 5 September 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Rakaman Kubah Masjid Nabawi.



Ada apa di atas kubah ini?

Ada persoalan yang bermain di benak fikiran. Apakah objek yang terdapat di atas kubah Masjid Nabi ini?

Lihat rakaman kubah masjid Nabawi ini. Ada apa di atas kubah ini? Anda tau jawapannya??
Hanya Allah yang tahu kisah yang sebenarnya. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


Ketahui kisah selanjutnya tentang video ini di sini.

Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432









Rabu, 11 April 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - TV Madinah online


Lapan hari berada di Kota suci Madinah, banyak meninggalkan kenangan. Sebilik empat orang. Haji Kamaruddin dari Kampung Melayu Subang, Haji Fuad dari Pandan Indah dan Haji Bambang dari Selayang. Bilik sangat selesa. Tenang. Movenpick Anwar Madinah hotel 5 Bintang. Terletak hampir benar dengan Masjid Nabi.

Seharian berulang alik ke Masjid Nabawi setiap waktu solat tidak terasa cabarannya. Tidak seperti di Makkah. Di Makkah , jarak hotel ke Masjid Haram hampir 850 meter. Memang mencabar. Mendaki bukit. Turun naik bukit 5 kali sehari semalam boleh mengurangkan lemak. :)


Bilik SK & The Gang di Movenpick

Setiap kali pulang ke bilik hotel, biasanya TV sudah terpasang. Dua puluh empat jam sehari. TV Live suasana di Madinah. Rancangan ini sebenarnya bukan dipancarkan di Madinah sahaja. Malah ke seluruh dunia  yang dipancarkan di internet secara Online streaming.

TV ini biasanya memaparkan suasana semasa di persekitaran Masjid Nabi, Dalam masjid, kawasan Raudhah dan perkuburan Baqi'. Untuk lebih menghayati bagaimana rancangan ini, SK sertakan video di bawah ini.

Semoga bertambah rasa cinta terhadap Rasulullah yang bersemadi di masjid ini.







Sabtu, 7 April 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Lagi gambar Abraj Al Bait


Gambar - gambar Abarj Al Bait dari pelbagai sudut untuk dikongsi bersama. Pembaca blog mungkin sudah membaca artikel tentang menara jam tertinggi ini di sini. SK ingin share kat sini beberapa keping lagi gambar menara yang tinggi ini. 


Satu sudut gambar Menara Al Bait yang diambil dari tingkat satu Babul Fatah.
(Samsung wave II GT-8530)


Pancaran spot light dari menara di waktu malam . Anak bulan Zulhijjah sudah agak membesar pada tarikh ini . 6 Zulhijjah 1432. Tiga hari sebelum wukuf.


Ni gambar lama. Gambar tahun 2009. Ramadhan 1430. SK sempat rakam gambar menara ini yang sedang dalam pembinaan. Nampak tak banyak kren di atas menara? Masa ni SK tak tahu pun jam besar akan diletakkan di menara ini.


Pemandangan dari tingkat paling atas Bab Abdul Aziz. Kelihatan sebahagian dari menara Abraj dari sudut ini. Pak Arab bersantai menunggu azan maghrib untuk berbuka puasa Ramadhan 1430.


Saat berbuka puasa bersama Pak Habib Ismail. Pekena Kahwah Arab yang pekat (Kopi arab). berlatar belakangkan menara Abraj Al Bait yang sedang dalam pembinaan.











Ahad, 1 April 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Gambar sekitar masjidil Haram


SK sempat merakam beberapa gambar sekitar Masjidil Haram untuk diabadikan dalam blog ini. Di atas adalah gambar Hotel Hilton. Satu ketika dulu hotel ini begitu gah kerana ia adalah antara hotel yang tinggi yang terletak bersebelahan dengan masjid.

Hari ini hotel ini sudah nampak kerdil apabila menara jam Abraj Ahlil Bait tertegak bersebelahannya. Gambar di atas bertarikh 29 Oktober 2011. Beberapa hari sebelum hari wukuf.


Lihat betapa tingginya Abraj Al Bait. Mendongak. Silau. Kebetulan matahari betul - betul tegak di atas kepala.  Tak boleh bukak mata. Snap je! hasilnya seperti gambar di atas. Nampak matahari memancarkan cahaya di belakang Abraj selepas solat zohor.

Ketahui lebih lanjut tentang Abraj Al bait di sini. (KLIK) 


Hotel Al Sofaa Towers terletak bersebelahan Abraj. Sini lah port kalau nak pekena roti canai di Restoran Malaysia.
 
Pak arab bersantai di Sofaa Towers selepas solat zohor, menanti waktu asar. Ruang makan yang luas di sini. Banyak kedai makan pelbagai citarasa.

Kren pembinaan berceracak di sebelah Babul Fatah. Pembangunan rancak di bahagian ini. Bekerja 24 jam sehari untuk menyiapkan pelebaran Masjid. Siang malam tanpa henti. Makkah memang pasti akan lebih hebat beberapa tahun akan datang.


Suasana waktu malam. Pembangunan yang rancak di sebelah Babul Fatah !

Projek pembangunan ini akan mengambil masa yang panjang. Lihat video 3D perancangan pembinaan

 Link Berkaitan Travelog Haji suraukini.com 2011 / 1432














Khamis, 22 Mac 2012

Travelog Haj 1432 - Rakaman santai sewaktu di Makkah


Hotel Abraj Janadriah

SK dah lama teringin nak berkongsi gambar gambar semasa di Makkah Mukarramah. Banyak gambar yang ingin dikongsi, tapi masa agak mencemburui. Tak sempat nak muatnaikkan gambar ke blog. :(. Malam ni SK cuba untuk upload beberapa keping. Gambar - gambar santai jer ni. Sambil mengimbau kenangan di tanah suci tempohari.

Gambar di atas adalah gambar hotel tempat penginapan SK selama berada di Makkah. Lebih 30 hari SK berada di hotel ini. Hotel ini juga merupakan Pejabat Tabung Haji. Lebih 6000 jemaah menginap di sini. Jarak antara hotel ke Masjid sekitar 850 meter. Berulang alik ke masjid mendaki bukit.

Boleh tahan juga jaraknya tu!! Tengok gambar kat bawah ni!

Laluan dari Masjid ke hotel. Nampak bukit tu??

Semua kemudahan lengkap di hotel ini. Klinik, bank, kedai dobi, restoran,  kedai makan melayu, roti canai, teh tarik , semua ada di sini.


Nasi lemak pun ada. Ni Nasi lemak versi Makkah.
Mandy Laham!! sure terangkat
Sesekali melepas geram. Bosan dengan nasi lemak, pekena nasi Mandy. Kambing selonggok. Nasi lembut. Pekena nasi mandy dengan laban (yogurt) memang syiokkk!!

SK saja letak gambar nasi mandy ni, nak bagi cinagambar terliur. :) 


Kalau teringin makan ayam goreng, biasanya kedai ini la menjadi tumpuan. terletak kira - kira 300 meter je dari Hotel abraj Janadriyah. Ayam goreng panas - panas. 12 riyal harganya. :). Harga ayam ni meningkat sampai 15 riyal bila tiba waktu puncak. Orang ramai , harga dah jadi lain.


Sorrafa : Maksudnya Kedai money changer - kedainya sempoi je. Tiada pengawal keselamatan. Duit berlonggok - longgok atas meja. Semuanya aman, tiada penyamun.:) .

Semoga gambar - gambar ini dapat memotivasi diri anda untuk ke sana juga nanti. :) Azam dihati ye!

Moga - moga sampai ke sana nanti, Insyallah!!

Jumpa lagi di catatan travelog haj yg lain. Wassalam!

Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432