Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Madinah Al Munawwarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Madinah Al Munawwarah. Papar semua catatan

Ahad, 31 Ogos 2014

Selamat berangkat ke tanah suci . Lintas Langsung live TV dari Makkah dan Madinah.


SK mengucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci kepada semua jemaah Haji 1435 / 2014. Semoga Allah permudahkan urusan sepanjang perjalanan pergi dan balik. Sabar dan tabah dengan sedikit ujian sepanjang musafir rohani . 

 Mudah - mudahan dikurniakan Haji Mabrur.

Tonton lintas langsung dari Masjidl Haram di sini


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja
Masjid Nurul Iman, Daerah Snoul , Wilayah Keracheh Cambodia

Isnin, 10 Februari 2014

Video kebakaran Hotel Ishraq Al Madina di Madinah Al Munawwarah



Satu kebakaran Hotel Ishraq Al-Madina di Madinah pada Sabtu telah menyebabkan 15 jemaah maut dan mencederakan 130 yang lain, lapor agensi berita SPA.

Kabakaran dilaporkan berlaku 2.33 petang Sabtu waktu tempatan dan kira-kira pukul 8 malam waktu Malaysia.

Agensi tersebut melaporkan, beberapa pegawai yang ditemui berkata kira-kira 700 jemaah telah menginap di hotel di bandar barat Madinah untuk melaksanakan umrah.

Laporan sebelum ini berkata 12 orang terbunuh dalam kebakaran tersebut.

Stesen-stesen televisyen di Mesir berkata rakyat Mesir dan Turki adalah antara mereka yang terkorban dan jurucakap Kementerian Luar, Badr Abdelatty berkata Kaherah masih cuba untuk mengesahkan jumlah warga mereka yang meninggal dunia.

"Api tersebut mengakibatkan kematian 15 jemaah dan disebabkan oleh pengsan, pendarahan dan serangan jantung dan pernafasan . Kami juga merawat 30 kes lemas akibat kebakaran," kata Mohammed Mahmoud Kheyat , jurucakap Bulan Sabit Merah Arab di Madinah kepada agesi berita tersebut.

Kebakaran berlaku pada waktu petang dan berjaya dikawal beberapa jam kemudian oleh lebih daripada 110 anggota Bomba dan Pertahanan Awam Arab Saudi.

Mereka yang terselamat berpindah ke hotel lain di bandar tersebut.

Pihak berkuasa melakukan siasatan punca kebakaran itu dan mengatakan kerja-kerja penyelenggaraan di hotel itu litar pintas mungkin menjadi punca hotel tersebut terbakar.


 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 6 Januari 2013

Syeikh Budair memimpin Solat Maghrib 5 Januari 2013

Sheikh Solah Al Budair - Imam Masjid Nabawi

Suasana di Masjid Nabawi pada 5 Januari 2013. Syeikh Budair memimpin Solat Maghrib. Rsai ketenangan bacaan Syeikh Budair







Rabu, 19 Disember 2012

Projek Jalan Keretapi Makkah - Madinah Visual 3D



MEKAH – Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Laluan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain.
Projek pertama adalah laluan Jeddah - Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal.

“Rundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis
 
Projek dalam pembinaan
 
 

 
 
S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 









Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Selasa, 16 Oktober 2012

Syeikh Bidr memimpin Solat Maghrib 15 Oktober 2012



Selamat datang Zulhijjah 1433!!

Ketika ini majoriti jemaah Haji Malaysia sudah berada di Kota Suci Makkah. Tinggal beberapa hari lagi untuk wukuf. Suasana di Madinah masih lagi padat seperti yang dirakam dalam video ini. Dengarkan kemerduan suara Syeikh Solah Al Bidr. Rakaman semalam 15 Oktober 2012 / 29 Zulkaedah 1433.

Suaranya unik - lunak - tersendiri.
 









Ahad, 23 September 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Sarapan pagi pertama di Al Madinah Al Munawwarah

Tenang - Pintu masuk Masjid Nabawi

Madinah Al Munawwarah
Selepas solat subuh Jumaat
30 September 2011 / 02 Zulkaedah 1432

Pagi ini suasana di Masjid Nabawi masih tenang. Tidak ramai jemaah haji Malaysia yang kelihatan. SK difahamkan sekitar 800 hingga 900 orang jemaah haji dari Malaysia baru tiba melalui penerbangan KT 1 dan KT 2.

Tenang betul pagi itu.

Selepas 30 minit selesai menunaikan solat Subuh bersama imam  Syeikh Solah Al Bidr, kelihatan jemaah mula berpusu - pusu keluar dari masjid.

Di luar Masjid. Di dataran Masjid Nabawi , SK terserempak dengan 7 - 8 orang lelaki Pakistan sedang asyik menjual pakaian, jubah, sejadah dan beg tangan dengan harga murah. Ramai juga jemaah yang mengerumuni mereka. Memilih jubah, tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik.

Suasana yang tenang sebelum subuh tadi kini mulai hiruk. Hingar macam bunyi di pasar . Semua peniaga - peniaga Pakistan ini meninggikan suara untuk menarik perhatian jemaah yang baru keluar dari masjid.

"Murah! Murah! 20 riyal, murah Murah!"

Mereka berdiri atas kerusi. Kelihatan mereka sangat berhati - hati ketika berurus niaga. Kalau ada baladiah (Penguatkuasa Majlis Bandaran) mereka akan cabut lari. Takut ditangkap. Mereka berniaga tanpa permit.

Video yang sempat SK rakam untuk dikongsi tonton



Peniaga ni pun agak cuak bila melihat SK merakam wajah mereka,

Lebih kurang 10 minit kelihatan sebahagian dari jemaah mula bersurai . Sebahagian kembali ke hotel untuk bersarapan pagi. Sebahagian yang lain bergerak menuju ke kedai - kedai makan untuk menikmati sarapan pagi.
Ada banyak kedai makan di sekitar Masjid Nabawi. Kebanyakan restoran menyediakan makanan ala arab yang dikendalikan oleh pekerja - pekerja Pakistan. Ramai juga pekerja - pekerja Indonesia  yang bekerja di restoran sekitar masjid Nabawi ini.
Untuk jemaah haji yang pergi ke Makkah dengan menggunakan khidmat Pakej  Tabung Haji , anda tidak perlu risau kerana sarapan pagi anda memang sudah disediakan. Selepas solat subuh anda boleh terus pulang ke hotel untuk bersarapan.

Semuanya disediakan.
Tetapi bagi jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan Muassasah pula, sarapan pagi anda tidak disediakan. Pihak muassah hanya menyediakan makan tengahari dan makan malam sahaja. Anda perlu bergerak sendiri mencari restoran dan kedai makan untuk sarapan pagi.
Jangan risau, kerana banyak restoran di sekeliling Masjid Nabawi. Dan jangan risau kerana kebanyakan pekerja di restoran ini mahir berbahasa Melayu.

Oleh kerana SK ke Mekah dengan menggunakan Perkhidmatan Muassasah, SK terpaksa bergerak sendiri mencari makan pagi tu.

Untuk mencari makanan sarapan ala melayu seperti nasi lemak, bihun, roti canai mungkin agak sukar di Madinah. Tidak seperti di Makkah. Di Makkah sangat mudah untuk mendapatkan makanan melayu pelbagai citarasa.

Kebanyakan restoran dan kedai makan menyediakan sarapan pagi ala Arab. SK terserempak dengan beberapa orang jemaah dari Malaysia yang ingin membeli sarapan pagi. Mereka keliru untuk memilih menu. :). Keliru tak tahu nak pilih menu apa, dan keliru nak komunikasi guna bahasa apa..:)
Syai bil halib dan syawarma dajaj adalah menu sarapan pertama SK di Madinah pagi itu. Syai bil halib bermaksud Teh Susu. Manakala Syawarma dajjaj ialah Kebab ayam.  Melepas gian . Lama tak pekena syawarma dajjaj original ( versi arab).

Pagi itu SK pekena dua cawan Syai bil halib dan dua biji sywarma dajaj. Kenyang menyandar!!

Rasa syai bil halib  berbeza berbanding dengan  teh tarik Malaysia. Syai bil halib arab ada campuran sedikit gula dan susu cair. Harganya SR1 sahaja.

Rombongan jemaah haji dari Syiria - Sempoi je! bersarapan di dataran masjid.

Ini adalah suasana rakaman Solat Maghrib pada Jumaat 30 September 2011. Solat Maghrib dipimpin oleh syeikh Ale Syeikh









Khamis, 20 September 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Di Lapangan Terbang Madinah Al Munawarah

Suasana di airport KLIA -
Jemaah Haji KT 2 Tahun 1432 Hijrah / 2011

Kebanyakan penerbangan - penerbangan awal jemaah haji dari Malaysia biasanya akan terus mendarat di Lapangan Terbang Bandar Suci Madinah Munawwarah. Penerbangan terus dari KLIA ke Airport Madinah. Tiada transit. Terbang terus. Menaiki pesawat MAS mengambil masa perjalanan sekitar 8 jam penerbangan
Jarak antara Airport Madinah dengan hotel penginapan di Madinah tidaklah jauh sangat. Kalau jalan tak jem, dalam masa 20 minit ke setengah jam, kita dah boleh sampai ke hotel. Yang jadi lambat ialah proses dokumentasi untuk melepasi sempadan.
Proses melepasi imigresen airport Madinah agak perlahan. Perlahan kerana prosedur agak ketat. Setiap individu yang ingin melepasi perlu beratur panjang. Tiada keistimewaan yang diberikan. Semua sama rata. Pegawai tabung haji pun perlu beratur sama seperti jemaah yang lain. Ada beberapa kaunter imegresen yang di buka.

Prosedurnya sama saja , ambil gambar, scan ibu jari, scan semua jari untuk direkodkan dalam data sistem komputer. Semuanya dilakukan seorang demi seorang. Semuanya Slow and steady. Jangan harap anda akan dilayan seperti VIP. Ada jutaan lagi manusia yang perlu berbaris seperti anda. Melakukan proses yang sama. Semuanya slow and steady.
Pesawat yang SK naiki, pesawat MAS KT2 tiba di Airport Madinah. Ketika itu waktu sudah menunjukkan jam 3.30 petang waktu tempatan.  Mungkin juga jam 4.00 petang ketika itu . SK tak ingat sangat. Masih ada waktu zohor ketika itu. Jemaah menunaikan solat zohor dan asar secara jama' taqdim di ruang legar airport.
Ada jemaah berbaris panjang menunggu giliran mengambil wudhuk di pintu tandas. Ada yang berwudhuk dengan menggunakan botol spray yang diberi percuma oleh Tabung haji. Botol spray  untuk wudhuk ini diagih - agihkan oleh pihak Tabung Haji ketika SK mengikuti Kursus Perdana di Putrajaya.

Lepas berwudhuk, masing - masing solat berjemaah tapi berselerakan. Keliru. Mana satu imam yang perlu diikut. Banyak kumpulan jemaah yang mendirikan solat, tapi berasingan. Suasana yang agak kurang comel. Sepatutnya semua jemaah berjemaah dengan satu imam. Tak pasti kenapa suasana jadi begitu.??
Lepas solat masing - masing bergerak ke kaunter imigresen berbaris untuk melepasi kaunter. 
Dua jam berdiri menunggu giliran di kaunter. Agak lama juga berdiri. Tapi masih boleh bersabar kerana sudah agak biasa dengan kerenah imigresen di  negara Arab. Sian kat mak cik - mak cik dan pak cik - pak cik yang sudah berumur. Lenguh berdiri Yeop! Kejap - kejap berdiri, kejap - kejap bercangkung, kejap - kejap melunjur. Lenguh Yeop lenguh!
SK pernah berurusan selama 16 jam  di imigresen Arab di Teluk Aqabah Jordan untuk melepasi sempadan menuju ke Mesir pada tahun 1994 satu ketika dulu. 16 Jam yeop! Kejang lutut dan otak!Kalau setakat 2 jam berdiri di imigresen Madinah tu, kira ok.  Insyaallah masih boleh cool. :)  
Seingat SK urusan di imigresen selesai ketika masuknya waktu Maghrib. Ketika azan isyak berkumandang baru lah bas bergerak menuju ke hotel Movenpick yang jaraknya tak sampai 30 minit menaiki bas.

SK tiba di perkarangan hotel Movenpick sekitar jam 8.00 malam. Punggah beg ke bilik, bersihkan diri dan bergegas Bersiap untuk menziarahi Rasullullah S.A.W

Hotel Movenpick penuh kenangan - 8 hari SK menginap hotel ini

Tips di Airport Madinah dari SK
Banyak panduan yang telah diberikan oleh pihak Tabung Haji untuk jemaah haji khasnya ketika berurusan di airport. SK ingin berkongsi tips tambahan untuk kebaikan bersama yang mungkin tidak ada dalam buku panduan.
Jangan lupa pakai gelang ini sepanjang masa, khususnya ketika berada di tanah suci Makkah dan Madinah.

Tips dari SK di Airport untuk di kongsi bersama bakal jemaah haji.
  • Jangan beli simcard telefon yang dijual oleh pekerja - pekerja cuci Airport. Harga simcard telefon yang dijual oleh pekerja airport ini jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga yang dibeli di kedai sekitar hotel di Madinah. Sabar je dulu. Sampai di hotel nanti boleh ronda kedai beli simcard. Jangan sampai kena tipu.


Top up Card - Mobily
  • Anda akan bertemu dengan  pekerja - pekerja yang ditugaskan untuk memunggah beg jemaah haji ke bas. Mereka dibayar gaji. Sebahagian dari mereka akan menganbil kesempatan untuk meminta "baksyis" atau duit upah tambahan. Terpulanglah kepada budi bicara anda untuk beri atau tidak. Kalau tak nak bagi, tolak dengan baik. Jangan mengherdik . Anda di tanah suci. Jangan tinggikan suara di bumi Rasulullah S.A.W disemadikan ini. Sendiri Mau ingat!






Rabu, 5 September 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Rakaman Kubah Masjid Nabawi.



Ada apa di atas kubah ini?

Ada persoalan yang bermain di benak fikiran. Apakah objek yang terdapat di atas kubah Masjid Nabi ini?

Lihat rakaman kubah masjid Nabawi ini. Ada apa di atas kubah ini? Anda tau jawapannya??
Hanya Allah yang tahu kisah yang sebenarnya. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


Ketahui kisah selanjutnya tentang video ini di sini.

Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432









Rabu, 11 April 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - TV Madinah online


Lapan hari berada di Kota suci Madinah, banyak meninggalkan kenangan. Sebilik empat orang. Haji Kamaruddin dari Kampung Melayu Subang, Haji Fuad dari Pandan Indah dan Haji Bambang dari Selayang. Bilik sangat selesa. Tenang. Movenpick Anwar Madinah hotel 5 Bintang. Terletak hampir benar dengan Masjid Nabi.

Seharian berulang alik ke Masjid Nabawi setiap waktu solat tidak terasa cabarannya. Tidak seperti di Makkah. Di Makkah , jarak hotel ke Masjid Haram hampir 850 meter. Memang mencabar. Mendaki bukit. Turun naik bukit 5 kali sehari semalam boleh mengurangkan lemak. :)


Bilik SK & The Gang di Movenpick

Setiap kali pulang ke bilik hotel, biasanya TV sudah terpasang. Dua puluh empat jam sehari. TV Live suasana di Madinah. Rancangan ini sebenarnya bukan dipancarkan di Madinah sahaja. Malah ke seluruh dunia  yang dipancarkan di internet secara Online streaming.

TV ini biasanya memaparkan suasana semasa di persekitaran Masjid Nabi, Dalam masjid, kawasan Raudhah dan perkuburan Baqi'. Untuk lebih menghayati bagaimana rancangan ini, SK sertakan video di bawah ini.

Semoga bertambah rasa cinta terhadap Rasulullah yang bersemadi di masjid ini.







Khamis, 15 Disember 2011

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Saat payung di buka



Saat Payung tertutup - di belakang ialah Hotel Movenpick Anwar Al Madinah

Di Masjid Nabawi Madinah, 20 minit selepas tamatnya waktu solat subuh, anda akan berpeluang untuk menyaksikan payung besar di dataran Masjid Nabi ini dibuka. SK sempat merakam saat payung dibuka. Lihat di dalam video ini saat payung dibuka perlahan - lahan.

Takde koreje ..... payung dibuka pun nak rakam  hahahha



Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja









Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Rabu, 14 Disember 2011

Travelog Haj 1432 - Lapan hari di Movenpick Anwar Madinah


Bilik Penginapan SK - Bilik 6126 Hotel Movenpick Anwar Madinah

SK berada di bumi Madinah Munawarah selama 8 hari. Mulai 29 September 2011 hingga 8 Oktober 2011. Menginap di bilik 6126 hotel Movenpick Anwar Madinah. Empat orang sebilik. Bilik yang sangat selesa. Hotel yang sangat hampir dengan Masjid Nabi. Jaraknya lebih kurang 50 meter sahaja. Senang berulang alik ke masjid.
Ada beberapa keping gambar yang sempat SK rakam ketika berada di hotel ini untuk dikongsi bersama.



Kaunter Movenpick


4 orang sebilik - masih selesa di musim haji begini


Tenang dan santai. Nak tau apa rancangan di TV ini Klik Sini


Lobi hotel

Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 23 November 2011

Travelog Haj 1432 - Raudhah Al Mutahharah yang tenang


Mehrab Nabi - Kawasan tumpuan di dalam kawasan Raudhah

Rasulullah S.A.W ada menyebut dalam sebuah hadith
Ù‚َالَ رسول الله صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ :
Ù…َا بَÙŠْÙ†َ بَÙŠْتِÙŠ ÙˆَÙ…ِÙ†ْبَرِÙŠ رَÙˆْضَØ©ٌ Ù…ِÙ†ْ رِÙŠَاضِ الْجَÙ†َّØ©ِ ÙˆَÙ…ِÙ†ْبَرِÙŠ عَÙ„َÙ‰ Ø­َÙˆْضِÙŠ
صحيح البخاري

"Antara rumahku dan mimbarku ada taman (Raudhah) dari taman - taman syurga, dan mimbarku di atas telaga Haudh"

Raudhah Al Mutahharah di Masjid Nabawi adalah kawasan tumpuan jemaah haji dan umrah. Ia adalah tempat yang sangat mulia. Di sinilah tempat Rasulullah S.A.W dan para sahabat sering beriktikaf dan beribadat. Sebahagian dari wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah di turunkan disini. Jarang benar kawasan Raudhah ini lengang. Biasanya kawasan ini  padat. Jemaah berasak - asak untuk mendapatkan ruang untuk beriktikaf.

Ada juga yang berasak - asak sekadar untuk berdiri dan berdoa di kawasan ini.

Ini adalah kawasan yang disebut sebagai kawasan yang mustajab untuk berdoa. Bersyukurlah kalau anda dapat masuk ke kawasan ini tanpa bersesak - sesak.

(Anda boleh bezakan kawasan Raudhah dengan kawasan yang lain dengan mengecam warna karpetnya. Warna karpet di kawasan Raudhah ialah warna hijau seperti gambar di bawah. Panjang kawasan Raudah al Mutahharah ialah 26 meter dan lebarnya 15 meter)




Warna karpet di kawasan Raudhah


Karpet bukan kawasan Raudhah

SK sempat merakam suasana tenang di taman raudhah ini selepas solat subuh Sabtu 01 Oktober 2011. Video dan gambar  ini mungkin boleh memberi sedikit gambaran kepada anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke kota suci ini.

Syukur kepada Allah yang memberi peluang ini.

Alhamdulillah!!