Menjelang hari Wukuf, 2 gelang dikenakan di tangan SK untuk rekod keselamatan jemaah Haji Malaysia.
Jumaat , 4 NOV 2011 - Hari Tarwiyyah 1432
Hari Tarwiyyah adalah hari yang ke 8 dalam bulan Zulhijjah. Hari ini, umat Islam mula bergerak ke Padang Arafah untuk memulakan kerja - kerja haji. Manasik Haj. Selepas hampir 30 hari SK berada di Kota Makkah Al Mukarramah, kini saat yang ditunggu berkunjung tiba. Pagi ini semua jemaah haji di Hotel Abraj Janadriah mula bersiap untuk ke Arafah! Masing - masing mula membersihkan diri, mengandam janggut misai, memotong kuku, mandi sunat ihram, solat sunat ihram dan berihram di bilik hotel. Bersemangat! Penuh semangat!
Masing - masing dengan pakaian ihram sudah bersedia dengan bag galas. Seragam putih. Membawa pakaian secukupnya untuk tempoh 5 atau 6 hari bermusafir Manasik Haj. Menuju ke Arafah, Muzdalifah dan Mina. Bekalan pakaian, tuala mandi, kain ihram, kain pelikat, baju, seluar, dan sedikit roti, biskut kering untuk mengalas perut. Serba ringkas. Semuanya dalam beg galas.
Meskipun waktu sebenar kerja - kerja haji (Manasik haji) hanya akan bermula ketika masuknya waktu zohor 9 Zulhijjah, pergerakan ke Arafah mesti dimulakan lebih awal untuk kerja - kerja logistik dan pengangkutan . Untuk menguruskan 28,000 jemaah haji Malaysia, perlukan persiapan rapi dan cekap. Lapan Zulhijjah 1432 semua jemaah sudah bergerak ke Arafah berperingkat - peringkat.

Bag Galas SK dan Zaujah ke Arafah - Ringkas
Meskipun waktu sebenar kerja - kerja haji (Manasik haji) hanya akan bermula ketika masuknya waktu zohor 9 Zulhijjah, pergerakan ke Arafah mesti dimulakan lebih awal untuk kerja - kerja logistik dan pengangkutan . Untuk menguruskan 28,000 jemaah haji Malaysia, perlukan persiapan rapi dan cekap. Lapan Zulhijjah 1432 semua jemaah sudah bergerak ke Arafah berperingkat - peringkat.
Urusan di Hotel Abraj Janadriah (Bangunan Tabung Haji Makkah) berjalan dengan lancar. Jemaah beratur panjang di lobi hotel menunggu giliran untuk menaiki bas. Hampir 2 jam SK beratur di lobi hotel. Semua jemaah bersama pasangan masing - masing, beratur untuk menaiki bas. Sangat berdisiplin dan teratur. Tujuannya hanya satu - Ke Arafah!
Di luar bangunan hotel Janadriah pula, bas berderetan sepanjang jalan, menunggu giliran untuk mengangkut jemaah haji ke Arafah. Sesak. Padat. Betul - betul sesak. Semua orang nak ke Arafah, Ada 2.5 juta manusia yang nak ke Arafah. Fikirlah ! agak - agak berapa banyak bas untuk angkut manusia seramai itu. 2.5 Juta!!. Argh! Mungkin lebih ramai dari itu.
Mungkin 3 juta!
Asap diesel dari ekzos bas mula menerobos menembusi lubang hidung. Hitam asapnya. Berkepul - kepul. Bunyi enjin bas, bunyi hon bas, hon kereta sambung menyambung. Riuh rendah suara jemaah haji pelbagai bangsa dan bahasa. Meriah. Macam Pasar Borong Selayang. Hihihhi!
Dalam riuh rendah tu, ada 2 ,3 orang Mamat Arab cuba cilok menaiki bas jemaah haji Malaysia. Mereka belagak semacam kakitangan Muassasah. Rajin membantu. Angkat beg, susun beg. Rajin ada maknaaaaa tu.
Hahaha!
Akhirnya mamat arab ni kantoi, mereka sebenarnya bukan kakitangan Muassasah, mereka ini sebenarnya peminta sedekah mencari peluang untuk minta fulus dari jemaah haji Malaysia. Angkat 2, 3 beg, lepas tu mula bergerak dalam bas menagih duit. Macam - macam la Mamat Arab ni. Ada jemaah haji yang simpati, ikhlas memberi. Ada juga yang buat muka seposen tak layan.
Sekali disergah petugas tabung haji, mamat arab ini kelam kabut turun bas. Lari. Menyusup lari. Lintang pukang. Menyusup hilang ditengah ribuan manusia. Mungkin dia menyusup ke bas lain pula untuk meminta lagi. :)

Selepas kira - kira 3 jam. Lenguh juga kaki berdiri dalam barisan di lobi hotel. Akhirnya SK bersama zaujah dapat menaiki bas No 6 . Duduk paling depan. Sebelah Pemandu. Beruntung kerana perjalanan ke Arafah tengahari itu, kami dipimpin oleh Guru Agama Tabung Haji Maktab 87, Ustaz Zamri Zainal Abidin (Bekas Dj Radio IKIM). Ustaz Zamri nampak sangat komited dengan tugas.
TERBAEEK!!
Ustaz Zamri Zainal Abidin - Mantan Deejay Radio IKIM 91.5
Sebelum bas bergerak, Ustaz Zamri mengingatkan kepada semua jemaah untuk sama - sama berniat haji. Masing - masing bersama Ustaz Zamri melafazkan niat mengerjakan haji. Ketika bas mula bergerak, Ustaz Zamri memulakan lafaz Talbiah.
Lihat dalam video di bawah ini. Ustaz Zamri memimpin talbiah. Semua bersemangat. Maaf kerana rakaman amatur. Bas bergoyang. :)
Semua jemaah ikut bertalbiah. Sepanjang perjalanan ke Arafah, jemaah haji lelaki bergilir - gilir mengepalai bacaan talbiah. Bersemangat.!
Perjalanan ke Arafah agak perlahan ketika bas bergerak keluar dari kota Makkah, ribuan bas menuju ke destinasi yang sama. Sekitar jam 4.00 petang, bas mula memasuki kawasan Arafah. Keadaan trafik di Arafah agak lancar. Bas yang SK naiki antara yang awal memasuki Padang Arafah. Bas nombor 6.
Kami disambut ceria oleh petugas Muassasah di Arafah. :)
Kami disambut ceria oleh petugas Muassasah di Arafah. :)
Sebelum Maghrib semua urusan logistik selesai.
Link Berkaitan Travelog Haj suraukini.com 2011 / 1432
Video Kurus Perdana di Putrajaya
Menziarahi Rasulullah SAW
Gambar Di Hotel Movenpick Madinah Munawwarah
Sarapan Pagi Pertama di Madinah
Saat payung dibuka
Rakaman kubah di Masjid Nabawi
TV Madinah Online
Hari ke empat di Madinah
Raudhah yang tenang
Syeikh Solah Bidir Imam Subuh di Masjid Nabawi
Lapan hari di Hotel Movenpick Madinah
Gambar sekitar Masjidil Haram
Lagi Gambar Abraj Al Bait
Gambar kelambu Kaabah
Rakaman dari tingkat atas Masjidil Haram

K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)
Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja
Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha
Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
0 ulasan:
Catat Ulasan