Khamis, 25 Oktober 2012

خير الدعاء دعاء يوم عرفة



Hari ini hari Arafah! Umat Islam sedang wukuf di Padang Arafah.  Melaksanakan salah satu rukun haji. Tahniah kepada anda yang berpuasa hari ini. Mudah - mudahan amalan diterima sebagai amal soleh. Puasa hari Arafah boleh menghapuskan dosa setahun yang lalu dan dosa setahun yang akan datang!
 
Mudah - mudahan Allah ampunkan dosa
 
Lebih kurang lima jam lagi, akan masuk waktu zohor di Makkah. Bermulanya rukun haji yang utama. Hari Arafah ini juga adalah hari yang mustajab berdoa.  Dalam satu Hadith Rasullulah ada menyebut

خير الدعاء دعاء يوم عرفة
Sebaik - baik doa adalah doa pada hari Arafah
 
Berdoalah! Mudah - mudahan Allah perkenankan doa Anda!








0 ulasan: