Rabu, 11 April 2012

Travelog Haj 1432 suraukini.com - TV Madinah online


Lapan hari berada di Kota suci Madinah, banyak meninggalkan kenangan. Sebilik empat orang. Haji Kamaruddin dari Kampung Melayu Subang, Haji Fuad dari Pandan Indah dan Haji Bambang dari Selayang. Bilik sangat selesa. Tenang. Movenpick Anwar Madinah hotel 5 Bintang. Terletak hampir benar dengan Masjid Nabi.

Seharian berulang alik ke Masjid Nabawi setiap waktu solat tidak terasa cabarannya. Tidak seperti di Makkah. Di Makkah , jarak hotel ke Masjid Haram hampir 850 meter. Memang mencabar. Mendaki bukit. Turun naik bukit 5 kali sehari semalam boleh mengurangkan lemak. :)


Bilik SK & The Gang di Movenpick

Setiap kali pulang ke bilik hotel, biasanya TV sudah terpasang. Dua puluh empat jam sehari. TV Live suasana di Madinah. Rancangan ini sebenarnya bukan dipancarkan di Madinah sahaja. Malah ke seluruh dunia  yang dipancarkan di internet secara Online streaming.

TV ini biasanya memaparkan suasana semasa di persekitaran Masjid Nabi, Dalam masjid, kawasan Raudhah dan perkuburan Baqi'. Untuk lebih menghayati bagaimana rancangan ini, SK sertakan video di bawah ini.

Semoga bertambah rasa cinta terhadap Rasulullah yang bersemadi di masjid ini.







0 ulasan: