Rabu, 14 September 2011

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Jadual Penerbangan Haji Musim 1432 / 2011


Lambaian Kaabah. Menunggu detik seruan!

Tahniah kepada semua Bakal Jemaah Haji Malaysia yang sudah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH SWT untuk musim haji 2011. Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih anda menjadi salah seorang daripada berjuta tetamu-Nya dari seluruh dunia. Masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar.

Insyallah tahun ini SK dan zaujah  diberi peluang sekali lagi untuk ke Makkah menunaikan rukun Islam ke lima.
Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2011 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
6. Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
7. Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

SK: Masih menanti jadual penerbangan. gegendang telinga dah mula terdengar - dengar alunan suara Syeikh Maher Al Muaiqly mengimamkan solat di masjidil haram
Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432




0 ulasan: